Barang VERO & NON VERO di eBay ni ada banyak sebenarnya. Sebagaimana yang anda ketahui, eBay adalah platform yang bagus untuk kita pasarkan produk jualan ke pasaran antarabangsa.

Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, eBay mempunyai potensi pembeli yang tinggi. Tetapi anda perlu tahu bahawa tak semua produk boleh dipasarkan di eBay.

Anda perlu kenalpasti apa itu barang VERO & NON VERO di eBay, jenis-jenis barang yang boleh dijual dan barang-barang yang tak boleh dijual.

Sebagai permulaan, kita lihat dahulu apa itu definasi VERO.

VERO adalah singkatan bagi perkataan “Verified Rights Owner”. Kebiasaannya pemain eBay baru selalu menghadapi masalah ini. Mereka tidak dapat membezakan barang apa yang patut boleh dijual dan tidak boleh dijual.

Contoh mudah. Company NIKE telah mendaftarkan nama company mereka di bawah program VERO di eBay.

Jika eBay dapat kenalpasti sesiapa yang menjual barang-barang NIKE tanpa sebarang bukti yang menunjukkan barang itu adalah original, listing mereka akan kena remove dan jika akaun eBay yang baru listing barangan yang seperti ini, kemungkinan besar juga akaun akan terus kena suspend.

Aanda boleh rujuk senarai company yang didaftarkan di eBay di bawah program VERO di sini vero.ebay.com

Barang yang “NON-VERO” pula adalah barang yang tidak terdapat sebarang jenama yang didaftarkan di bawah program VERO. Bagaimana nak mengelakkan hal ini terjadi?


Mudah sahaja! Pastikan anda semak dahulu ada tak penjual dari eBay Malaysia yang jual barang yang anda nak jual itu. Jika akaun penjual itu mempunyai feedback yang lebih kurang sama banyak dengan anda dan akaun mereka lebih kurang seusia dengan akaun anda dan jika mereka tidak kena remove listing ataupun akaun kena suspend dalam masa 1-2 minggu, maka kemungkinan besar untuk anda menjual barang itu juga boleh.

Berikut adalah contoh barang-barang yang NON VERO yang boleh anda jual jika akaun anda masih baru:

barang vero & non vero di eBay 2
barang vero & non vero di eBay 1

Tetapi ada juga barang yang berdaftar di bawah program VERO seperti NU SKIN International seperti di bawah:

Ianya didaftarkan di bawah program eBay VERO. Tapi seller boleh menjual barang jenama Nu Skin tanpa sebarang masalah.

Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang barang VERO & NON VERO di eBay ni, apa kata anda cuba klik link di bawah ni. Ni memang OTAI eBay…Jom kenali beliau! TAK KENAL MAKA TAK CINTA…hehehe


.

<<<OTAI eBay Malaysia, Jom Kenali Beliau>>>

.

SELAMAT BERKENALAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published.