Involve Asia ialah syarikat pemasaran prestasi berpangkalan di Malaysia yang menghubungkan orang yang ingin menjual sesuatu dalam talian (Advertiser) kepada orang yang mempunyai audien dalam talian, seperti ‘content creator’ & ‘influencer’ (Publisher).

Mungkin ramai di antara anda yang memang tak tahu apa itu Involve Asia ni kan…Jom baca sampai abis ya!

Jom layan video di bawah ni:

Berikut adalah manfaat yang boleh diperolehi oleh sama ada ‘Advertiser’ mahupun ‘Publisher’:

  • Manfaat untuk Advertiser (syarikat jenama yang ingin menjual sesuatu secara online) – Jana lebih banyak jualan dengan memanfaatkan kepercayaan Publisher yang berpengaruh yang mempunyai ramai bakal pembeli online.
  • Manfaat untuk Publisher (orang yang mempunyai pengikut online) – Jana wang dengan mempromosikan produk yang berkaitan kepada audien mereka.

Penubuhannya:

Involve Asia Advertiser dan Publisher

Ditubuhkan pada tahun 2014, beribu pejabat di Malaysia dan mempunyai pejabat serantau di Filipina, Indonesia dan Thailand.

Pada tahun 2017, ia telah diperakui sebagai syarikat berstatus MSC, pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia yang membolehkan mereka mengendalikan aktiviti maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) di Koridor Raya Multimedia.

Pada April 2020, ia disenaraikan sebagai salah satu syarikat teknologi yang paling pesat berkembang di Deloitte Technology Fast 500 Asia Pasifik 2020.

Pada masa ini, Involve Asia mempunyai lebih daripada 400 Advertiser (jenama) yang bekerjasama dengan mereka. Antaranya ialah Shopee, Lazada dan Tokopedia dan jenama seperti Nike, Zalora dan Sephora.

Sehingga 2021, ia mempunyai lebih daripada 120,000 Publisher yang aktif (Content Creator, Influencer & Laman Web) yang mempromosikan produk & perkhidmatan Advertiser mereka.


Bagaimana Involve Asia Membantu Advertiser & Publisher Buat Lebih Banyak Jualan Secara Online?

Involve Asia membantu Advertiser memasarkan produk mereka untuk dipromosikan oleh Publisher bagi menghasilkan jualan yang tinggi. Semua ini boleh dilakukan oleh Publisher melalui ‘dashboard’ di laman web Involve Asia. Sangat mudah kan!

Involve Asia Semua Kategori

Program Pemasaran Affiliate Yang Paling Top di Involve Asia seperti berikut:

Involve Asia Shopee
  • Program Affiliate Shopee
  • Program Affiliate Lazada
  • Program Affiliate Nike
  • Program Affiliate Sephora
  • Program Affiliate Zalora

Involve Asia bekerjasama dengan rakan kongsi dengan jenama dan pasaran popular di Malaysia, seperti Shopee, Lazada dan Nike. Mereka mempunyai kira-kira 500 program affiliate untuk Publisher mempromosikan jenama kegemaran mereka pada mana-mana platform online pilihan mereka.

Program affiliate di Malaysia ni merangkumi pelbagai kategori, termasuk teknologi, fesyen, kecantikan, barangan runcit dan rumah & gaya hidup.

Akhir Kata


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara Involve Asia membantu meningkatkan prestasi pemasaran secara affiliate, anda boleh klik di SINI dan daftar sebagai Publisher.

Mudah kan nak buat duit secara online ni, tak perlu modal langsung kan jika anda jadi Publisher. Jika anda dah boleh jana income melalui pemasaran affiliate, apa kata anda cuba jana income pula melalui perniagaan e-commerce. Nak tahu, klik link di bawah ni ya!

<<<Perniagaan E-Commerce Tahun 2022>>>

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.