Produk makanan paling laku di Shopee apa ye? Anda nak tahu? Jom saya bongkarkan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya doakan semoga semua pembaca setia saya sihat-sihat belaka.

Kali ni saya nak bongkarkan kepada anda 10 produk makanan yang paling laku di Shopee pada ketika artikel ni ditulis. Anda boleh dapatkan idea-idea makanan ni, dan mula buat jualan di platform Shopee, Lazada, eBay dan Amazon ataupun di media sosial anda malahan boleh dijual secara offline.

Anda perlu jual apa yang pasaran mahukan… jangan syok sendiri je jual ye…kalau syok sendiri, kesudahannya semua makanan ni masuk dalam perut anda la…hahahaha…maaf bergurau…anda faham kan apa maksud saya…

Jom kita lihat produk makanan paling laku di Shopee ni sehingga jualan mencecah lebih daripada 80,000.

Pasaran Shopee

1. Coklat

Mendapat jualan mencecah 84,000 unit terjual di Shopee. Coklat memang menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia. Bukan sahaja sedap dimakan, tapi coklat juga mampu memberi ketenangan kepada si pemakan.

Pelbagai jenis coklat daripada coklat tempatan hinggalah coklat keluaran antarabangsa boleh anda pilih dan beli di Shopee.

2. Kurma

produk makanan paling laku kurma

Kurma bukan sahaja makanan sunnah Rasulullah SAW, tapi sememangnya kurma sangat berkhasiat jika kita makan setiap hari.

Maka tak hairanlah kalau lebih daripada 70,000 terjual di Shopee. Kedai ni bukan sahaja ada jual kurma , malah pelbagai lagi makanan sunnah lain turut dijual. Anda boleh buat pilihan mengikut selera anda.

3. Tepung Waffle

produk makanan paling laku tepung waffle

Maklumlah musim PKP ni, mak-mak la yang paling sibok masak kat dapor kan….ada-ada saja anak-anak nak makan. Jadi apa lagi, macam-macam menu la tercipta dari sarapan hinggalah supper.

Maka tak hairanlah, tepung waffle ni jadi salah satu kegilaan mak-mak ni. Dengan jualan melebihi 60,000 unit ni anda bayangkanlah berapa untung si penjual ni kan. Tak jeles ke…

4. Kacang Gajus

produk makanan paling laku kacang gajus

Memang sedap kacang gajus ni. Biasanya saya akan beli di supermarket je, tapi harganya berdentum mahal. Yang ni murah sangat ni…sebab tu lah jualan kedai ni boleh melebihi 40,000. Tak perlu goreng-goreng lagi…sampai-sampai order dah boleh terus makan…

Ada pelbagai jenis kekacang lagi dijual di kedai ni…dah macam Nut One Stop Centre dah…

5. Thai Tom Yum Paste

produk makanan paling laku pes tomyam

Kalau nak buat tomyam yang memang padu dan rasa macam di Thailand, brand ni memang meletopppp.

Maka tak hairanlah dengan jualan melebihi 30,000 unit ni kan.

Main campak-campak je pes ni dalam kuali…nah siap tomyam campur ke…nasi goreng tomyam ke…memang mabeles…senang…cepat dan mudah…

6. Tepung Takoyaki

produk makanan paling laku tepung takoyaki

Ramai pulak rakyat Malaysia yang berjaya di’Korea’kan…mana tak nya…pakat semua dah pandai buat takoyaki. Kalau tak, tak terjual la melebihi 30, 000 tepung takoyaki.

Bagi yang belum ada set takoyaki anda boleh order sekali dengan tepung takoyaki dan bahan-bahan lain yang diperlukan bagi menyedapkan lagi rasa takoyaki tu…tunggu apa lagi…order la sekarang…baru terasa macam kat Korea kan…

7. Pes Masakan

produk makanan paling laku pes

Produk ni surirumah cukup suka beli. Sebab apa…campak je dalam kuali…dah siap…tak payah dah potong cili, bawang, halia, kunyit semua… Satu paket pes dah terhidang satu menu…

Anda boleh pilih pelbagai jenis pes masakan yang anda suka. Nak pes asam pedas ada…kari ayam ada…rendang ada…laksam ada…blackpepper ada…semua ada la…

Tu la senang-senang peniaga ni boleh jual melebihi 20,000 unit. Order la untuk rasa keenakkannya.

