Pos barang guna J&T? Macam mana tu caranya? Nak tahu? Jom saya kongsikan…

Jika anda baru sahaja memulakan perniagaan online, terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan. Dan yang paling penting adalah penghantaran produk. Anda perlu memastikan perkhidmatan penghantaran yang anda pilih memenuhi kehendak pelanggan anda.

Kali ni saya nak kongsikan dengan anda yang ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran syarikat J&T Express. Sedikit pengenalan tentang syarikat ni ya…

J&T Express ialah sebuah syarikat penghantaran ekspres berdasarkan e-teknologi moden yang terkemuka dengan slogan “Express Your Online Business” yang meletakkan jenama mereka sebagai teras e-dagang ekspres.

Visi mereka untuk menjadi sebuah syarikat yang stabil dan mampan. Manakala misi mereka pula berorientasikan pelanggan dan kecekapan menjadi teras utama mereka.

Jom saya kongsikan dengan anda langkah-langkah yang perlu anda tahu untuk pos barang guna J&T ni…

.

1. Daftar untuk Akaun J&T Express

Anda perlu membuat akaun dan mengesahkan e-mel anda untuk mengakses ‘dashboard J&T Express”. Anda perlu mendaftar melalui laman web J&T. Berikut ialah link untuk membuat Akaun J&T Express: https://www.jtexpress.sg/create-an-account

2. Buat Pesanan

Jika anda sudah mempunyai jualan di Lazada atau Shopee, anda tidak perlu membuat pesanan secara manual kerana pasaran ini telah di ‘link’ kan dengan J&T Express. Pesanan yang pelanggan anda buat di Lazada dan Shopee akan secara automatik di ‘link’ kan dengan pelbagai syarikat penghantaran yang dipilih oleh pasaran.

Walau bagaimanapun, jika anda belum menjual di Lazada atau Shopee, anda perlu membuat pesanan secara manual. Selepas anda log in ke akaun J&T anda, klik pada “My Order” di sebelah kiri ‘dashboard’, dan klik “Single Order Upload”.

3. Masukkan Butiran Pesanan

pos borang guna J&T 6

Berikut adalah butiran yang anda boleh pilih:

  • Jenis perkhidmatan (bergantung pada langganan anda, anda mungkin hanya boleh memilih penghantaran tempatan)
  • Sama ada anda mahukan tunai semasa penghantaran
  • Nombor rujukan (nombor ‘tracking’ atau nombor ‘airway bill’)

4. Jadual Pickup

pos borang guna J&T 5

Klik “No pickup required” jika barangan anda untuk penghantaran masih belum tiba. Anda boleh klik semula dalam bahagian “Order Management” jika ingin ‘pickup’ semula. Selain itu, isikan alamat ‘pickup’ anda di sini serta berikan no telefon orang yang boleh beri bungkusan itu apabila petugas J&T nak ‘pickup’ bungkusan itu.

Jika anda mempunyai pelanggan tetap dan sentiasa perlu menghantar ke alamat yang sama, anda boleh masukkan nama dan alamat mereka ke dalam ‘address book’ supaya anda tidak perlu memasukkan semua butiran dari awal pada masa akan datang. Anda juga boleh memilih tarikh & masa ‘pickup’ yang sesuai dengan masa anda.

5. Masukkan Maklumat Penerima

pos borang guna J&T 4

Anda perlu memasukkan butiran penerima dan ‘delivery instructions’ jika ada. Contohnya: “Tinggalkan di depan pintu dan tekan loceng pintu apabila penghantaran selesai” jika anda ingin mengelakkan sentuhan manusia semasa Covid 19.

6. Masukkan Butiran Item

Akhir sekali, anda masukkan ‘dimension’ dan berat item tersebut. Anda boleh memilih untuk mengisytiharkan nilai item anda jika anda bimbang pakej anda hilang atau rosak. Ini akan meningkatkan liabiliti maksimum pembekal penghantaran sekiranya perkara itu berlaku, tetapi perlu diingat bahawa ia juga akan meningkatkan kos penghantaran anda.

‘Net delivery charge’ akan dikira selepas memasukkan butiran ini, dan jika anda bersetuju, anda boleh meneruskan untuk menyerahkan pesanan.

7. Cetak & Tampal Label Airway

pos borang guna J&T 3

Selepas menghantar pesanan anda, anda perlu memilih saiz ‘airway bill’ anda yang ingin anda cetak. Saya biasanya menggunakan saiz A6 kerana saiz ini sesuai untuk pencetak label (jika anda memilikinya).

Anda akan diberi nombor ‘tracking’ pada ‘airway bill’ yang dikeluarkan yang boleh anda gunakan untuk ‘tracking’ status penghantaran bungkusan anda. Cetak dan tampal pada bungkusan anda.

Cara Mencetak Label J&T

pos borang guna J&T 2

Terdapat pilihan pencetak standard sekiranya anda tidak mempunyai bajet untuk pencetak label zebra yang mahal itu. Terdapat juga pilihan untuk mencetak 4 pelekat dalam satu kertas A4.

Ini adalah pilihan:

  • Pencetak Zebra (pelekat label saiz A6)
  • Pencetak Perindustrian Standard (1 pelekat tunggal dalam 1 A4)

Anda tidak perlu mencetak label serta-merta selepas membuat pesanan. Klik pada “Order Management” pada ‘dashboard’ setiap kali anda nak cetak dan klik “Order Overview”. Kemudian, pilih pesanan dan klik “Print”. Dan pilih mana-mana saiz yang sesuai dengan anda.

Garis Panduan Pembungkusan Untuk Penghantaran

pos borang guna J&T 1

Berikut ialah beberapa tips untuk mengelakkan bungkusan anda daripada ditolak oleh mana-mana kurier penghantaran:

  • Pek padat dan kemas untuk mengelakkan pergerakan barang di dalam kotak semasa penghantaran. Anda boleh menggunakan ‘bubble wrap’, surat khabar atau ‘styrofoam peanuts’ untuk mengisi mana-mana ruang kosong.
  • Gunakan sekurang-kurangnya 2-3 tape dengan lebar sekurang-kurangnya 2 inci. Gunakan kaedah “H” seperti gambar di atas.
  • Tutup atau buang sebarang label lama yang tidak lagi digunakan.
  • Pastikan kod bar benar-benar rata & kelihatan, & ia tidak tenggelam atau bengkok di tepi bungkusan.
  • Pertimbangkan untuk meletakkan salinan label penghantaran anda di dalam kotak sekiranya label luar tertanggal.

.

Kesimpulan

Nah…saya dah kongsikan langkah demi langkah cara nak pos barang guna J&T ni ya…senang kan…

So lepas ni boleh try la guna J&T pulak ye.

Alang-alang dah buat bisnes online ni, takkan nak stuck kat market local saja kan…apa kata anda klik link di bawah jika anda ada berimpian nak melebarkan sayap bisnes online anda di persada antarabangsa.

.

<<<Nak Bisnes Online ke Persada Antarabangsa>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.