Tahukah anda terdapat tool yang boleh digunakan untuk buat ‘listing’ produk anda di dalam kedai eBay anda? Saya akan bongkarkan top 10 eBay listing tool 2022′ ini. Stay tune!

Mungkin ada ramai penjual eBay yang sudah tahu, namun ada sebahagiannya yang masih belum tahu kan?

‘Listing tool’ ini menjadikan ‘listing’ anda lebih pantas dan lebih mudah terutamanya jika anda ada banyak produk dan sekaligus memang dapat menjimatkan masa.

‘Listing tool’ juga menawarkan ciri tambahan yang boleh membantu anda menjadikan ‘listing’ anda lebih menarik dan mampu meningkatkan jualan.

Jom saya senaraikan kepada anda top 10 eBay Listing Tools 2022 yang boleh anda langgan bagi memudahkan anda buat ‘listing’ di kedai eBay anda!

1. Eselt

Dengan Eselt, anda boleh buat ‘listing’ produk di kedai eBay anda dengan lebih cepat.

Ia menawarkan banyak template eBay yang ‘mobile friendly’.

Ia juga termasuk ‘product photo editor’ yang membolehkan anda buang ‘background’ dan membuat foto produk yang lebih profesional.

Percubaan selama 30 hari disediakan, harga langganan bergantung pada bilangan ‘listing’ yang aktif.

2. Inkfrog

Inkfrog ialah ‘browser-based eBay listing tool’ yang membolehkan anda menambah pelbagai ‘listing’ secara pukal dan mengeditnya dengan mudah.

Selain itu, dalam Inkfrog, anda akan menemui fungsi seperti template untuk ‘listing’, pelancaran ‘listing’ berjadual, pemprosesan pesanan dan pengurusan mesej pengguna.

Inkfrog tidak mempunyai pilihan akaun percuma, hanya rangkaian pelan berbayar. Sebelum anda memutuskan apa-apa, anda boleh mencuba Inkfrog dalam tempoh percubaan terlebih dahulu.

3. Crazy Lister

Selain daripada membuat ‘listing’ produk di kedai eBay anda, Crazy Lister membolehkan anda menyalin ‘listing’ antara akaun pengguna yang berbeza atau antara halaman eBay yang berbeza, di mana ini amat berguna jika anda menjual di pelbagai pasaran.

Selain itu, anda boleh menggunakannya untuk mencipta ‘cross sales gallery’ yang boleh anda tambahkan pada ‘listing’ anda dan dengan ini ia dapat menyokong penjualan produk lain melalui tawaran anda.

Harga langganan adalah mengikut bilangan ‘listing’ yang aktif dan bilangan akaun eBay yang di’link’kan. Anda boleh mencuba Crazy Lister secara percuma semasa tempoh percubaan.

4. Frooition

Frooition ialah salah satu tool untuk ‘listing’ eBay yang memberi tumpuan pada ‘design’ – anda boleh mengedit design ‘listing’ eBay sendiri atau anda boleh meminta bantuan ‘designer’ untuk menyesuaikan design mengikut keperluan anda.

Anda boleh mencuba semua ciri Frooition dalam tempoh percubaan percuma.

5. Nembol

Ciri istimewa Nembol ini ialah kemungkinan untuk ‘listing’ produk bukan sahaja di eBay, tetapi juga di pelbagai platfrom pasaran e-dagang yang lain.

Untuk mengawal stok pada platform yang berbeza, Nembol akan ‘synchronize’ secara automatik.

Terdapat pelan harga yang berbeza bergantung pada bilangan ‘listing’ yang anda buat. Anda boleh mencuba Nembol secara percuma semasa tempoh percubaan.

6. GarageSale

GarageSale merupakan salah satu daripada beberapa ‘eBay listing tools’ yang khusus untuk Mac.

Selain mampu edit ‘listing’ secara pukal, ‘photo hosting’, dan ‘layout builder’, GarageSale membolehkan anda ‘track’ aktiviti ‘listing’ (contoh: follower, perubahan kadar).

Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurus pesanan, membuat label dan resit dan banyak lagi.

Lesen software yang berbeza ditawarkan, bergantung pada bilangan ‘device’. Di samping itu, anda juga boleh memilih langganan pro, yang membolehkan anda menambah bilangan ‘listing’ tanpa had.

Top 10 eBay Listing Tool 2022 5

7. Xpresslister

Ia menawarkan keupayaan untuk mengimport ‘listing’ eBay sedia ada, membuat dan mengeditnya secara pukal.

Ia secara automatik memilih kategori, yang menjimatkan masa anda, terutamanya dengan pelbagai ‘listing’.

Anda boleh memilih antara versi Lite percuma (yang hanya membenarkan anda menambah ‘listing’) dan versi Pro berbayar (yang turut membenarkan anda mengurus ‘listing’). Harganya bergantung pada bilangan ‘listing’ yang aktif.

Top 10 eBay Listing Tool 2022 4

8. Ad-lister

Ia adalah aplikasi web yang bukan sahaja mampu membantu anda mengurus ‘listing’ anda di eBay, tetapi juga pada platform lain.

Anda boleh menambah template pada ‘listing’ anda dengan memilih sama ada ‘ready-made template’ atau ‘personalised template’ yang direka oleh ‘in-house designers’.

Menariknya, Ad-lister juga menawarkan aplikasi mudah alih, yang dengannya anda boleh menambah produk dengan mudah menggunakan telefon pintar anda.

Terdapat percubaan percuma atau pelan berbayar ditawarkan bergantung pada bilangan produk dan bilangan platform yang anda ingin kendalikan.

Top 10 eBay Listing Tool 2022 3

9. Seller Dynamics

Ia bukan sahaja membenarkan anda menambah dan mengedit ‘listing’, tetapi juga untuk melaraskan harga untuk keseluruhan kumpulan produk dan mengurus pesanan.

Jika anda ingin mencuba Seller Dynamics terdapat tempoh percubaan yang ditawarkan, dan selepas itu anda boleh memilih salah satu pelan berbayar.

Top 10 eBay Listing Tool 2022 2

10. Selbrite

Sellbrite membolehkan anda menggabungkan pelbagai akaun eBay di bawah satu akaun. Ia menyokong ciri ‘listing’ eBay seperti ‘Global Shipping Program’, ‘Out of Stock Control’, ‘International Shipping’ dan banyak lagi.

Selbrite juga boleh ‘synchronize’ inventori antara akaun eBay yang berbeza dan memastikan anda tidak menjual lebih banyak item daripada yang anda ada dalam stok..

Anda boleh menguji Sellbrite dengan percubaan selama 30 hari. Jika anda mempunyai beberapa pesanan setiap bulan, anda boleh menggunakan versi percuma akaun, tetapi ia tidak termasuk semua pilihan yang ditawarkan.

Top 10 eBay Listing Tool 2022 1

Kesimpulan

Ok lah…cukup dulu Top 10 eBay Listing Tool 2022 yang saya kongsikan di atas. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi yang saya kongsikan ni adalah Top 10 ye.

Sedikit nasihat untuk anda sekiranya ingin menggunakan eBay listing tool ni. Ia berbeza dalam banyak cara. Pilih yang terbaik. Sebelum anda memutuskan yang terbaik, anda harus mengujinya.

Harga adalah faktor penting dalam keputusan pembelian anda, tetapi penyesuaian ciri-cirinya untuk memenuhi keperluan anda, harus menjadi faktor utama dalam pilihan anda.

Yang pasti Top 10 eBay Listing Tool 2022 di atas ni mampu menjadikan kerja anda lebih cepat dan lebih mudah, bukan lebih perlahan.

Tapi, sekiranya anda masih ragu-ragu dan tak tahu nak pilih yang mana satu ‘listing tool’ di antara Top 10 eBay Listing Tool 2022 di atas ni, anda boleh tanya sifu ni. Dia memang ‘expert’ pasal hal-hal ni!

.

<<<Sifu ‘Expert’ Pasal eBay Listing Tool’>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.