Produk kesihatan memang sentiasa menjadi niche produk yang paling digemari di seluruh dunia. Di Malaysia juga permintaan terhadap produk kesihatan memang menjadi pilihan utama para pembeli.

So, jika anda penjual, tunggu apa lagi…demand memang sentiasa ada cuma mungkin anda masih samar-samar atau tak tahu produk kesihatan yang bagaimana yang mendapat permintaan paling tinggi kan di tahun 2022 nanti?

Jom saya kongsikan jenis-jenis produk kesihatan yang bakal meletop di tahun 2022 nanti ya…

1. Produk Suplemen Tambahan

Tahun 2022 dijangka akan menjadi tahun kehidupan yang sihat dan bebas daripada penyakit. Orang ramai dijangka akan menitikberatkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat di samping mengamalkan diet seimbang serta pemakanan tambahan pada setiap peringkat umur.

Maka, permintaan untuk suplemen tambahan seperti multivitamin, B kompleks, magnesium, vitamin C, D dan E, lesitin, milk thistle, lutein dan seumpanya dijangka meningkat.

Jadi, anda boleh ambil peluang ni buat kajian tentang jenama yang paling dipercayai dan terbukti berkesan. Selepas itu, anda pasarkan produk tersebut di platform online.

2. Produk Peningkatan Tahap Imunisasi Badan

Ramai orang yang mula sedar perlunya tahap imunisasi badan yang tinggi dalam tubuh badan mereka. Dengan tingginya tahap imunisasi badan seseorang, maka risiko untuk dijangkiti kuman atau virus berbahaya adalah rendah.

Kesedaran ini timbul semenjak kita berada di fasa pandemik Covid 19 lagi dan trend ini dijangka akan berterusan di tahun 2022 ni.

Orang ramai akan terus memastikan tubuh badan mereka dilengkapi nutrien yang mereka perlukan untuk berfungsi secara optimum, termasuk vitamin C, vitamin D, quercetin dan seumpamanya.

So, anda boleh guna peluang ni dengan membekalkan apa yang mereka perlukan ya!

3. Produk Suplemen Tambahan Untuk Haiwan Peliharaan

Peningkatan terhadap pemeliharaan haiwan peliharaan semakin ketara semasa musim pandemik Covid 19 ni. Ya la kan…semua kena kurung dalam rumah…bosan jugak…baik mula bela ‘pet’ kan.

Kucing mendominasi carta kerana paling ramai yang memeliharanya. Tapi tak kurang juga yang meminati ‘pet’ yang lain seperti hamster, arnab, kura-kura, ikan dan lain-lain.

Tuan-tuan ‘pet’ ni bukan setakat minat untuk memelihara ‘pet’ mereka, tapi amat mengambil berat kesihatan dan kesejahteraan ‘pet’ ini.

So, dijangkakan peningkatan berterusan dalam permintaan untuk makanan dan sajian haiwan peliharaan organik, makanan yang bebas daripada alahan biasa dan makanan tambahan yang menyokong kesihatan haiwan peliharaan, pencernaan dan kesihatan sendi.

Anda boleh mula ‘survey’ produk-produk berkaitan mulai dari sekarang.

4. Produk Kesihatan Untuk Wanita

Industri ini berkembang pesat dari tahun ke tahun. Produk kesihatan wanita merangkumi bukan sahaja untuk luaran wanita malahan produk untuk dalaman wanita.

Antara produk untuk luaran yang paling mendapat permintaan ialah produk menguruskan badan. Manakala produk untuk dalaman pula ialah produk berkaitan kemesraan hubungan suami isteri.

Justeru itu, jangan lupa untuk masukkan senarai produk seumpama ini dalam kedai online anda ya!

5. Produk Perlindungan Daripada Pencemaran Udara

Pada tahun 2022, ramai pengguna akan membuat pilihan makanan untuk meminimumkan pencemaran udara, memilih dan membeli produk organik yang diperakui USDA atau KKM.

Mereka juga akan mencari nutrien asas seperti asid lemak omega-3, vitamin B, vitamin antioksidan C dan E, serta “nutrien super” seperti sulfurophane, yang kesemuanya telah terbukti melindungi daripada kesan kesihatan negatif pencemaran udara.

Anda cari dan pastikan produk-produk ini diluluskan oleh pihak USDA atau KKM ya!

6. Produk Kudapan Sihat

Memandangkan pandemik Covid 19 ni memaksa kita semua ‘berkurung’ dalam rumah, pasti ‘jajan’ menjadi sajian penting tatkala anda menonton TV.

