Tips jual barang di eBay yang akan saya kongsikan kali ni sesuai untuk peniaga-peniaga yang baru berjinak-jinak untuk menjual produk mereka di peringkat antarabangsa. Untuk newbie je ye…yang otai2 tu …kita parking tepi dulu na….

Mungkin ramai yang telah tahu bahawasanya eBay ni telah menjadi satu platform bisnes ecommerce yang paling disyorkan oleh ramai pakar-pakar bisnes online ni di mana mereka seringkali beri ulasan yang positif mengenai eBay.

Ya, benar…eBay telah menjadi salah satu platform ecommerce yang terbaik. Untuk makluman anda, eBay telah bertahan selama bertahun-tahun hingga hari ini, dan telah dianggap sebagai ibu kepada platform ecommerce yang lain. Selama bertahun-tahun, eBay telah memberikan perkhidmatan kepada berjuta-juta peniaga online untuk mendapatkan keuntungan daripada bisnes online mereka.

Berikut saya senaraikan beberapa TIPS PENTING yang perlu anda ketahui sebelum menjejaki kaki dalam dunia perniagaan online di peringkat antarabangsa melalui platform eBay ni:

• Buat kajian atau penyelidikan tentang sesuatu produk secara lebih mendalam

product research


Untuk makluman anda, sebelum menjual sesuatu di eBay, adalah penting bagi newbie untuk membuat kajian atau penyelidikan mengenai produk yang akan dijual, misalnya, tahap permintaan produk, faktor-faktor yang dapat mempengaruhi tahap permintaan, dan juga harga sebenar produk tersebut di pasaran. Ini akan menjadi tips paling asas untuk menjual di eBay.

• Tentukan harga yang tepat

Price


Cara kedua untuk tips menjual di eBay ni adalah mengenai harga produk. Bagi menentukan harga sesuatu produk, anda perlu melihat harga produk yang sama yang dijual di pasaran terlebih dahulu. Cubalah menjual produk dengan harga yang kompetitif. Di samping itu, jangan cuba mengambil keuntungan yang terlalu banyak dengan menaikkan harganya.

• Seimbangkan modal

seimbangkan modal

Ini mengenai cara mengurus modal yang akan digunakan untuk mendapatkan produk. Cuba anda uruskan modal dengan meminimumkannya pada separuh atau 50% daripada wang yang anda habiskan untuk membeli produk.
Tujuannya adalah supaya anda tidak lupa untuk mengira sekali listing fees dan PayPal fees.

.

TIPS PENTING YANG LAIN UNTUK BERJAYA DI eBAY

Sebenarnya, tidak sukar untuk menjadi peniaga eBay yang berjaya kerana terdapat beberapa tips menjual yang terbukti berkesan yang digunakan oleh para peniaga eBay yang sudah menempah nama di persada antarabangsa.


Berikut adalah beberapa tips penting yang boleh anda ikuti untuk berjaya di platform eBay.

1. Masukkan gambar dan maklumat secara terperinci tentang produk anda

gambar produk

Cuba berikan gambaran terperinci mengenai produk yang anda jual untuk membantu pembeli dalam membuat keputusan. Masukkan maklumat sejelas mungkin untuk meyakinkan mereka membuat pembelian.

2. Jaga komunikasi anda

jual barang di ebay buyer seller

Sebilangan besar pembeli mungkin pembeli baru. Cubalah berkomunikasi dengan mesra dan ramah pada setiap masa agar mereka merasa selesa dengan anda. Semasa mereka membeli produk, jangan lupa mengucapkan terima kasih kerana membeli. Semasa menghantar produk, sila maklumkan dengan memberitahu mereka anggaran waktu ketibaan.
Ketika mereka membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan anda, balaslah dengan penuh kesabaran. Ia akan memberikan kesan yang baik kepada pembeli. Komunikasi yang baik adalah salah satu faktor penting untuk berjaya dalam bisnes eBay.

3. Proses penghantaran yang cepat

jual barang di ebay shipping

Semasa produk tersebut dibeli, anda perlu pastikan ia akan dihantar secepat mungkin. Maklumlah, pembeli akan risau dengan produk yang mereka beli sekiranya mereka menunggunya terlalu lama. Jadi maklumkan status penghantaran dari masa ke semasa. Perkara ini sangat penting untuk mendapatkan maklum balas positif daripada mereka.

4. Fokus pada tajuk dan penerangan tentang produk anda

jual barang di ebay tajuk

Perkara terakhir yang perlu anda tahu untuk berjaya dalam bisnes eBay adalah mengenai dua komponen yang termasuk dalam enjin carian (SEO), seperti eBay itu sendiri atau enjin carian utama lain yang anda gunakan seperti Google Search. Tajuk yang menarik dapat meningkatkan trafik dan orang yang melihatnya akan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk anda.

So, inilah tips jual barang di eBay yang berguna dan mudah untuk anda berjaya di dalam bisnes eBay.

Seperti yang kita ketahui, platfrom ecommerce ni ibarat lombong emas untuk orang yang menggunakannya dengan betul. Namun, anda haruslah tahu cara untuk melombongnya dengan betul. So be smart ya dan jangan lupa praktiskan apa yang saya kongsikan ni ye.

Sekiranya, anda perlukan seorang mentor yang dapat bantu anda secara langkah demi langkah untuk menjual di dalam bisnes eBay ni, apa kata anda klik link di bawah ni dan pasti anda akan nampak dengan lebih jelas lagi tentang bisnes eBay dan bagaimana untuk membuat keuntungan berlipat kali ganda melaluinya.

>>>Saya betul-betul perlukan mentor untuk belajar bisnes eBay<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.