Dalam artikel yang lepas, saya pernah kongsikan tutorial cara malas cari produk hot guna software Zik Analytic. Anda boleh baca artikel tersebut melalui link di bawah…

>>>Cara Malas Cari Produk Hot Guna Software Zik Analytic<<<

Dalam artikel kali ni pula, saya nak kongsikan langkah demi langkah bagaimana kita nak buat kajian produk hot guna keyword produk berkaitan sesuatu musim atau cuti perayaan kat U.S.

Fasa Q4 (September-December) setiap tahun adalah musim cuti kat negara U.S memandangkan ada banyak cuti sempena perayaan-perayaan tertentu yang berlaku dalam fasa ini. Penduduk U.S berbelanja besar untuk buat persediaan hari-hari tertentu seperti;

  1. Halloween (October 31st, 2021)
  2. Thanksgiving (November 25th, 2021)
  3. Black Friday (Nov 26th, 2021)
  4. Cyber Monday (Nov 29th, 2021)
  5. Christmas (December 25th, 2021)

Cara Buat Kajian Produk Hot Guna Keyword Produk!

Sebelum kita mulakan, pastikan anda dah install extensionZik Booster pada Chrome Browser anda. Extension ini akan bantu kita tunjukkan Shipping Location dan sumber supplier sesuatu produk dalam proses kajian produk ni nanti.

Langkah 1: Buat Carian Keyword Produk Di Google

Saya memulakan langkan buat kajian ini dengan tak tahu apa-apa pasal produk berkaitan cuti perayaan kat U.S seperti Halloween, Thanksgiving, Christmas dan sebagainya. Langkah pertama yang saya buat ialah buat carian kat Google guna keyword perayaan seperti ‘Halloween Products 2021’.

Apa yang kita perlu buat ialah baca satu per satu artikel dari hasil carian kat Google tadi untuk dapatkan idea keyword produk. Sebagai contoh, hasil dari pembacaan saya, salah satu keyword produk yang sesuai untuk perayaan Halloween ialah ‘halloween decor’.

Langkah 2: Buat Carian Guna Fungsi Produk Research

Log in ke akaun software Zik Analytic anda dan pergi ke fungsi Product Research. Buat carian guna keywordhalloween decorseperti yang telah kita Google tadi. Pastikan anda tapis carian untuk platform Ebay dan Shipping Location dari China. Kita nak tengok ada tak produk berkaitan keyword ini yang dijual kat Ebay dan dihantar dari negara China. Sebab kita nak dropship produk dari Aliexpress. Kemudian klik ‘Search’.

Langkah 3: Cari Seller Yang Dropship Produk Dari China

Lepas anda klik Search, software Zik akan keluarkan data senarai produk yang dijual kat Ebay berdasarkan carian anda. Macam mana nak tahu seller yang dropship dari China? Anda kena tengok pada simbol bendera ‘Seller Country’ dan bandingkan dengan ‘Shipping Location’.

Seperti dalam gambar kat atas, seller berasal dari negara United States tapi ‘Shipping Location’ dari China. Itu bermaksud seller tu buat bisnes Ebay guna model bisnes dropship. Dan peluang untuk kita jumpa produk yang diorang jual tu kat Aliexpress adalah tinggi. Klik ‘Scan Seller’ untuk spy seller tersebut.

Langkah 4: Scan Produk Yang Dah Terjual Lebih Dari 10 Unit Dalam Tempoh 30 Hari

Apa yang anda perlu buat ialah scan setiap seller yang dropship dari China. Tengok pada senarai produk diorang yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam tempoh 30 hari. Penanda aras kami untuk produk hot ialah produk yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam masa sebulan.

Sebagai contoh, gambar di bawah adalah data untuk seller dari United States tadi. Ada 21 active listing dan 10 unit produk terjual. Kita tak perlu ikut list semua produk yang dia jual. Kita hanya perlu listkan produk yang dah terjual lebih dari 10 unit dalam tempoh 30 hari sahaja. Caranya, masukkan ‘Min. 10’ pada ‘30 Days Sales’ dan klik ‘Filter’.

Kalau kita susah nak jumpa produk dengan lebih dari 10 unit jualan, ubah pula kepada minimum 5 unit jualan dalam tempoh 30 hari. Dalam artikel ni saya akan gunakan Maple Leaf Lights sebagai contoh. Klik pada nama produk tersebut untuk lihat listing di Ebay dan klik pada Item Finder untuk cari sumber supplier produk tersebut di Aliexpress.

Langkah 5: Spy, Follow Dan Improve Cara Competitor Listing Produk

Gambar di bawah adalah listing untuk Maple Leaf Lights tersebut di Ebay. Dah terjual sebanyak 9 unit dan 5 unit daripadanya adalah dalam tempoh 30 hari yang lepas dengan harga $11.99 seunit. Seller ini jugak menawarkan penghantaran secara percuma menggunakan servis Standard Shipping.

Tujuan kita spy listing dari competitor tersebut adalah supaya kita dapat hasilkan listing sendiri yang standing dan improve dari segi title, gambar dan description. Saya selalu ingatkan supaya kita Spy, Follow & IMPROVElisting produk dari competitor. Bukan hanya sekadar spy & follow sahaja.

Langkah 6: Cari Supplier Produk Yang Sama Di Aliexpress

Pada halaman yang sama di software Zik Analytic tadi, klik pada Item Finder untuk cari sumber supplier produk tersebut di Aliexpress. Zik akan senaraikan beberapa cadangan produk yang lebih kurang sama dengan produk yang anda pilih. Kat sini, anda boleh pilih supplier yang ada rating yang tinggi dengan jumlah jualan yang banyak.

Saya jumpa Maple Leaf Lights yang sama di Aliexpress macam apa yang seller tadi jual…

Kat Aliexpress, harga Maple Leaf Lights ni cuma $3.09 sahaja seunit dengan penghantaran percuma ke United States. Dan seller tadi jual produk ini dengan harga $11.99 seunit! Jom kita kira berapa keuntungan yang seller tadi dapat dalam masa satu bulan tu dengan hanya menjual produk ini sahaja…

Langkah 7: Kira Potensi Keuntungan Guna eBay Fee Calculator

Dengan menggunakan eBay Fee Calculator, kita dapat mengira potensi keuntungan sesuatu produk setelah ditolak dengan kos Ebay Selling fees. Keuntungan yang seller tadi dapat untuk seunit Maple Leaf Lights ialah $5.61.

Seller tadi berjaya membuat jualan sebanyak 5 unit dengan potensi keuntungan sebanyak $7.1 x 5 unit = $35.5 bersamaan RM149.1dalam tempoh satu bulan hasil dari menjual 1 produk ini sahaja! Apa yang kita perlu buat ialah tambah produk listing sebanyak mungkin setiap hari!

Kesimpulan Cara Buat Kajian Produk Hot Guna Keyword Produk!

Dalam artikel ni saya dah tunjukkan cara cari produk hot bermula dengan kita tak tahu apa-apa dan mencari keyword produk di Google sahaja. Semoga proses kajian produk yang saya kongsikan ni dapat bantu anda konsisten untuk list 1 produk sehari di Ebay seterusnya meningkatkan peluang buat jualan dan keuntungan.

Kalau anda berminat nak belajar lebih mendalam dan lebih serius buat bisnes Ebay bersama Tuan Zul, boleh lah join Kelas Online Ebay Intelligence yang beliau anjurkan setiap bulan melalui link kat bawah ni…

>>>Tarikh Terdekat Kelas Online Ebay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.