Di sini, pengguna sekarang semakin bijak kerana mereka lebih memilih snek atau ‘jajan’ yang sihat seperti kekacang iaitu badam, pistachio, gajus dan seumpanya berbanding keropok-keropok yang mengandungi MSG di dalamnya. Makanan-makanan sunnah Nabi SAW seperti kurma, kismis, buah tin dan seumpamanya juga mendapat permintaan yang tinggi sekarang.

Trend ini dijangka akan berterusan pada tahun 2022. Jadi, apa kata anda mula mencari pembekal yang membekalkan harga murah setanding kualiti dan membeli secara borong serta bungkus kembali dalam kuantiti yang sedikit untuk dipasarkan di kedai online anda.

7. Produk Menangani Stress dan Keletihan

produk kesihatan stress

Ramai orang sedang bergelut dengan emosi jangka panjang dalam kehidupan melalui wabak pandemik Covid 19 ini dan pengguna belajar bahawa mereka berupaya untuk menangani tekanan dan keletihan.

Pada tahun hadapan, permintaan dijangka akan meningkat untuk adaptogen seperti cendawan rhodiola dan cordyceps, dan nutrien seperti B1 (thiamin) dan phosphatidylserine (PS) di mana produk-produk seperti ini dapat membantu badan daripada kesan berbahaya akibat tekanan dan keletihan.

Anda boleh dapatkan senarai produk-produk di atas di farmasi yang berhampiran kawasan anda ataupun anda boleh ‘survey’ secara online.

8. Produk Mengekalkan Kadar Metabolisme Badan

produk kesihatan metabolisme

Dengan penyelidikan baharu yang menunjukkan bahawa kadar metabolik tidak menurun seawal usia seperti yang dipercayai sebelum ini, akan ada anjakan paradigma untuk mengawal metabolisme secara lebih bertanggungjawab.

Pada 2022, pengguna akan menunjukkan lebih minat terhadap produk dan tabiat gaya hidup yang mengekalkan metabolisme dengan memelihara jisim otot dan menyokong kesihatan mitokondria.

Makanan tambahan seperti asid amino rantai bercabang (BCAA), asetil-L-karnitin, CoQ10 dan asid alfa lipoik (ALA) akan semakin popular.

Gambar di atas saya sertakan contoh produk yang mengandungi makanan tambahan seperti di atas. Anda boleh cuba dapatkan jenama tersebut atau anda ‘survey’ jenama-jenama terkenal yang lain.

9. Perkhidmatan Bimbingan Kesihatan Pemakanan

produk kesihatan coach diet

Sepanjang musim pandemik Covid 19 ni, semua sesi pertemuan di dalam mesyuarat mahupun pembelajaran dijalankan secara online tanpa perlu bersemuka secara ‘face-to-face’.

Ini memaksa orang ramai berhadapan dengan komputer mahupun telefon bimbit dalam jangka masa yang lama sehingga boleh menyebabkan mereka kadang kala terpaksa ‘skip’ waktu makan mereka ataupun mereka tidak makan makanan secara seimbang yang lebih sihat.

Jadi, dijangkakan permintaan terhadap perkhidmatan bimbingan kesihatan pemakanan daripada pakar-pakar kesihatan, pakar-pakar diet atau makanan seimbang amatlah diperlukan. Rasa-rasanya kalau coach diet anda ‘handsome’ macam dalam gambar di atas, pasti semangat nak diet kan…hahahaha….

So, tunggu apa lagi, anda juga boleh jadi ‘coach’ diet dan tawarkan perkhidmatan seumpama ini kepada orang ramai.


10. Produk Berasaskan Rempah Ratus dan Herba

produk kesihatan rempah ratus dan herba

Permintaan untuk ramuan rempah ratus dan herba yang mampu meningkatkan kedua-dua rasa dan nilai pemakanan terhadap masakan semakin tinggi.

Bahan-bahan seperti kayu manis, kunyit, halia, selasih, thyme, sage, rosemary dan seumpamanya menjadi tumpuan utama.

Anda boleh bungkus semula bahan-bahan di atas dalam paket yang lebih kecil dan dipasarkan di kedai online anda.

Akhir Kata

Saya rasa cukuplah 10 kategori produk kesihatan yang boleh anda terokai dan buat ‘survey’ untuk anda senaraikan di dalam kedai online anda. InsyaAllah…pasti jualan anda akan MELETOPPP kerana ke semua kategori ini memang ada permintaan yang tinggi di seluruh dunia.

So, apa kata anda bermula dari sekarang mencarinya dan kalau dah dapat tapi masih tak tahu kat mana nak pasarkan, apa kata anda klik link di bawah, pasti ada sinar dan harapan untuk anda!

<<<Untuk Yang Tak Tahu Nak Jual Produk Kesihatan Kat Mana>>>

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.