Surirumah berjaya dalam bisnes online? Nak jadi tak mcm mereka?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar pembaca blog setia ni? Harap-harap semuanya sihat hendaknya ye…Dah ramai yang makan angin sana sini ye…mesti seronok tu….seronok tu seronok jugak…SOP kita sama-sama jaga ye….Covid-19 masih berkeliaran di sekeliling kita. Hati-hati ya semua!

Ok lah hari ni saya nak kongsi sikit tips untuk seorang surirumah yang ingin berjaya di dalam bidang bisnes online ni.

Nak tahu tak? Jom baca sampai akhir ya…

Untuk makluman pembaca semua, pada zaman sekarang, dengan adanya teknologi internet, kita boleh melakukan apa sahaja. Internet mampu membuatkan sesiapa sahaja menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit bahkan lebih besar dari gaji bulanan seseorang yang bekerja makan gaji.

Malah, kini ramai golongan surirumah sudah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan atas talian (online) menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram, malah ada yang mempunyai laman web mereka sendiri dan dah ramai juga yang aktif di dalam platform e-commerce seperti Shopee, Lazada, eBay mahupun Amazon.

Mereka lebih bijak dalam menjadikan sesuatu kemudahan itu menjadi sumber pendapatan. Itulah hebatnya PARA SURIRUMAH ni kan…

Berikut merupakan 10 tips mudah untuk surirumah berjaya dalam bisnes online.

surirumah berjaya bisnes online

1. Anggap diri sebagai seorang wanita yang bekerja

Surirumah perlu buat semua urusan rumahtangga sepertimana yang dibuat oleh seorang wanita yang bekerja. 

Antara perkara yang dilakukan oleh wanita yang bekerja di luar adalah mereka cuba selesaikan kebanyakan hal-hal rumahtangga pada hujung minggu.

Anda juga perlu buat perkara yang sama.  Daripada kerja-kerja  membasuh dan menggosok baju sehinggalah kepada penyediaan bahan-bahan masakan dan menu mingguan perlu disiapkan terlebih dahulu. Sayur-sayuran dan bahan-bahan mentah yang lain perlu siap-siap dipotong dan dimasukkan dalam bekas untuk sekali masak.

Ini dapat memudahkan kita untuk lebih fokus pada urusan perniagaan.

2. Komitmen untuk suami dan anak

Nyatakan hasrat anda membantu suami dan pohon sedikit komitmen dari suami. Suami yang baik akan memberi sokongan penuh dan membantu anda memudahkan urusan bisnes online. Anda perlu libatkan suami dan nyatakan pada suami yang bisnes online ini akan menjadi bisnes keluarga.

Pastikan urusan anak-anak diutamakan. Atur masa, atur aktiviti mereka ikut jadual. Tetapkan masa tidur, masa makan atau menyusu, permulaannya memang sukar tetapi apabila sudah terbiasa, anak anak akan berdisiplin dan mudah kita untuk plan tempoh dan masa untuk urus bisnes.

Bagi yang ada anak kecil, bekerja dengan anak kecil memang mencabar, kerana perlakuan si kecil adalah sangat ‘unpredictable’. Ada masa mereka gembira bermain sendiri, dan di masa lain pula mereka asyik menangis dan ingin perhatian penuh.

Jadi daripada kita terus mengeluh dengan ‘masalah’ ini, adalah lebih baik jika kita mencari jalan keluar yang sesuai. Antara caranya, kita perlu tidur agak lewat dan bangun awal dari anak-anak.

Dengan cara ini, kita akan ada banyak masa sendiri untuk menguruskan hal-hal bisnes dengan cepat dan produktif.

3. Wujudkan SOHO (Small Office Home Office)

Jika anda tidak belajar untuk menjaga peranan anda sebagai ibu dan surimumah kerja dari rumah secara berasingan, anda tidak akan merasa seperti yang anda lakukan dengan baik untuk kedua-dua peranan tersebut. Untuk menyempadankan rumah mengikut tumpuan mental anda, wujudkan kawasan pejabat dalam rumah (SOHO).

