Jenis peniaga eBay ni ada banyak kerana terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk menjual di eBay. Strategi jualan anda yang betul dan tepat akan membawa anda kepada kejayaan dalam penjualan produk anda.

Setiap strategi atau kaedah jualan di eBay juga datang dengan cabaran, jadi saya akan menerangkan kepada anda apakah perkara yang perlu diberi perhatian agar anda akan memperoleh jualan yang banyak.

Berikut saya kongsikan beberapa jenis peniaga eBay:

jenis peniaga ebay

1. Dropshipper

Peniaga yang menggunakan dropshipping sebagai platform perniagaannya menggunakan saluran antara pembekal borong dan pembeli. Peniaga tidak perlu fikir tentang penyimpanan/pergudangan produk mahupun pengurusan penghantaran produk kepada pembeli.

Apabila pelanggan membeli item, peniaga memberitahu syarikat pihak ketiga bahawa jualan telah dibuat dan mereka menghantar item tersebut kepada pembeli – tiada pengendalian diperlukan di pihak peniaga.

Perkara yang perlu diberi perhatian sebagai dropshipper:

Menguruskan pembelian pelanggan secara dropship (jangka masa penghantaran dan kualiti item, contohnya) boleh menjadi lebih mencabar apabila anda tidak dapat melihat produk itu sendiri. Pastikan anda test terlebih dahulu dengan membeli sesuatu yang dihantar kepada diri anda dari semasa ke semasa, supaya anda mengetahui secara langsung bagaimana ia juga dihantar kepada pelanggan anda.

.

2. Peniaga Terpakai (Second-hand seller)

Barangan terpakai banyak dicari oleh pelanggan di eBay. Ia juga merupakan kaedah pilihan bagi kebanyakan peniaga yang biasanya menjual barangan terpakai kerana mampu mengaut keuntungan yang lumayan.

Dalam kebanyakan kes, peniaga biasanya akan mencari produk terpakai yang bersesuaian sama ada dalam talian mahupun dalam kehidupan sebenar mereka untuk dijual di eBay.

Perkara yang perlu diberi perhatian sebagai peniaga terpakai:

Jualan barangan terpakai di eBay adalah kompetitif, dan telah dipopularkan oleh beberapa vendor yang telah berjaya sejak beberapa tahun lalu. Ini bermakna ramai peniaga yang menggunakan kaedah ini.

Kedai dan pasaran barangan terpakai sedia ada semakin bijak tentang nilai dan populariti barangan terpakai, dan ramai yang menaikkan harganya. Ini menjadikannya lebih sukar untuk anda memperoleh keuntungan.

.

3. Reseller dan Peruncit

Reseller dan peruncit membeli produk mereka (biasanya produk baru) daripada pemborong atau pengilang, dan menjualnya dengan tujuan untuk mengaut keuntungan daripada apa yang mereka bayar.

Terdapat beberapa jenis reseller yang berbeza. Dalam konteks eBay, ini boleh jadi apa sahaja daripada peniaga terpakai (seperti diterangkan di atas), kepada perniagaan berskala penuh yang mendapatkan barangan dari seluruh dunia untuk dijual di kedai mereka sendiri.

Perkara yang perlu diberi perhatian sebagai reseller atau peruncit:

Reseller dan peruncit boleh mendapat sedikit imej negatif di platform eBay. Ini kerana banyak akaun mereka untuk membeli item daripada eBay dengan niat untuk menjualnya pada keuntungan, tetapi dengan berbuat demikian, mereka boleh menyusahkan peniaga lain.

Tidak ada yang salah dari segi undang-undang, namun ia tidak menghasilkan pengalaman pelanggan yang baik, yang boleh menjejaskan reputasi anda sebagai peniaga.

.

4. Jenama atau Label Peribadi

Tarikan untuk jenama dan label peribadi masih baru lagi di eBay. Bagi kebanyakan jenama dan label peribadi, eBay membantu peniaga jenis ini dalam strategi jualan mereka.

Perkara yang perlu diberi perhatian sebagai jenama atau label peribadi

Penyelidikan pasaran yang mendalam diperlukan untuk mengetahui apa produk anda yang sesuai di pasaran eBay. Hanya kerana ia diiktiraf tidak bermakna ia akan menjadi popular secara automatik di platform eBay. Anda perlu memastikan bahawa produk anda memenuhi keperluan pengguna eBay.

.

Kesimpulan

.

Saya harap dengan perkongsian saya kali ini iaitu 4 jenis peniaga eBay yang perlu anda ketahui ini, sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat pilihan yang mana satu jenis peniaga yang anda ingini. Jika anda dah tahu yang mana satu, mudah bagi anda mengatur strategi jualan dan seterusnya mampu memberi kesan yang baik kepada penjualan produk anda.

Sekiranya anda ingin ketahui dengan lebih mendalam tentang cara buat bisnes eBay ni, apa kata anda klik link di bawah:

.

<<<Cara Buat Bisnes eBay>>>

.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.