Cara daftar Involve Asia Malaysia untuk program affiliate sangat mudah. Nak tahu tak? Jom saya kongsikan kepada anda langkah demi langkah cara daftar Involve Asia Malaysia.

Pernahkah anda terfikir bagaimana seorang Content Creator (blogger, YouTuber & Influencer) buat duit secara online?

Mereka mempunyai strategi jana income yang unik, tetapi sebahagian daripada sumber pendapatan secara online mereka datangnya daripada pemasaran secara affiliate.

Sebelum saya terangkan langkah demi langkah cara daftar Involve Asia ni, saya akan membincangkan terlebih dahulu semua yang anda perlu tahu tentang pemasaran affiliate:

Apa itu Pemasaran Affiliate?


Pemasaran affiliate ialah tempat anda mempromosikan produk dan perkhidmatan orang lain secara online melalui satu link khas yang telah disediakan oleh syarikat atau pemilik produk dan perkhidmatan yang anda sertai.

Anda akan memperolehi komisen jualan untuk setiap pembelian yang dibuat melalui link anda. Keseluruhan proses ini dipanggil pemasaran affiliate, dan ini adalah salah satu cara paling biasa ramai orang menjana wang secara online terutamanya untuk Influencer media sosial, YouTuber & pemilik laman web.

Apakah Yang Dilakukan oleh Pemasar Affiliate?


Pemasar affiliate (juga dipanggil Rakan Kongsi) ialah seseorang yang mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain secara online & memperoleh komisen untuk setiap jualan yang berjaya.

Mereka mampu menghasilkan sekitar USD 500 hingga USD 2,300 sebulan. Walau bagaimanapun, ini jelas berbeza bergantung pada niche (kekhususan) anda dan kualiti audien anda.

Berikut ialah beberapa contoh cara Rakan Kongsi menjana wang melalui Pemasaran Affiliate:

1. Pemasaran Affiliate di Blog atau Laman Web


Nasi Lemak Tech (NLT) ialah laman web yang membincangkan & mengulas tentang peralatan teknologi.

Berikut adalah artikel yang mereka tulis dengan begitu baik dalam mempromosikan link affiliate bagi produk ‘Charger’:

Contoh link affiliate NLT di laman web mereka

Mereka menulis artikel yang sangat komprehensif & berguna, membantu pembaca mereka membuat keputusan membeli dengan menyenaraikan kebaikan dan keburukan produk. Pada penghujung artikel itu, mereka memasukkan link affiliate di mana untuk membeli.

Jadi jika mana-mana pembaca mereka membeli produk tersebut melalui link affiliate tersebut, mereka akan mendapat komisen jualan.

Cukup mudah, bukan? Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai laman web dan masih mahu melakukan Pemasaran Affiliate.

Anda tak perlu risau ya. Contoh seterusnya akan menunjukkan kepada anda cara mempromosikan link affiliate anda tanpa laman web, menggunakan halaman Facebook percuma.

2. Pemasaran Affiliate di Halaman Facebook Percuma


My Great Sales ialah halaman Facebook yang mempromosikan tawaran secara online yang terkini. Pemilik halaman ini, Wendy kerap melayari internet untuk tawaran online dan menyusun segala-galanya di halaman Facebooknya.

Dia memasukkan link affiliate dalam setiap kandungannya. Jadi jika mana-mana audien klik pada link affiliate Wendy dan membuat pembelian, dia akan mendapat komisen affiliate.

Dalam salah satu catatan Facebooknya, dia mempromosikan minuman Pepsi Cola kepada audiennya:

cara daftar Involve Asia 4
Contoh link affiliate Wendy di Facebook

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang menjadikan halaman Facebook Wendy popular dan mendapat klik:

  • Menyusun semua tawaran dan kupon semasa secara online di satu tempat yang mudah (halaman Facebooknya).
  • Serlahkan diskaun dan butiran promosi untuk bakal pembeli.
  • Tangkapan skrin troli beli-belah yang menunjukkan harga selepas menggunakan kod promosi.

.

Setelah membaca sejauh ini bermakna anda ingin menjana wang secara online melalui Pemasaran Affiliate kan…

Apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftarkan diri anda sebagai Rakan Kongsi dengan Involve Asia.

Berikut ialah langkah demi langkah tentang cara anda daftar di Involve Asia:


Langkah 1: Daftar sebagai Rakan Kongsi di Involve Asia


Klik DI SINI yang akan membawa anda ke halaman dengan butiran akaun dan butiran ‘property’ untuk diisi.

Langkah 2: Isikan ‘Butiran Akaun’ anda

cara daftar Involve Asia 3

Tambahkan semua maklumat untuk Butiran Akaun, termasuk alamat e-mel dan kata laluan.

Langkah 3: Isikan ‘Butiran Property’ anda

cara daftar Involve Asia 2

‘Property’ merujuk kepada laman web, blog atau halaman media sosial yang anda uruskan.

Anda perlu menentukan ‘Jenis Property’ dan ‘Kategori Property’ anda supaya mudah untuk Involve Asia memadankan anda dengan jenama yang berkaitan.

Berikut saya kongsikan contoh yang boleh anda ambil untuk mengisi bahagian ‘Property’:

KeperluanApa MaksudnyaContoh
Social Media/Promotion
Page URL

Laman web, blog atau social media profile link

facebook.com/namaandawww.namabloganda.com
Jenis Property
Bagaimana anda dapat follower?

Influencers – Youtuber atau Instagrammer Content – Bloggers atau pemilik laman web – Laman Web Coupon website seperti Shopback
Kategori Property
Niche/Topik Anda

Perniagaan Online, Kecantikan dan Kesihatan, Peralatan Elektronik, Makanan

Langkah 4: Buat Akaun

cara daftar Involve Asia 1

Di bahagian bawah borang, tandakan kotak setuju dan klik pada butang ‘Buat Akaun’.

Permohonan anda akan diluluskan antara 2 hingga 3 hari bekerja. Semak e-mel anda daripada Involve Asia untuk status permohonan anda.

Setelah diluluskan, anda boleh mula mempromosikan tawaran ahli affiliate yang popular seperti Shopee dan Lazada atau mana-mana produk kegemaran anda kepada audien anda.

Saya harap panduan ini akan membantu anda memulakan kerjaya anda dalam pemasaran affiliate dan mampu menjana pendapatan tambahan secara online.

.

Akhir Kata

Adakah anda sudah bersedia untuk menjana pendapatan secara online? Klik DI SINI untuk mendaftar sebagai Rakan Kongsi di Involve Asia.

Sekiranya anda nak jana lagi pendapatan secara online selain pemasaran affiliate di tahun baru 2022 ni, anda boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut:

<<<Jom Jana Income Berkali Ganda di Tahun 2022>>>

.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.