4. Sediakan ‘to-do list’ sebelum tidur

To-do list ini memang sangat penting kerana ianya membantu kita untuk kekal fokus dan tidak bercelaru. Sediakan to-do list ini sebelum tidur.  Dan apabila bangun pagi, cuba selesaikan perkara paling ‘berat’ sekali di dalam list tersebut. Teruskan momentum bekerja kita dengan sentiasa melihat kepada list ini. Cuba untuk selesaikan ke semua perkara yang ada di dalam list tersebut secepat yang mungkin. Di sinilah pentingnya kenapa kita perlu bangun lebih awal dari anak.

5. Tetapkan waktu untuk setiap tugasan anda.

Sebagai contoh 20 minit untuk kerja-kerja di media sosial dan 35 minit untuk e-mel, 65 minit untuk menulis / membuat video dan lain-lain. Ia adalah satu cara yang hebat untuk anda terus fokus dalam hidup sebagi surirumah berbisnes online.

6. Tetapkan target jualan harian dan bulanan

Ramai yang tahu, target jualan sangat penting. Sentiasa kongsikan dengan suami sama ada jualan capai target atau tidak. Suami akan lebih memahami dan akan membantu bersama untuk anda capai target anda. Letakkan target permulaan yang minima dan perlahan-lahan naikkan sasaran. Anda akan lebih bersemangat dengan cara ini.

7. Dapatkan bantuan penjagaan anak-anak, jika perlu

Anda mungkin berfikir bekerja di rumah bermakna anda tidak perlu hantar anak-anak anda ke nursery, tetapi anda akan mempunyai hari-hari yang anda akan sibok dan memerlukan bantuan orang lain untuk menjaga anak anda seketika. So salah satu cara untuk mendapatkan penjagaan kanak-kanak pada harga yang berpatutan ialah dengan mencari beberapa geng-geng surirumah dan dapatkan seorang pengasuh untuk menjaga anak-anak anda pada saat genting anda tu. Bayarlah mengikut kadar jam yang berpatutan.  Dapatla jugak geng-geng surirumah ‘duit poket’.

8. Daftar akaun syarikat (SSM)

Walaupun di rumah, anda perlukan akaun syarikat yang sah, ini bertujuan untuk mengasingkan duit syarikat dan duit peribadi. Banyak kelebihannya, selain menjadi kewajipan kini untuk peniaga online perlu meletakkan nombor pendaftaran syarikat.

9. Daftar akaun dengan Poslaju

Setelah mempunyai pendaftaran syarikat, anda boleh membuka akaun di Poslaju. Kelebihannya, anda tidak perlu keluar rumah, pihak Poslaju akan membuat collection di rumah anda. Ini sangat menjimatkan masa dan praktikal.

10. Perlu ada support group

Pilihlah support group yang kuat ukhwah mereka. Secara tak langsung, anda sentiasa akan kerja secara berjemaah. Tak ada istilah duduk terkial-kial seorang diri untuk majukan bisnes.

Kalau nampak je geng mak-mak yang buat bisnes dari rumah dan aktif, anda bolehlah berinteraksi dan beramah mesra serta berkongsi idea dengan mereka.

Percayalah yang anda perlukan sokongan dalaman dan luaran daripada orang sekeliling termasuk kawan-kawan bisnes yang jujur.

.

Siapa kata tugas sebagai surirumah mudah?  Dah lah menguruskan rumah tangga lepas tu buat bisnes online lagi.  Hanya mereka yang sudah menggalas tanggungjawab tersebut sahaja mengetahui susah senang bekerja dari rumah.

Jadi jangan pandang sebelah mata kepada wanita bergelar surirumah ye!  Mereka HEBAT! Mampu menguruskan rumahtangga dengan teratur, mengasuh sendiri anak-anak dan dalam masa yang sama tetap menyumbang kepada ekonomi negara.

So, jika anda nak jadi seorang SURIRUMAH YANG HEBAT juga, apa kata anda klik link di bawah untuk memulakan bisnes online anda sendiri:

<<<Ingin Mulakan Bisnes Online Sendiri>>>

Sekian, wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.