Nak tahu tak tips dropship berjaya? Nak tahu apa rahsia orang-orang yang berjaya dalam bisnes dropship ni. Jom saya bongkarkan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca setia saya. Artikel kali ni saya nak kongsikan dengan anda tentang perkara di bawah ni:

Rahsia 7 Tips Dropshipping Yang Perlu Anda Ketahui Untuk Berjaya Dalam Bisnes Dropship

Sebelum tu, bagi yang masih samar-samar tentang dropship tu, apa kata anda tengok gambarajah di bawah tentang sistem dropship ni, pasti anda akan nampak dengan lebih jelas apa yang dikatakan DROPSHIP!

tips dropship berjaya sistem dropship

Sebagaimana yang anda ketahui pada masa pandemik Covid 19 ni, rata-rata ramai orang nak meniaga untuk menampung kehidupan sekarang ini. Tetapi masalah terbesarnya ialah modal perniagaan. Namun ada cara meniaga tak guna ataupun hanya keluar sedikit sahaja modal iaitu dengan cara dropship.

Dropship ialah bisnes di mana individu yang mempromosikan dan menjual barangan dari pembekal (seller) tanpa menyimpan produk tersebut. Ini kerana, semua produk berada dalam simpanan pembekal.

Tugas anda hanya mempromosikan produk melalui gambar produk kepada orang ramai. Sekiranya barangan tersebut terjual, pihak pembekal akan mengirimkan produk tersebut terus kepada pembeli atas nama individu yang mempromosi atau yang menjual produk tersebut sebagai pengirim. Tidak memerlukan apa-apa modal, hanya perlu mempromosikan produk-produk dari pembekal.

Sekiranya terjual, dropshipper akan memperolehi komisyen dari setiap produk yang mereka jual. Untuk berjaya dalam bisnes ini, anda perlu mengetahui rahsia seperti mana yang digunakan oleh dropshipper yang telah berjaya. Berikut 7 tips dropship untuk menjadi dropshipper yang berjaya:

Penting untuk anda mencari produk popular yang dijual oleh seller kerana produk popular mempunyai kebarangkalian untuk dibeli pelanggan adalah tinggi. Anda mesti peka kepada trend masyarakat di negara ini.

2. Mengenali seller atau pembekal berpotensi

Mencari pembekal yang berpotensi dan sangat boleh dipercayai amat penting dalam bisnes dropship. Pembekal yang berpotensi memiliki ciri-ciri seperti; memiliki kedai atau syarikat sendiri dan menyimpan stok barangan yang banyak. Memperolehi harga yang murah atau harga kilang dari pihak pembekal membuatkan seorang dropshiper berpotensi memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

3. Tumpukan hanya satu produk dan pembekal

Sebagai permulaan, promosikan satu produk sahaja dan satu pembekal untuk membolehkan anda mampu menguruskan bisnes dropship anda. Ini kerana jika anda mempunyai banyak produk dan pembekal, anda akan menghadapi kesukaran untuk menguruskannya. Penumpuan kepada satu produk membolehkan anda mengenali potensi pembeli anda dengan lebih jelas.

4. Produk mesti anda cuba dahulu

Pastikan produk tersebut harus anda cuba dahulu untuk mengetahui tahap kualiti produk tersebut. Sekiranya produk tersebut berkualiti, barulah produk tersebut anda jual kepada pembeli di internet untuk mengelakkan timbulnya masalah dengan pembeli. Harus mengetahui secara detail mengenai produk tersebut kerana pelanggan akan bertanya bermacam-macam soalan mengenai produk tersebut.

5. Memiliki ramai teman di laman sosial

Memiliki ramai rakan di sekeliling dan juga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Facebook mengizinkan semua pengguna boleh menambah rakan sehingga 5,000 orang. Jumlah tersebut adalah cukup ramai. Jika anda mempromosi produk anda melalui Facebook anda, produk anda akan mudah terjual. Tetapi pastikan anda meletakkan gambar sebenar di profile Facebook, nama sebenar anda, alamat tempat tinggal dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Hal ini adalah sebagai syarat yang menjamin keyakinan rakan Facebook anda untuk membeli produk anda. Sekiranya anda tidak mempamerkan identiti anda dengan lengkap, misalnya, gambar profile bukan gambar sebenar anda serta menggunakan nama samaran, hal ini akan menurunkan kepercayaan pembeli kepada anda. Perkara yang sama juga boleh dilakukan melalui laman sosial yang lain seperti Twitter, MySpace, Tagg dan lain-lain.

6. Buka page sendiri di Instragram

Melakukan promosi produk anda melalui Instagram, Wechat, Whatsapps, Link dan lain-lain media sosial, sebagai cara anda untuk memperoleh pembeli. Instagram amat berpotensi untuk mendapatkan pembeli kerana anda boleh mendapatkan berpuluh ribu rakan dengan masa yang singkat.

7. Buka Fanpage di Facebook

Membuka fanpage mengenai produk anda di Facebook akan menjamin pembeli baru untuk melakukan pembelian produk anda. Jika anda telah memiliki rakan Facebook seramai 5,000 orang, ‘request’ rakan-rakan anda untuk ‘like’ fanpage anda dan anda juga boleh mengeluarkan sedikit modal dengan melakukan pembayaran melalui Facebook Ads untuk mendapatkan lebih banyak ‘like’ fanpage anda.

.

Amacam…dah terang lagi bersuluh tak tentang tips dropship berjaya ni…Jika anda follow rapat-rapat apa yang saya kongsikan ni, pasti anda akan nampak hasilnya. Apa yang penting USAHA YANG BERTERUSAN…JANGAN MUDAH PUTUS ASA…Ukuran kejayaan anda dalam bisnes dropship ini adalah bergantung kepada sejauh mana usaha gigih anda untuk mendapatkan pembeli.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan cara dropship ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published.