Cara daftar dropship Savevalue2u ni sebenarnya senang je…Jom saya kongsikan langkah demi langkahnya supaya anda terus boleh mula menjual secara dropship.

cara daftar savevalue2u

Saya ada kongsi dengan anda pada artikel sebelum ni tentang Savevalue2u. Kalau ada yang belum baca, anda boleh baca DI SINI ya. Savevalue2u ialah pembekal barang-barang trending terkini di dalam Shopee. Jadi barang-barang yang dibekalkan mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pembeli. So tak hairanlah ramai dropshipper yang ambil peluang menjadi salah seorang dropshipper di Savevalue2u ni.

Dan yang paling best sekali, jika anda nak tahu, anda boleh buat dropship secara automatik. Nak tahu tak kenapa ia automatik? Jom baca sampai abis ya…

1. Order Dibuat Secara Automatik 

Anda tak perlu lagi copy paste order daripada pembeli. Anda hanya perlu sync akaun Shopee anda dengan website Savevalue2u. Semua akan diupdate dengan sendiri. Best kan…

2. Tidak Perlu Tulis Nombor Tracking 

Anda tak perlu nak tulis dan hantar nombor tracking order kepada pembeli. Semua sistem akan lakukan. Anda hanya perlu monitor pengerakan parcel di akaun Shopee anda.

3. Hanya Fokus Kepada Pemasaran dan Jualan Produk

Anda hanya mencari pembeli sahaja kerana kerja order, pembungkusan dan pembayaran diuruskan secara automatik antara Shopee dengan Savevalue2u.

4. Baki Stok Diurus Secara Automatik 

Anda tak perlu kira berapa baki stok yang ada dalam tangan anda dan keluar masuk stok pun tak perlu ambil tahu. Ini kerana Savevalue2u yang sediakan segala-galanya.

5. Tiada Minimum Jualan 

Anda tidak dikenakan syarat berapa banyak anda kena jual. Satu pun boleh jual. Memang best jadi dropshipper di Savevalue2u ni…

6. Tiada Cop Savevalue2u Pada Barang Yang Dipos

Walaupun barang itu dipos oleh Savevalue2u, tetapi pelanggan tak tahu kerana tiada cop Savevalue2u pada barang pelanggan anda. Amacam? Tertarik kan…

.

So, jom saya kongsikan langkah demi langkah bagaimana nak mulakan bisnes dropship di Savevalue2u:

.

Secara asasnya ialah anda perlu satukan (integrate) akaun Shopee anda dengan akaun Savevalue2u anda.

Secara konsepnya, Shopee ibarat shopping mall dan anda mempunyai kedai di dalamnya. Savevalue2u ialah syarikat pembekal barang kepada kedai anda atau dipanggil pemborong.

.

Jom kita tengok macam mana nak “intergrate” akaun Shopee anda dengan Savevalue2u:

.

1. Sign In Akaun Savevalue2u Anda

Anda boleh sign in DI SINI  jika anda masih belum ada akaun Savevalue2u dan tekan “create you account”

2. Klik Pada Shop Sync

Selepas anda sign in, anda akan lihat seperti di dalam gambar. Di bahagian atas, ada “Shop Sync” dan klik di situ.

3. Klik Butang “Sync Setting”

Dari dashboard, sebelah kiri panel tekan butang “Sync Setting” dan akan keluar paparan seperti berikut:

cara daftar dropship savevalue2u 4

4. Klik Pada “Edit Button”

Dalam “Sync Setting” akan keluar platform online shopping yang boleh di sync. Anda klik “Edit Button” sebelah paling kanan platform online seperti di dalam gambar.

cara daftar dropship savevalue2u 3

5. Klik Pada Butang “Connect Now”

Anda boleh klik pada butang “Connect Now” untuk satukan (integrate) akaun Savevalue2u dan akaun Shopee anda.

cara daftar dropship savevalue2u 2

6. Sign In Akaun Shopee Untuk Pengesahan (Verification)

Pastikan sebelum anda buat akaun Savevalue2u, anda sudah mempunyai akaun Shopee.

cara daftar dropship savevalue2u 1

SELESAI…

Tahniah!! Anda sudah berjaya “satukan” akaun Shopee anda dengan

akaun Savevalue2u.

So, macam mana anda rasa…mudah tak nak buat bisnes dropship Savevalue2u ni. Cara daftar dropship Savevalue2u dah saya kongsikan. Boleh dah la kalau nak bermula…

Sekiranya anda berminat nak buat dropship untuk pasaran luar negara, saya rekemenkan kepada anda seorang SIFU ni memang pakar dalam jual barang kat ‘oversea’ ni. Cuba klik link di bawah ni untuk tahu dengan lebih lanjut…

.

<<<SIFU, Pakar Jual Barang Kat “OVERSEA”>>>

.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.