eBay dan Amazon? Sama ke…apa yang sama? Jika anda pembaca setia blog ni, pasti dah paham sikit-sikit pasal eBay dan Amazon ni, tapi kali ni saya nak kongsikan dengan anda tentang kesamaan eBay dan Amazon ni. Jom baca sampai abis ye!

Untuk pengetahuan anda, kedua-duanya adalah sejenis platform e-dagang yang menawarkan penjualan dan pembelian produk / perkhidmatan di antara penjual dan pembeli. Penjual dapat mengembangkan penjualan mereka ke seluruh dunia melalui satu platform e-dagang ni. Pembeli pula mempunyai pelbagai pilihan produk dan boleh memilih apa sahaja yang memenuhi keperluan mereka. Berikut adalah persamaan eBay dan Amazon:

1. Kedua-duanya adalah tempat membeli belah secara online

Kedua-duanya adalah platform e-dagang. Penjual boleh mempromosikan produk mereka dan pembeli dapat mencari apa yang mereka perlukan di platform ini. Apabila semuanya berjalan lancar, transaksi berlaku, dan di situlah semua pihak mendapat apa yang mereka mahukan.

2. Kedua-duanya terkenal di Amerika

Menariknya, walaupun terdapat perbezaan model perniagaan, kedua-duanya mempunyai populariti tersendiri. Bukan sahaja popular di Amerika, tetapi penjual dan pembeli asing juga dapat mengakses produk yang dijual di eBay dan Amazon. Menarik, bukan?

3. Orang ramai boleh menyenaraikan produk mereka dengan caj bayaran

Tiada apa yang percuma dalam bisnes. Kedua-dua platform membolehkan penjual menyenaraikan produk mereka di laman web eBay dan Amazon. Sekiranya anda merancang untuk melakukannya, anda akan dikenakan caj — setiap transaksi atau sebulan.

4. Pembeli boleh mencari produk yang diingini melalui pangkalan data produk mereka yang luas

Anda boleh bergantung pada kedua-dua platform ini untuk mencari apa sahaja yang anda perlukan. Sama ada alat elektronik atau makanan haiwan kesayangan, mainan kanak-kanak, atau perabot rumah, anda boleh mencarinya dengan mudah di platform ini. Dengan hanya beberapa klik sahaja pembeli boleh dapat apa yang diingini.

.

Namun terdapat juga perbezaan yang membezakan Amazon dari eBay. Amazon cenderung berorientasikan pembeli, sementara eBay lebih berorientasikan penjual. Selain itu, beberapa sumber menyebutkan bahawa Amazon melakukan lebih banyak perniagaan dengan harga yang tetap, sementara eBay membolehkan anda melakukan lelongan — walaupun itu tidak selalu berlaku.

.

.

Jom ikuti Bengkel eBay Intelligence di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published.