AliExpress dropship telah mendapat banyak publisiti dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ia telah disebut-sebut sebagai laman e-dagang yang ‘ajaib’ yang membenarkan sesiapa sahaja untuk dropship produk dari China tanpa sebarang kos.

Sebelum saya kongsikan bagaimana untuk berjaya dengan AliExpress dropship ni, apa kata kita kenali dulu syarikat AliExpress ni ya!

aliexpress dropship

Apakah AliExpress?


Anda mungkin pernah mendengar tentang jutawan China, Jack Ma, atau tentang syarikatnya yang bernilai $307 bilion dolar iaitu Alibaba. Dia dianggap sebagai versi Asia Jeff Bezos dari Amazon.

Bermula pada tahun 1999, syarikat itu terhasil adalah disebabkan Jack Ma tidak dapat mencari produk Cina dalam talian dengan mudah.

Platform yang dihasilkan membolehkan pembeli Barat berhubung dengan penjual Cina dan Asia dan telah merevolusikan e-Dagang di seluruh dunia.

Alibaba, laman web asal, dibina untuk pembelian borong. Penjual biasanya mempunyai keperluan pesanan pukal minimum. Anda boleh berhubung terus dengan pengeluar China untuk membuat pesanan, dan pembayaran biasanya melalui pindahan wang melalui bank.

AliExpress pula ialah laman web ‘saudara Alibaba’ dan dibuat untuk peruncit yang lebih kecil yang tidak menyimpan stok produk yang mereka jual, dan ia menerima pembayaran melalui kad kredit.

Anggap ia sebagai Amazon, tetapi lebih murah dan dengan masa penghantaran dua minggu.

Jadi perbezaan utama antara AliExpress dan Alibaba ialah Alibaba digunakan untuk membeli terus daripada pengilang, manakala di AliExpress penjual sebenarnya adalah individu atau syarikat pihak ketiga yang menjual semula kepada anda.

Ok…clear dah kan pasal AliExpress ni kan. So, di bawah ni saya nak kongsikan dengan anda 5 tips untuk anda berjaya sebagai dropshipper di AliExpress ni.

.

Tips 1: Minta supplier TIDAK memasukkan slip pembungkusan, invois, harga atau sampel

.

Walaupun sesetengah pelanggan anda yang lebih arif mungkin akan mengetahui bahawa anda sedang menghantar produk anda secara dropship, anda harus melakukan apa sahaja yang boleh untuk memastikan pelanggan tidak tahu mengenainya.

Salah satu cara untuk memastikannya ialah apabila anda membuat pesanan anda, tambahkan nota dan minta pembekal anda untuk tidak memasukkan sebarang bahan promosi atau slip pembungkusan dalam pakej tersebut.

.

Tips 2: Elakkan menjual item yang melanggar hak cipta

Jika anda tidak berterus terang dengan pengguna bahawa produk yang anda jual adalah produk tiruan, anda boleh mendapatkan pengguna yang mudah tertipu untuk membelinya, kerana mereka fikir bahawa mereka membeli item berjenama secara diskaun.

Tetapi apabila mereka mendapat produk mereka, dan menyedari ia bukan original, bersiaplah untuk anda terima ‘maki-hamun’ mereka.

Walaupun syarikat berjenama terkenal jarang menyaman kedai e-Dagang yang kecil-kecilan, tetapi kalau boleh tu janganlah anda cuba ‘menangguk ikan di air keroh’ pulak ya. Silap haribulan kena saman kedai online anda.

So, carilah produk lain yang bukan berjenama terkenal dan yang tidak melanggar hak cipta ya!

.

Tips 3: Serlahkan persembahan produk anda

Foto dan penerangan produk AliExpress kadangkala dipandang remeh oleh sesetengah dropshipper. Untuk menyerlahkan produk anda, pastikan anda meluangkan masa untuk menghasilkan penerangan produk yang hebat. Serta mengambil atau memilih gambar berkualiti tinggi yang mungkin.

.

Tips 4: Pastikan pelanggan anda gembira

Ini bermakna anda perlu memaklumkan kepada pelanggan anda masa penghantaran dengan jelas dan memberikan mereka nombor tracking secepat mungkin. Juga, ingat untuk menggunakan ePacket dan jika anda boleh menawarkan ‘free shipping’!

Sediakan ‘customer support’ yang bagus. Cepat membalas pertanyaan pelanggan dan maklumkan tentang ‘refund policy’. Ini bermakna anda perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan pembekal anda juga supaya anda boleh menyelesaikan sebarang isu dengan cepat!

Untuk melancarkan proses, pastikan anda telah memesan produk yang anda ingin jual terlebih dahulu dan telah melalui keseluruhan pengalaman sebagai pelanggan. Dengan cara ini anda akan tahu dengan tepat bagaimana rasanya memesan daripada pembekal anda dan telah meletakkan diri anda dalam kedudukan pelanggan.

.

Tips 5: Gunakan program affiliate AliExpress

Jika anda masih teragak-agak untuk terjun ke dunia dropshipping, ada pilihan yang lebih mudah yang mungkin anda minati iaitu program affiliate AliExpress!

Secara ringkasnya, berikut ialah cara ia berfungsi:

Anda menyediakan laman web anda sendiri dan anda promosikan pelbagai produk AliExpress di laman web anda.

Apabila pembaca anda berminat untuk membeli produk, mereka akan klik pada link di laman web anda, dan mereka akan dibawa ke laman web AliExpress.

Apabila mereka membuat pembelian mereka, supplier AliExpress membayar anda yuran affiliate.

Tugas anda hanyalah untuk menarik minat pelanggan tentang produk tersebut dan anda tidak perlu membuat pesanan, berurusan dengan pertanyaan atau mengendalikan pemulangan.

Dan anda akan mendapat komisen minimum 8.5%!

Sebagai perbandingan, ahli affiliate Amazon mendapat komisen 4% secara purata – jadi AliExpress pastinya tidak kedekut dalam hal memberi ganjaran kepada ahli affiliate mereka!

.

Kesimpulan


AliExpress dropship tidak memerlukan inventori, tiada kos penghantaran dan memerlukan modal yang minima sahaja.

22-33% peniaga dalam talian telah menggunakan dropshipping sebagai kaedah utama mereka untuk menjual produk.

Ini bermakna dropshipping adalah model yang telah dicuba dan diuji, dan ia pasti menguntungkan.

So dah sampai masa untuk anda berhenti menjadi pekerja makan gaji.

Jom mula membina perniagaan anda sendiri melalui dropshipping di Aliexpress.

Sekiranya anda nak cuba perniagaan dropshipping di platform lain selain dari AliExpress dropship, anda boleh klik link di bawah ni ya…

.

<<<Perniagaan Dropshipping di Platform Lain>>>

Selamat Mencuba!

.

Leave a Reply

Your email address will not be published.