Gambar background putih terang di Instagram ni senang je nak buat. Hanya ada 2 langkah je! Sangat mudah dan anda tidak perlu mengedit selama berjam-jam. Jom saya kongsikan dengan anda.

Apa Yang Anda Perlukan Ialah:

Cahaya semulajadi adalah SANGAT-SANGAT penting. Jika tidak, foto anda akan kelihatan kasar, berkualiti rendah dan kurang terdedah. Dan foto anda tidak akan kelihatan elok jika anda menggunakan filter dan tidak menggunakan cahaya semula jadi.

Tips Gambar Background Putih Terang di Instagram:

Anda perlu pastikan perkara-perkara berikut terlebih dahulu:

  • Ambil foto anda di sebelah tingkap.
  • Ambil foto anda pada waktu pagi atau petang untuk mendapatkan cahaya semula jadi yang terbaik.
  • Elakkan cahaya matahari langsung.
gambar background putih terang di instagram 4

1. Gunakan ‘Whitening Tool’ percuma di Preview Apps sebagai background putih

Sebaik sahaja anda mempunyai gambar, anda mempunyai dua pilihan:

  • Jika background anda tidak mempunyai bintik gelap atau kuning hodoh yang mengganggu mata anda, anda boleh teruskan dan gunakan ‘white filter’.
  • Jika background putih anda mempunyai bintik-bintik gelap yang hodoh, gunakan ‘Whitening Tool’.

Jom saya tunjukkan kepada anda cara menggunakan ‘Whitening Tool’ untuk mendapatkan POP putih tambahan sebelum anda menggunakan filter.

  • Klik pada ‘Photo Editor’ di bahagian editor Preview Apps.
  • Pilih ‘Whitening Tool’
  • Klik pada ‘Brush’ di dashboard untuk jadikan background putih.
gambar background putih terang di instagram 3

2. Guna ‘White Filter’

Akhir sekali, gunakan ‘white filter’ sahaja.

Preview apps ialah apps yang pertama dan satu-satunya yang menawarkan ‘White Filters’. Jika anda suka tema putih dan cerah, anda pasti menyukai pakej ‘filter’ dalam apps ini.

Sebaik sahaja anda menggunakan filter kegemaran anda, Preview Apps akan memastikan gambar anda muncul dan berwarna putih terang.

Nah..itu saja! Kan saya dah kata SENANG & MUDAH. Jom buat SEKARANG! Ambil gambar menggunakan cahaya semula jadi, di sebelah tingkap anda. Dan kemudian masukkan ke dalam Preview Apps. Jadikan background anda putih ya.

Cuba…Jangan Tak Cuba ya!

.

<<<Dah Pandai Buat Gambar Background Putih Terang di Instragram, boleh pamerkan produk anda di pasaran ni!>>>

.

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Your email address will not be published.