Hari ni, saya nak kongsi pula dengan anda apa itu Etsy ya. Stay tune!

Etsy ialah platfrom online di mana pereka kraftangan, artis dan pengumpul bebas boleh menjual barang kemas vintaj, buatan tangan, pakaian, hiasan rumah, seni, mainan dan banyak lagi.


Etsy menawarkan pelbagai pilihan penghantaran dan menerima pelbagai kaedah pembayaran, termasuk kad kredit dan debit, kad hadiah Etsy, Apple atau Google Pay.


Etsy bersaing dengan jenama seperti Shopify, Big Cartel dan Amazon Handmade, tetapi telah berjaya mengumpul para penjual yang terdiri daripada lebih 80% wanita. Ini pasti menjadi berita baik untuk para penjual wanita tau!

This image has an empty alt attribute; its file name is apa-itu-etsy.jpg
Etsy menawarkan kepada penjual yang berminat untuk membuat kraf dan koleksi vintaj di pasaran online.

Etsy diasaskan pada tahun 2005 untuk menghubungkan artis, pencipta dan pengumpul kecil-kecilan dengan pelanggan yang mencari hadiah, koleksi dan barangan yang ada ‘personal touched’.

Hanya dua tahun selepas Etsy dilancarkan, ia sudah mempunyai hampir setengah juta pengguna dan jualan $26 juta, menurut laporan daripada VentureBeat. Menjelang 2018, syarikat e-dagang itu telah mengumpulkan kira-kira 2 juta penjual dan 50 juta produk, menurut Yahoo.

Ia mencapai kejayaan yang pesat dan berterusan ini bukan melalui gudang tetapi melalui kedai online penjualnya. Ia merupakan komuniti penjual online yang telah bertahun-tahun menjalankan perniagaan yang terdiri kebanyakannya adalah wanita — 87% daripada penjual Etsy adalah wanita pada tahun 2019.

Tidak seperti Amazon dan Walmart, segala-galanya dibuat, dikumpul, dipilih, disusun dan dijual oleh penjualnya. Penjual bukan sahaja mengeluarkan barangan mereka tetapi menguruskan pesanan dan inventori mereka juga. Etsy bertindak sebagai orang tengah, memberi peluang kepada penjual untuk mencari dan menarik pelanggan.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Untuk Membeli di Etsy

This image has an empty alt attribute; its file name is apa-itu-etsy-1.jpg
Penjual mengoptimumkan kedai online mereka untuk membantu pembeli mencari apa yang mereka perlukan dengan cepat.

Etsy menyusun tawarannya mengikut kategori untuk membantu pelanggan mengecilkan pertanyaan carian mereka, selain menawarkan ‘recommended item’ berdasarkan ‘browsing history’ mereka.

Jika anda sedang mencari item tertentu, anda boleh menggunakan ‘search bar’ di bahagian atas halaman untuk mencarinya. Tetapi jika anda lebih suka ‘browse’ berdasarkan ‘keyword’ atau jenis item, Etsy akan linkkan ke pelbagai kategori pembelian.

Sesiapa sahaja boleh membeli item di Etsy, sama ada anda mempunyai akaun Etsy atau nak ‘checkout as a guest’. Proses pembelian adalah sama seperti platform online yang lain.

Etsy menerima kad kredit, kad debit, kad hadiah Etsy dan kredit, Apple Pay, Google Pay dan beberapa perkhidmatan pindahan bank serta PayPal. Ada juga pembayaran secara ansuran yang dikhususkan kepada sesetengah negara.

Oleh kerana semua penjual di Etsy menguruskan inventori mereka, mereka juga bertanggungjawab untuk membuat penghantaran kepada pelanggan mereka.

Kebanyakan penjual di Etsy menghantar secara global dan membenarkanpelanggan memilih daripada pelbagai kaedah penghantaran, malah sesetengahnya menawarkan penghantaran percuma.

Jika masalah penghantaran berlaku, Etsy menawarkan ‘tool’ untuk menyemak nombor pesanan anda dan pengesahan penghantaran bersama ‘chat app’ di mana dengan app ini anda boleh berhubung terus dengan penjual untuk menyelesaikan isu tersebut.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Untuk Menjual di Etsy

apa itu etsy
Etsy menampilkan pakaian ‘custom & hand made’, serta koleksi vintaj.

Bagi anda yang berminat untuk membuka kedai di Etsy, anda boleh daftar kedai anda di Etsy.

Terdapat garis panduan untuk menjual sebarang item di Etsy. Tetapi jika anda berminat secara khusus untuk menjual koleksi “vintage”, Etsy akan membuat ‘verification process’ untuk mengesahkan sama ada karya itu berumur sekurang-kurangnya 20 tahun.

Tidak kira apa yang anda jual, tiada bayaran untuk daftar akaun anda, tetapi terdapat bayaran apabila anda buat ‘listing’ produk, menjual dan menghantar produk anda. Untuk menyediakan kedai online anda di Etsy, anda perlu menyenaraikan maklumat berikut:

  • Lokasi anda
  • Nama kedai
  • Kaedah pembayaran yang dikenakan kepada pembeli
  • Maklumat bank anda untuk membayar yuran Etsy

Sebaik sahaja anda telah mengumpulkan semua maklumat ini, anda boleh membuat ‘listing’ produk pertama anda.

Ia berharga $0.20 untuk ‘listing’ item untuk dijual di Etsy. Setiap item yang anda listkan mempunyai jangka hayat selama empat bulan sebelum ia dijual atau dipadamkan.

Etsy mengambil 5% daripada harga jualan item dan 3% jika anda menerima pembayaran Etsy, yang termasuk yuran pemprosesan $0.25.

Katakan anda ingin mengiklankan atau mempromosikan produk anda di halaman utama Etsy, anda juga akan dikenakan bayaran peratusan khusus jualan anda atau kos pendahuluan, bergantung pada tempoh pengiklanan.

Semasa anda membina kedai online anda, foto produk dan harganya akan menjadi faktor penting untuk dipertimbangkan dalam membina jenama yang akan dipercayai dan diingati oleh pelanggan.

Ramai penjual yang berjaya memilih ‘username’ yang unik, template yang menarik, memasukkan foto produk yang berkualiti tinggi dan mengamalkan SEO (Search Engine Optimization) untuk mencari bakal pelanggan.

Kesimpulan

Saya harap dah terjawab sedikit sebanyak tentang apa itu Etsy ya! Ini baru pengenalan. Saya akan berkongsi lagi tentang Etsy di artikel yang akan datang ye.

Sekiranya anda tak sabar-sabar nak daftar akaun Etsy dan nak tahu cara perjalanan bisnes Etsy serta nak tahu lebih lanjut apa itu Etsy, anda boleh klik link di bawah. Sifu ni bab jual produk oversea semua dia tapau abis…rugi tak menuntut ilmu daripada beliau.

.

<<<Sifu Pandai Jual Produk di Oversea>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.