Free gift untuk customer merupakan salah satu cara yang boleh anda praktis sebagai seorang peniaga tak kira sama ada anda peniaga offline mahupun online. Ia boleh memberi pulangan kepada syarikat anda jauh melebihi kos masa kini.

free gift untuk customer

Menurut Hallmark Business Connections, syarikat yang berusaha untuk “hubungan yang bermakna” dengan pelanggan mereka mungkin mempunyai pengekalan pelanggan yang lebih besar dan memperoleh perniagaan berulang.

Berikut saya senaraikan 4 faedah yang anda akan perolehi sekiranya anda memberi free gift untuk customer anda:

1. Pengiklanan

Free gift boleh menjadi satu cara yang berkesan untuk pengiklanan. Contohnya, jika anda memberi pelanggan pen percuma, pen itu mungkin dipinjam oleh orang lain yang akan melihat nama perniagaan anda.

pen free gift untuk customer

Dan orang itu kemungkinan akan bertanya kepada pelanggan anda tentang pengalaman mereka dengan syarikat anda. Di sinilah wujudnya cara pengiklanan secara percuma tu. Sekiranya pelanggan anda menceritakan pengalaman yang menarik, pasti orang itu tertarik dan berminat dengan syarikat anda.

Memandangkan pen sering ditinggalkan di tempat awam, hadiah anda boleh bertukar tangan dengan lebih ramai orang sebelum ia kehabisan dakwat. Tak gitu…

Beg tote, mug, note pad dan banyak lagi produk lain juga boleh mempunyai kesan yang sama pada perniagaan anda. Cubalah…pasti ada hasilnya!

2. Kesetiaan pelanggan

Kebiasaannya ramai pelanggan akan memilih syarikat yang menunjukkan penghargaannya kepada pelanggannya. Jadi, pasti mereka akan memilih untuk berurusan dengan syarikat yang memberi hadiah daripada syarikat yang tidak memberi apa-apa hadiah kepada mereka.

Pilihan di tangan pelanggan anda. Jadi pastikan mereka rasa dihargai walaupun dengan memberi sekecil-kecil free gift seperti pen ataupun key chain agar syarikat anda sentiasa di hati mereka.

3. Kesedaran jenama

Berikan hadiah yang bakal digunakan oleh bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada berulang kali. Ini akan membantu membina jenama anda.

Jika anda boleh menghubungkan hadiah dengan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan, itu lebih baik. Sebagai contoh, syarikat membaiki komputer boleh memberikan UPC drive kepada pelanggannya dengan logo syarikat dicetak padanya.

Jika anda tidak boleh menghubungkan hadiah dengan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan, tak usah risau, anda beri saja hadiah yang kerap pelanggan gunakan dalam urusan seharian mereka seperti pen, key chain, mug, payung, t-shirt dan seumpamanya yang tercetak di atasnya nama dan logo syarikat anda.

4. Kepuasan pelanggan

Hadiah kecil pun ada kesannya kerana ia akan membuatkan pelanggan berasa gembira. Anda mungkin mempunyai pengalaman melalui drive thru di bank dan mereka memberi lolipop untuk anak anda yang duduk di tempat duduk belakang.

Walaupun layanan itu hanya menelan belanja beberapa sen sahaja, sikap bertimbang rasa dan mesra itu menjadikan pelanggan rasa lebih berpuas hati. Jadi, fikirkan cara untuk membuat pelanggan anda gembira!

.

Akhir Kata

.

Apa kata anda cuba praktiskan apa yang saya telah kongsikan dengan anda ni. Pasti anda akan dapat melihat hasilnya. Mungkin bukan pada masa yang singkat, namun yang pasti dengan memberi free gift kepada customer, anda akan sentiasa berada di hati pelanggan anda!

Jom sama-sama dengan saya fikirkan jika pelanggan anda bukan orang Malaysia, bukan tinggal di Malaysia, tetapi tinggal nun jauh di USA, free gift apakah yang sesuai ya!

.

<<<Nak Ada Bisnes Oversea dan Pelanggan Oversea, Klik Sini Ya!>>>

.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.