Hi artikel kali ini sy nak share kepada anda bagaimana seorang seller ini boleh buat sales secara dropship dari Amazon ke ebay.

Ada banyak cara nak buat duit di ebay

apa yang penting adalah anda tau bagaimana nak buat market research untuk mengenal pasti barang-barang yang berpotensi untuk dijual

persoalannya, adakah masih dibenarkan dropship dari Amazon untuk buat jualan di eBay?

jawapannya adalah YA.

dengan syarat anda mestilah memenuhi segala syarat dan peraturan polisi yang ditetapkan oleh eBay.

antara syaratnya adalah polisi Forward Deployed inventory. Di mana barang yang anda buat shipment dari warehouse mestilah sampai dalam tempoh kurang dari 8 hari bekerja.

untuk maklumat lanjut anda boleh baca polisi Forward deployed inventory di sini

Di bawah saya tunjukkan beberapa contoh barangan yg dijual oleh seller yg dropship dari Amazon ke eBay

Contoh Barang pertama

Beli Di Amazon
Jual Di eBay

Seller di atas beli di Amazon pada harga yang lagi murah dan jual semula di eBay pada harga yang lebih mahal.

Contoh barang kedua

Beli Di Amazon
Jual di eBay

dan ini adalah contoh barang ketiga

Beli di Amazon
Jual di eBay

Kebanyakannya apa yang anda tengok di atas adalah barang-barang yang murah dan tidak ada apa-apa isu brand or copyright.

Ini adalah salah satu syarat yg mesti anda jaga jika anda nak jual di eBay

sebenarnya ada banyak lagi barang-barang lain seperti 3 contoh di atas yang kita boleh jual di eBay dan dropship dari Amazon je.

apa kelebihan bila dropship dari Amazon ni adalah kebanyakkan barang-barang yg dijual adalah lokasinya sudah berada di USA. Di mana buyer tak perlu menunggu lama untuk pastikan barang sampai

kedua, akaun ebay anda akan mendapat visibility yang lebih tinggi disebabkan lokasi item barang yg dijual adalah di USA

ketiga akaun ebay dapat feedback lebih cepat dan akaun anda lebih mudah mendapat trafik yang tinggi.

Persoalannya adalah macam mana nak dropship dari Amazon ke eBay?

Pertama : Akaun eBay yg stabil

Jika anda adalah seller baru, apa yang perlu anda tekankan adalah membina kepercayaan sebagai ebay seller yang genuine. Iaitu anda perlu membina reputasi akaun anda terlebih dahulu.

Salah satu caranya adalah anda perlu mempunyai selling history yang bagus. Sebagai contoh, update tracking number on time, tak cancel order dari buyer. Tracking yg anda update adalah valid dan barang yg dihantar adalah barang yg berkualiti seperti apa yang buyer harapkan.

indicator yang ebay lihat untuk menilai akaun ebay anda adalah berdasarkan ebay feedback, ebay Detail seller rating(DSR) dan bilangan positif feedback yang anda terima seperti di bawah

Jika anda berjaya build up akaun seperti di atas, insha Allah akaun anda tidak ada masalah untuk mendapatkan jualan dengan mudah dan tiada masalah isu akaun suspend.

Kedua : Ilmu Market Research & Product Outsourcing

Setelah anda mempunyai akaun ebay yg stabil, isu kedua adalah skill dan ilmu bagaimana anda buat market research.

Perkara kedua ni adalah sangat penting kerana jika anda tiada ilmu dan cara macam mana nak buat proper research, anda memang susah nak buat jualan di ebay

jika anda dah ada ilmu cara buat market research dan cara mencari sumber supplier, sy percaya anda takkan ada masalah lagi nak menjual di ebay

sebab tu dalam bengkel ebay bulanan, sy sering tekankan cara baca eBay data dan cara analisa yg pantas untuk pastikan anda takde masalah untuk buat market research.

Jika anda ada selling limit yang tinggi, akaun yg stabil, ilmu market research yang bagus dan supplier yang berkualiti dan reliable. Sy percaya sales anda akan melonjak sampai orang only the sky is the limit 🙂

bukan lagi isu ebay bagi selling limit yang rendah. Anda bayangkan kalau eBay bagi anda jumlah selling limit 1.2 juta sebulan macam kat bawah ni

adakah anda mampu untuk habiskan selling limit dan buat sales 1.2 juta sebulan?

sy percaya 99% dari seller baru takde kemampuan untuk buat jualan sebanyak tu. sebab isunya bukanlah selling limit. Tapi isu utama adalah takde ilmu nak jual apa kat eBay

So sebab tu perkara kedua ni ilmu buat market research dan skill cari sumber supplier sangat penting..

Ketiga : Logistik & Packaging

Disebabkan kita buat bisnes cross border. hampir 99% pelanggan kita adalah dari luar negara. Oleh itu, anda perlu wajib ada courier yang bagus. Courier yang boleh buat penghantaran barang anda ke customer di seluruh negara.

kalau anda takde courier, macam mana anda nak lengkapkan transaksi jualan dari pelanggan yang anda terima?

sebab tu anda kena ada courier untuk economy dan express shipping. Anda boleh baca artikel berkenaan courier antarabangsa yang boleh digunakan di sini

tapi kalau anda buat dropship dari amazon macam seller kat atas ni, takde lah isu logistik. Cuma anda kena pastikan courier yang digunakan oleh supplier anda mestilah mematuhi semua polisi yang ebay dah tetapkan.

Sama juga dengan packaging, tak kira sama ada anda buat dropship ataupun anda buat shipment sendiri, packaging mesti kena jaga untuk pastikan takde isu barang rosak, pecah dan sebagainya..

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, walau apa jua bisnes model yang anda jalankan untuk akaun ebay anda, tujuan utama adalah kita nak buat sales

so, perkara utama yang perlu kita jaga adalah kena pastikan bisnes model anda mestilah mematuhi ebay polisi yang telah ditetapkan. Selagi anda mematuhi polisi ebay, sy percaya anda tak kan ada masalah akaun suspend, listing kena remove, akaun restriction dan sebagainya.

So, berbalik kepada perkara asas. Jaga akaun eBay dan fikir long term. Anda nak dropship dari Amazon ke, Nak simpan barang dan uruskan shipment sendiri ke, ataupun nak sewa warehouse untuk fulfill semua order anda, semuanya tak menjadi masalah..

apa yang penting, anda tahu dan ada ilmu yang cukup untuk jalankan bisnes model yang anda nak buat.

Kalau nak belajar lebih lanjut cara nak buat proper bisnes kat market eBay, laburkan duit anda untuk belajar di Bengkel eBay yang bertauliah di bawah:

>>>Bengkel eBay Intelligence<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.