8. Kerepek Popia Pelbagai Perisa

Tahu saja kan musim PKP ni, makan…tidor….tengok TV..tengok YouTube…Pasti kena ada makanan untuk dikunyah kan…baru boleh feel ala-ala dalam panggung wayang…hahahaha…

Sebab tu lah peniaga ni senang-senang je boleh jual melebihi 20,000 unit kerepek popia pelbagai perisa ni…Macam-macam sungguh perisa dia…Egg salted la…rendang la…nestum la…coklat la…anda pilihlah sendiri…

9. Tepung Goreng Ayam RM1

Tepung Ayam Goreng Singgit ni memang sedap dan terkenal…Gaul-gaul je dengan ayam dan boleh terus goreng. Yang best lagi tu…ayam goreng kalau dah sejuk pun…masih rasa rangup dan sedap…tak macam tepung-tepung lain.

Maka, tak hairanlah senang-senang peniaga ni boleh jual melebihi 8,000 unit.

10. Tepung Cheese

Untuk anda penggemar cheese. Berbaloi beli tepung cheese ni, boleh makan dengan burger, nugget, kentang dan lain-lain. Nak makan begitu sahaja, pun sodappp.

Hanya bancuh dengan air panas dan dah siap untuk di makan. CEPAT dan MUDAH kan…Macam-macam jenis ada tepung cheese ni, pilihlah mengikut selera anda.

Tengoklah jualan peniaga ni, hampir 8,000 unit. Lumayan jugak kan.

Pasaran eBay

Nah…best kan tengok produk-produk yang laku keras di Shopee kan…

Sekarang saya nak list juga beberapa produk yang hampir sama dijual di pasaran luar negara dan yang pasti mendapat sambutan yang memberangsangkan. Platform ecommerce iaitu eBay menjadi pilihan utama peniaga-peniaga online di seluruh dunia termasuk peniaga online di Malaysia.

Rata-rata produk yang disenaraikan ni boleh didapati di dalam negara kita dan anda boleh membelinya secara offline di kedai-kedai berhampiran anda ataupun boleh beli secara online di Shopee.

Kemudian, anda senaraikan produk-produk ni semua di platform eBay dan anda dah mula menjualnya di pasaran luar negara. Untungnya 4 kali ganda tau… Kan dalam USD…so memang berbaloi-baloi la kan.

Cuba anda lihat jumlah produk yang terjual…boleh tahan lumayan jugak kan…

So, amacam…best kan tengok produk-produk di atas sangat laku di pasaran luar negara. Sebenarnya banyak lagi produk makanan yang laku keras di pasaran luar negara. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, KLIK DI SINI!

Akhir Kata

Cukuplah dulu 10 jenis produk makanan yang saya kongsikan dengan anda semua sebagai sumber rujukan anda. Jika anda seorang pembeli…boleh la cuba makanan-makanan ni ye dan bagitau saya macam mana rasanya ye.

Bagi anda penjual, boleh ambil kesempatan ni cari pembekal-pembekal ni semua, beli dengan mereka kemudian ‘packing’ semula dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, tepung atau kerepek tadi tu. Anda boleh beli secara borong, baru dapat harga lebih murah. Kemudian, boleh dah start jual sama ada secara offline mahupun online bukan sahaja di pasaran di dalam Malaysia, malah boleh juga dijual di pasaran luar negara.

Kalau anda nak tahu cara untuk pasarkan produk anda ke pasaran luar negara…boleh lah anda berguru dengan sifu di link yang saya sediakan ni ye!

<<<Sifu Pasaran Luar Negara>>>

Selamat mencuba!

Sekian, wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.