eBay seller ini berjaya meningkatkan jualan di eBay 3 kali ganda selepas menggunakan eBay warehouse fulfillment

Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda potensi menggunakan eBay warehouse fulfillment yang ramai orang tak tahu.

Apa itu eBay Warehouse Fulfillment?

eBay Warehouse Fulfillment adalah satu sistem pengurusan jualan yang dilakukan oleh gudang fulfillment yang telah dilantik oleh eBay sebagai eBay certified warehouse.

Konsepnya mudah sahaja. Jika sebelum ini anda mendapat order dari pelanggan di USA. Apa yang anda perlu lakukan adalah packing dan wrapping barang anda, update tracking di ebay dan pos barang jualan anda dari Malaysia ke USA menggunakan courier yang sesuai.

Jika anda menggunakan eBay certified warehouse fulfillment, kerja-kerja packing wrapping, dan buat shipment ke buyer telah dilakukan ebay warehouse fulfillment. Anda dah tak perlu lagi fikir tentang urusan pengurusan jualan.

Prosesnya adalah seperti di bawah, anda perlu siapkan dahulu produk yang hendak di hantar ke warehouse. Selepas itu, warehouse akan simpan produk anda di gudang mereka untuk proseskan bagi pihak anda.

Apabila anda mendapat pelanggan dari jualan di akaun ebay anda. Order tersebut perlu di hantar ke ebay warehouse management system (WMS) untuk diproses dalam tempoh handling time yang telah anda setkan.

Konsepnya adalah seperti anda buat jualan di ebay secara dropship. Cuma bezanya barang yang dijual adalah barang anda sendiri yg modalkan dan cuma parking di warehouse untuk warehouse tolong bantu anda uruskan jualan bila anda dapat order dari pelanggan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan eBay certified warehouse fulfillment anda boleh baca lebih detail di sini

ebay warehouse fulfillment

Terdapat lebih 28 buah company yang telah dilantik sebagai eBay Certified warehouse fulfillment di negara USA, UK, Australia, German, Italy, Spain, France dan Poland.

Company ini telah dipertanggungjawabkan oleh eBay untuk membantu eBay seller menguruskan jualan di eBay dengan lebih efektif dan reliable.

Jika anda nak jual di market USA, apa yang anda perlu lakukan adalah parking barang di eBay warehouse di USA.

Jika anda nak jual di market eBay Australia, anda hanya perlu parking barang jualan anda di eBay warehouse di Australia.

Jadinya pengurusan jualan akan jadi lebih efektif dan penghantaran barang akan jadi lebih cepat.

Apa Kelebihan menggunakan eBay Warehouse Fulfillment?

Banyak kelebihan apabila anda menggunakan eBay warehouse fulfillment ini. Antaranya adalah anda akan mendapat visibility yang lebih tinggi.

Di mana lokasi item anda adalah di negara yang anda jual. Contoh, jual di market USA, lokasi item di USA. Jual di Market eBay Australia, Lokasi item di Australia

Di sini sy kongsikan 3 kelebihan menggunakan eBay warehouse fulfillment:

  1. Lokasi item di Pasaran Tempatan (AU, USA)
ebay warehouse fulfillment
eBay warehouse Australia
ebay warehouse fulfillment
eBay Warehouse USA

2. Dapat Label Free 3days/ 4 days shipping

Jika kita provide free shipping, eBay akan keluarkan label sebagai free 3 days, free 2 days, atau free 4 days shipping bergantung kepada average transit time courier yang kita gunakan. Ini akan membantu meningkatkan lagi jualan kita di ebay

3. Sistem pengurusan order yang lebih berkesan

Jika sebelum ini setiap kali dapat order, anda perlu uruskan order sendiri. Buat shipment sendiri setiap hari. Selepas guna ebay warehouse anda dah tak perlu lagi packing barang setiap hari.

cuma perlu key in ke dalam ebay warehouse sistem sahaja apabila dapat order. Jadinya anda boleh fokus sepenuhnya kepada aktiviti yang lebih produktif seperti buat market research, mencari sumber supplier baru dan sebagainya.

Selepas menggunakan warehouse masa yang ada lebih produktif. Semua order ebay warehouse yg tolong uruskan. Hanya perlu key in ke dalam ebay warehouse sistem shj

ebay certified warehouse
ebay certified warehouse

Jadinya anda ada masa yg lebih produktif dan masa terluang untuk bercuti bersama keluarga. Tak perlu lagi terikat dengan komitmen sedia ada untuk menguruskan jualan dan parcel yang bertimbun setiap hari. Semuanya hanya perlukan laptop dan access internet sahaja untuk monitor jualan anda

Persediaan menggunakan warehouse fulfillment

Jika anda nak menggunakan ebay warehouse fulfillment, anda perlu membuat 3 perkara asas berikut

  1. Sudah ada akaun eBay yang stabil

Sebaiknya, anda sudah mempunyai akaun ebay yang telah selesai proses pengesahan akaun, mempunyai selling limit yang tinggi dan telah melalui proses fasa pembangunan akaun. Dalam bengkel eBay saya ada terangkan lebih lanjut cara-cara nak bangunkan akaun ebay yang baru sehinggalah akaun menjadi stabil dan ready untuk menggunakan ebay warehouse fulfillment

2. Mempunyai Modal yang cukup

Oleh kerana kita akan menggunakan ebay warehouse fulfillment. Bakal eBay seller perlu ada modal untuk menghantar barang ke warehouse di USA. Sekurang-kurangnya pada fasa permulaan, perlu ada sediakan peruntukan modal permulaan sebanyak RM1000-RM5000 untuk warehouse rental, shipping, modal produk dan last mile delivery.

3. Dah buat market Research Produk yang berpotensi

Perkara ini paling penting, ini kerana jika anda tak buat market research terlebih dahulu sebelum menghantar barang ke warehouse di luar negara. Anda akan menanggung kerugian yang besar. Silap hari bulan semua barang yang anda hantar ke sana tak boleh nak jual sebab memang takde demand.

So, anda kena pastikan barang yang hantar ke sana mestilah barang yang mempunyai kriteria “fast moving item” sahaja. Dalam Bengkel ebay saya ada kongsikan kepada anda persediaan penghantaran barang ke warehouse. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda rugi dan barang terpaksa dispose atau donate ke NGO di sana sebab tak laku.

ebay warehouse fulfillment

Kesimpulan

Kesimpulannya, sebelum membuat sesuatu, anda perlu mempunyai ilmu yang benar-benar cukup dahulu untuk mengurangkan sebarang risiko yang besar untuk gagal.

jika anda sudah mempunyai yang mencukupi, sy percaya anda tidak akan ada masalah untuk buat bisnes ebay menggunakan eBay warehouse fulfillment

Hasilnya, sy sendiri dah nampak, selepas menggunakan ebay warehouse fulfillment, sales di bawah team sy menjadi semakin konsisten. Dan apa yang lebih penting ialah kita boleh scaling up bisnes kita ke tahap yang lebih tinggi secara automasi.

ebay warehouse fulfillment

Anda boleh lihat sendiri jualan dalam tempoh setahun dari 1 akaun ebay di atas. Jualan yang stabil setiap bulan dengan average sebanyak $11,155.98 sebulan @ RM44,623.92 secara pasif.

semuanya telah saya automasikan menggunakan ebay warehouse fulfillment.

setelah ianya stabil, fokus untuk bangunkan akaun child kedua, ketiga dan seterusnya..

Anda nak belajar eBay secara lebih intensif?

>>>Jom Belajar belajar bengkel eBay di SINI<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.