Saya masih ingat lagi, masa mula-mula berminat nak berniaga dulu saya tertanya-tanya, Dari mana orang dapat barang untuk jual?. Masa tu saya di universiti sekitar tahun 2013. Tengok orang berniaga kat U, kat masjid, buat duit….jadi minat pulak.

Betul lah orang cakap, motivasi ni kadang-kadang datang bila ada rasa nak tahu sesuatu. Dari situ saya rajinkan diri tanya peniaga-peniaga kat masjid dari mana diorang dapat barang. Sebab saya minat dengan minyak wangi dan baju melayu waktu tu.

Disebabkan diorang pun berniaga, diorang tak bagitahu betul-betul supplier diorang dari mana. Tapi diorang cakap boleh beli dengan harga lebih murah barang diorang kalau beli borong beberapa unit dan jual balik untuk buat untung.

Masa tu saya rasa happy sangat bila dapat tahu sebenarnya boleh buat deal macam tu dengan peniaga. Rasa macam baru dapat tahu ‘rahsia besar’ perniagaan pulak. Padehal harga borong yang saya dapat tu pun harga yang dah di mark up dan untung pun ciput jer, haha. Memang zero betul ilmu berniaga waktu tu.

Kenapa Perlu Berniaga Di Ebay?

Fast forward, saya banyak bertanya dan follow orang yang buat bisnes jugak. Lama-lama, saya tahu buat bisnes dropship dari China, buat bisnes affiliate, tahu buat FB Ads, berniaga air balang, buat bisnes dropship eCommerce ke pasaran US, bisnes eBay, bisnes freelance, bisnes Shopee dan beli borong dari China.

Dari pengalaman saya jugak, belajar buat bisnes eBay ni adalah satu pelaburan ilmu yang terbaik yang saya pernah buat. Saya belajar buat bisnes eBay ni dari eBook Panduan eBay Intelligence Tuan Zul sendiri pada tahun 2017. Dan saya masih gunakan ilmu ni sampai sekarang.

Dalam artikel ni, saya akan kongsikan kenapa anda juga perlu mula berniaga di eBay. Saya akan kongsikan kenapa saya rasakan buat bisnes eBay ni adalah satu bisnes yang paling senang nak buat dan senang nak buat jualan.

Boleh Buat Bisnes Dropship – Sebab Kenapa Perlu Berniaga Di Ebay

Ebay adalah salah satu platform berjual beli secara onlineatau kita panggil marketplace. Sama macam Shopee, cumanya Shopee adalah untuk pasaran tempatan dan Ebay adalah untuk pasaran antarabangsa. Kalau kita ada produk sendiri, boleh jual. Kalau kita ada barang yang lama-lama dah tak guna, boleh cuba jual juga.

Sebagai usahawan kecil-kecilan, kita tak lari dari model bisnes dropship. Sebab kebanyakan peniaga kecil tak ada produk sendiri. Kalau kita ni agen atau stokis untuk produk founder tertentu sekali pun, belum tentu produk tu hot kat pasaran antarabangsa. Jadi kita perlukan supplier yang ada banyak pilihan produk dan dengan stok yang banyak.

Dulu masa berminat nak mula berniaga, saya tertanya-tanya, “Dari mana orang dapat barang untuk jual?”. Hari ni, kalau anda bertanya soalan yang sama, buat bisnes dropship lah jawapannya.

Kami di Mamabaryani.com berkongsi pengalaman menjual produk fizikal di Ebay menggunakan dua model bisnes. Samaada menjual secara dropship dari Aliexpress (China) ke Ebay atau dropship dari Shopee ke Ebay. Secara peribadi, saya sendiri hanya fokus pada model bisnes dropship dari Aliexpress (China) ke Ebay sahaja.

Kalau anda nak jual produk sendiri pun boleh, apa yang penting adalah ilmu cara nak pasarkan produk ke luar negara (Ebay) tersebut. Cara terbaik adalah belajar dengan Tuan Zul melalui Ebook dan Kelas Online Basic Ebay & Hot Research Intelligence. Belajar terus dengan orang yang betul yang boleh batu anda dalam memulakan bisnes Ebay.

