eBay Malaysia vs eBay.com? Apa bezanya ye…Nak tahu tak?

Walaupun kita semua tahu tentang eBay, tidak ramai di antara kita yang mengetahui perbezaan antara laman web eBay.com dan laman web eBay Malaysia iaitu eBay.com.my.

Jom saya kongsikan perbezaan di antara eBay Malaysia vs eBay.com ni ya:

eBay Malaysia eBay.com.my

eBay Malaysia (eBay.com.my)

1. Percuma

eBay.com sebenarnya mengenakan bayaran kepada penjual mereka untuk setiap item yang mereka hantar. Tetapi, di eBay Malaysia ialah adalah percuma.

2. Pelanggan sasaran adalah warga Malaysia

Anda boleh sasarkan jualan produk anda kepada warga Malaysia. Namun, jika anda menjual barangan di laman web eBay.com, ia juga akan dipaparkan di eBay Malaysia jika anda menyasarkan rakyat Malaysia.

3. Menjual barang besar

Di eBay Malaysia, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual barangan yang besar kerana penghantaran dalam negara lebih murah berbanding penghantaran luar negara dan ini sekaligus akan menjimatkan kos operasi anda.

4. Menjual dalam masa yang sangat singkat

Anda boleh tutup jualan dalam masa yang lebih cepat kerana masa penghantaran adalah singkat. Jika anda menghantar produk anda ke luar negara, anda perlu menunggu selama berminggu-minggu untuk pelanggan mendapatkan produk yang dihantar sehingga keseluruhan urus niaga selesai.

5. Jangan risau tentang penghantaran antarabangsa

Anda tidak perlu risau lagi tentang masalah penghantaran ke luar negara seperti masalah cukai, kastam, barangan kena tahan dan sebagainya kerana penghantaran di dalam negara Malaysia sendiri tidaklah serumit penghantaran di luar negara.

.

eBay.com

eBay Malaysia eBay.com

1. eBay.com ialah laman web penuh

Ini bermakna laman web ini mempunyai semua ciri yang anda perlukan untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan melalui eBay.

2. Anda mempunyai pasaran antarabangsa

Pelanggan sasaran anda jauh lebih besar. Kebarangkalian untuk mendapatkan seseorang membida atau membeli produk anda pasti lebih tinggi.

3. Gunakan kadar cukai yang berbeza di negara anda

Setiap negara mempunyai kadar cukai yang berbeza apabila mengimport stok dari negara lain. Anda mungkin boleh membeli beberapa item di kedai secara offline di dalam Malaysia dan dijual dengan mudah di luar negara hanya kerana kadar cukai yang lebih rendah di negara anda.

.

Macam mana sekarang? Dah nampak perbezaaannya kan…

Melihat kepada kedua-dua perbezaan di antara eBay.com.my dan eBay.com, saya berpendapat bahawa eBay.com.my sepatutnya menjadi tempat yang sangat baik untuk belajar dan berkembang sebelum anda menjalankan perniagaan yang lebih luas dan besar dalam laman web eBay.com.

Anda perlu mencubanya untuk mengetahui yang mana satu lebih baik. Jika anda berminat nak tahu bagaimana cara nak mula jual produk anda di pasaran luar negara di platform ebay Malaysia mahupun ebay.com ni, apa kata anda klik link di bawah ni, abis cerita…settle masalah anda!

<<<Semua Perkara Tentang eBay Bermula DI SINI>>>

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.