Cara daftar SSM online ni sebenarnya tak susah mana. Tahukah anda sesiapa yang baru ingin memulakan perniagaan, anda boleh mendaftar perniagaan anda melalui ezBiz SSM online? Pasti ramai yang dah tahu kan, tapi masih ada juga yang tak tahu bagaimana nak mendaftarnya.

Artikel saya kali ini, saya akan kongsikan cara daftar SSM online ni tapi hanya untuk perniagaan Enterprise atau Tunggal secara online sahaja tau!

Sebelum tu, biar saya jelaskan kepada anda terlebih dahulu apa itu SSM, kenapa anda perlu daftar SSM dan apa kelebihan yang anda boleh perolehi sekiranya mendaftar SSM ni?

Apa itu SSM dan Kenapa Perlu Daftar SSM?

SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) merupakan sebuah badan berkanun yang dibentuk hasil gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). Peranan utama SSM adalah untuk bertindak sebagai agensi yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Ini bermakna SSM bertanggungjawab menguruskan pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang menyeluruh untuk mengekalkan perkembangan positif dalam sektor korporat dan perniagaan negara.

Sekiranya perniagaan anda tidak membuat pendaftaran SSM, tindakan boleh dikenakan terhadap perniagaan anda kerana SSM telah mewajibkan semua peniaga tidak kira yang berniaga fizikal atau berniaga online untuk mendapat lesen yang sah.

Peniaga yang tidak mendaftar dengan SSM boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sekiranya disabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda RM50,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman sekali.

Ok…anda jelas dah kan tentang perkara di atas…jom kita lihat seterusnya…

Apa Kelebihan Daftar SSM?

Sebagai peniaga, anda perlu mendaftar dengan SSM walaupun anda baru sahaja bermula secara kecil-kecilan. Sebenarnya, mendaftarkan perniagaan anda merupakan satu perkara yang berbaloi kerana perniagaan anda akan menikmati pelbagai kelebihan. Berikut adalah 5 kelebihan mendaftarkan perniagaan anda:

1. Perniagaan Anda Kini Sah dan Diiktiraf

Sebaik sahaja anda mendaftar SSM, perniagaan anda akan diiktiraf sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan SSM.

2. Lebih Dipercayai oleh Pelanggan 

Dengan adanya pelbagai penipuan scam menjual barang online, ramai yang takut untuk membeli barang terutama sekali secara online kerana mungkin akan timbul banyak keraguan dan penipuan. Apabila perniagaan anda mempunyai nombor SSM yang membuktikan ia satu perniagaan yang sah, orang ramai akan sedikit sebanyak berasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda.

3. Boleh Buka Akaun Semasa

Anda boleh apply untuk buka akaun semasa untuk perniagaan anda. Dengan cara ini, anda boleh mengasingkan akaun perniagaan dan akaun peribadi. Tahukah anda, sekiranya pihak bank mendapati terdapat banyak transaksi keluar masuk ke dalam akaun peribadi, akaun peribadi anda boleh dibekukan kerana disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun tersebut? Oleh sebab itu, mendaftar SSM adalah sangat penting supaya anda boleh buka akaun semasa.

4. Boleh Mendapatkan Skim Bantuan Perniagaan dan Pinjaman 

Sebagai peniaga yang berdaftar, anda layak untuk mendapat pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil. Berikut merupakan antara bantuan yang disediakan untuk peniaga yang berdaftar:

  • Perlindungan insurans
  • Kemudahan kredit
  • Kursus dan latihan
  • Faedah baik pulih premis perniagaan
  • Lain-lain

5. Kos Pendaftaran Murah 

Modal untuk mendaftar perniagaan anda dengan SSM boleh dikatakan murah dengan anggaran modal kurang RM60 setahun. Anda juga tidak perlu risau lagi dengan risiko denda RM50,000 atau penjara dua tahun atas sebab tidak mendaftar.

.

Berikut saya senaraikan juga untuk maklumat anda, syarat apa yang perlu ada patuhi untuk mendaftar SSM ni dan juga perniagaan apa yang boleh didaftarkan di SSM ni.

.

Syarat Pendaftaran Perniagaan

  1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Lain-lain panduan / syarat yang berkaitan:

  • Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  • Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

.

Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM

Menurut laman web SSM, perniagaan adalah meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

Ini bermakna, selain bisnes penjualan barang-barang atau makanan, servis tertentu seperti khidmat rider atau freelance juga termasuk antara perniagaan yang boleh didaftarkan.

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan
bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh
    seorang pemilik.
  • Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi

.

OK….sekarang dah tiba masanya…jom kita lihat langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar perniagaan anda:-

.

Cara Daftar ezBiz SSM Online

Cara register SSM adalah melalui prosedur berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
  3. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
  5. Tekan butang REGISTER.
  6. Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
  7. Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
  8. Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
  9. Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
  10. Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
  11. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
    • Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
      a) Nama perniagaan
      b) Tarikh permulaan perniagaan
      c) Alamat utama perniagaan
      d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
      e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
      f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
      g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  12. Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
  13. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  14. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Rujuk infografik di bawah:

cara daftar ssm online 2
cara daftar ssm online 3

Bayaran Pendaftaran ezBiz SSM

Fi / bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM adalah seperti berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

Panduan Memilih Nama Perniagaan

Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.

Anda boleh juga menyemak sama ada nama perniagaan sudah didaftaran atau tidak di portal MyData SSM.

  • Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Mohamad Amin Saari, Lee Lam Po, Shashi Kapoor a/l Muthu.
  • Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Haiwan Eksotik Lam, Pak Abu Catering, RYZ Enterprise.

Rujuk selanjutnya Panduan Daftar Nama Perniagaan oleh SSM.

Maklumat Lanjut

Sekiranya, anda ingin mengetahui sebarang maklumbalas mengenai cara daftar SSM bolehlah dikemukakan melalui:

MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5​
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.

Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : enquiry@ssm.com.my

.

Kesimpulan

So, senang kan cara daftar SSM online ni kan…so tunggu apa lagi, jom daftar. Kalau dah settle daftar SSM, barulah boleh start bisnes dengan tenang…

Kalau ada yang dah nak start bisnes tu, apa kata klik link di bawah. Dengar kata dah ramai lahirnya usahawan-usahawan bertaraf dunia di bawah tunjuk ajar beliau, kalau nak kenal siapa gerangan sifu ni, jangan lupa klik link di bawah ya!

.

<<<Sifu Yang Melahirkan Ramai Usahawan Bertaraf Dunia>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.