>>>Semak Tarikh Terdekat Kelas Online Basic Ebay & Hot Research Intelligence<<<

Senang Nak Cari Produk Hot – Sebab Kenapa Perlu Berniaga Di Ebay

3 Langkah asas untuk berniaga di eBay ialah buat kajian produk hot, buat listing produk kat eBay dan proses order selepas membuat jualan. Buat kajian dan listing produk yang ada permintaan tinggi tu lah ikhtiar kita untuk menjana pendapatan secara online kat eBay.

Dalam satu penulisan artikel kat blog ni, saya pernah tekankan bahawa kunci kejayaan bisnes eBay ialah buat kajian produk hot atau yang ada permintaan tinggi. Semakin banyak kita buat listing produk yang ada permintaan tinggi, semakin tinggi peluang kita untuk buat jualan kat eBay.

>>>Baca Artikel Kepentingan Membuat Kajian Data Ebay<<<

Dalam komuniti eBay Intelligence, mencari produk yang ada permintaan tinggi untuk dijual secara dropship bukan lagi menjadi satu masalah. Kami menggunakan software Zik Analytic untuk buat kajian produk hot

Dalam blog ni, saya dah banyak kongsikan langkah demi langkah nak buat kajian produk hot guna software Zik Analaytic ni. Teknik kajian produk yang kami kongsikan di blog ni dan di kelas online Ebay Intelligence masih lagi relevan. Saya masih gunakan teknik yang sama berulang kali untuk buat jualan. Anda boleh baca artikel-artikel yang saya pernah tulis sebelum ni…

>>>Baca Artikel Cara Malas Cari Produk Hot Guna Software Zik Analytic<<<

>>>Baca Artikel Strategi Buat Kajian Produk Hot Untuk Fasa Q4<<<

Senang Nak Iklankan Produk – Sebab Kenapa Perlu Berniaga Di Ebay

Lepas dah jumpa produk hot untuk dijual secara dropship kat eBay, kita akan iklankan produk tersebut kat eBay pulak. Proses ni kita panggil product listing. Ia adalah proses di mana kita upload gambar-gambar produk, isikan nama produk, tulis description dan masukkan segala maklumat berkaitan produk seperti harga, kuantiti, warna, jenis dan sebagainya.

>>>Baca Artikel Cara Perbaiki Product Listing Di Ebay<<<

Buat product listing kat eBay sama macam buat product listing kat Shopee. Ebay dah sediakan setiap ruangan yang kita perlu isikan. Bila dah selesai, klik sahaja ‘List Item’, kemudian produk yang kita nak jual tu akan muncul di platform eBay. Sementara menunggu dapat buat jualan, tambah lagi product listing sebanyak yang mungkin kat ebay.

Kesimpulan Kenapa Perlu Berniaga Di Ebay

Anda juga perlu mula berniaga di Ebay. Anggaplah perkongsian saya ni seperti ‘rahsia besar’ dalam bisnes online jugak. Tambah ilmu berniaga di Ebay ni sebagai salah satu ilmu bisnes online anda. Saya dah tunjukkan kenapa bisnes eBay ni senang nak buat jualan berdasarkan pengalaman saya.

Kita perlu banyakkan membaca, belajar daripada orang yang praktikkan ilmu bisnes tersebut, cari guru yang betul untuk minimakan kerugian dan kita sendiri perlu lalui proses bisnes tersebut sebelum buat keputusan samaada bisnes tersebut sesuai dengan kita atau tak.

Apa-apa pun, setiap model bisnes ada proses dan gerak kerja yang berbeza dari segi persediaan, marketing dan proses jualan. Cabarannya pun berbeza. Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam buat bisnes eBay bersama Tuan Zul, boleh lah join Kelas Online Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni…

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.