Cara pemasaran di eBay – Bahagian 2 kali ni akan fokus lebih kepada ‘marketing tools’ yang disediakan oleh eBay. Sudah pasti anda nak tahu apakah ‘marketing tools’ yang ditawarkan oleh eBay pada tahun 2022? Bagaimana anda boleh menggunakannya? Jom saya kongsi dengan anda satu persatu ya!

Tetapi sebelum anda baca cara pemasaran di eBay – Bahagian 2 ni, apa kata anda lihat dulu cara pemasaran di eBay – Bahagian 1 yang saya kongsikan pada artikel sebelum ni. Anda akan mendapat banyak maklumat tentang cara mengoptimumkan listing eBay anda untuk menjadikannya lebih menarik kepada pembeli. Dan anda boleh melakukannya tanpa kos tambahan.

Cara pemasaran di eBay – Bahagian 2 ni saya akan membincangkan ‘marketing tools’ yang ditawarkan oleh eBay khususnya ditujukan untuk penjual komersial.

Berikut saya kongsikan dengan anda beberapa cara pemasaran di eBay – Bahagian 2 ni ya:-

1. ‘Top Rated Sellers’

Untuk menggunakan ‘marketing tools’ yang ditawarkan oleh eBay, penjual mesti mempunyai status ‘Top Rated Sellers’.

Ini memberi banyak kelebihan. Antara lain, produk anda akan diberi keutamaan dalam hasil carian eBay dan anda boleh mengharapkan diskaun untuk yuran listing, iaitu sehingga 20%. Untuk mendapatkan status ‘Top Rated Sellers’, penjual mesti memenuhi keperluan tertentu seperti berikut:

  • Jadi ahli eBay selama sekurang-kurangnya 90 hari dan patuhi semua polisi eBay.
  • Daftar sebagai penjual komersial.
  • Anda telah mempunyai sekurang-kurangnya 100 transaksi dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan perolehan minimum $1,000.
  • Transaksi yang ‘defect’ tidak boleh melebihi peratusan 0.5% daripada semua transaksi.
  • Peratusan kes yang ditutup terhadap anda tidak boleh melebihi 0.3%.
  • Order hendaklah dihantar tepat pada masanya. Peratusan barang yang tidak dihantar tepat pada masanya tidak boleh melebihi 3%.

2. ‘eBay Shop’

Apakah kelebihan pemasaran ‘eBay Shop’?

‘eBay Shop’ anda ialah ‘one-stop shop’ untuk pembeli, di mana di sana mereka boleh mengetahui tentang perniagaan anda dan melihat item anda. Ia boleh di’personalized’ – tambahkan ‘banner’, logo, maklumat syarikat dan pilih produk yang dipaparkan.

Terdapat juga faedah lain:

  • Akses kepada ‘marketing tools’ eBay. Contohnya: promosi istimewa.
  • Tawaran yang WebInterpret terjemahkan untuk laman web eBay antarabangsa.
  • Kredit bulanan untuk meletakkan “Promoted Listings Standard”.
  • Iklankan dengan harga yang boleh dipotong.
  • Akses kepada ‘Seller Hub’.

.

Untuk menubuhkan ‘eBay Shop’, anda mesti memenuhi syarat tertentu, termasuk:

  • Mempunyai akaun penjual eBay komersial.
  • Untuk Kedai Premium, Anchor, Enterprise: Status perkhidmatan mestilah sekurang-kurangnya “above standard”.

.

Sama ada berbaloi untuk melanggan ‘eBay Shop’ bergantung pada kuantiti. Jika anda listing banyak barangan boleh menjadi agak mahal disebabkan yuran listing yang terlibat. Adalah lebih baik untuk mengira yuran eBay keseluruhannya dan memastikan ada keuntungan yang diperolehi.

Jika anda seorang penjual eBay yang menawarkan kuantiti yang banyak bagi barangan yang sama atau serupa, maka sudah tentu masuk akal untuk memiliki ‘eBay Shop’ anda sendiri.

3. ‘Shop Newsletter’

Jika anda melanggan ‘eBay Shop’, anda boleh menyediakan dan menghantar kempen e-mel dengan mudah kepada pembeli yang telah melanggan ‘newsletters’ daripada ‘eBay Shop’ anda.

Ia adalah cara yang bagus untuk berkomunikasi dengan pembeli anda. Anda boleh memberitahu pembeli tentang jualan atau tawaran istimewa anda, serta produk baharu yang anda jual, dan ia membantu anda membina komuniti pelanggan yang berulang.

4. Promosi

Apabila anda melanggan ‘eBay Shop’, anda mendapat akses kepada alat promosi. Dengan alat ini, anda boleh membuat promosi harga dan ‘cross-selling’ untuk pelanggan anda.

Pastikan anda membiasakan diri dengan alat ini kerana ia membantu meningkatkan jualan dengan memaparkan diskaun dan tawaran menarik kepada pelanggan.

Anda boleh menggunakannya untuk meningkatkan jumlah jualan bagi setiap pelanggan, mempromosikan produk baharu, menarik pelanggan baharu dan juga menjual baki stok.

Anda boleh menjalankan promosi seperti berikut:-

a) ‘Volume Discount’

Untuk menggalakkan pembelian lebih banyak produk, anda boleh menawarkan diskaun kepada pembeli.

Diskaun itu kelihatan serta-merta dalam hasil carian dan pada halaman produk. Dengan cara ini, pengguna boleh melihat dengan serta-merta berapa banyak yang mereka boleh jimat.

Untuk menggunakan ‘volume discount’, anda tidak memerlukan ‘eBay Shop’ atau ‘Seller Hub’. Anda hanya perlu menjadi penjual komersial. Anda boleh menawarkan diskaun apabila anda menambah item.

Di ‘Seller Hub’, anda boleh menawarkan diskaun untuk beberapa item pada masa yang sama. Diskaun jenis ini hanya boleh digunakan untuk tawaran harga tetap.

b) ‘Order Discount’

Alat ini paling sesuai jika anda menjual ‘complementary products’. Contohnya, “sports filter bottle” dan “replacement filters”.

Anda kemudiannya boleh menyediakan peratusan atau amaun diskaun di atas nilai pesanan tertentu, atau diskaun pada produk kedua apabila yang pertama dibeli.

Contoh ‘Order Discount’ seperti berikut:-

Alat ini mempunyai banyak kelebihan. Anda boleh meningkatkan nilai pesanan, item lebih menonjol dan pelanggan boleh jimat pada kos penghantaran.

c) ‘Sale Event + Markdown’

Dengan alat ini anda boleh menawarkan produk pada harga diskaun dalam tempoh masa tertentu.

Sekiranya anda ingin menurunkan harga, pembeli boleh melihat dengan serta-merta berapa banyak yang dia boleh jimat – berapakah harga lama dan berapakah harga baru selepas diskaun. Ia boleh dilihat dalam hasil carian dan pada halaman produk.

Diskaun pada produk boleh menjadi peratusan atau jumlah.

d) ‘Coupons’

Dengan kempen ‘coupons’ yang disediakan dengan baik, anda boleh menarik pelanggan baru atau meningkatkan jumlah pelanggan yang sedia ada. Pembeli mendapat link dengan tawaran istimewa. Anda boleh menjangkau kumpulan pelanggan yang disasarkan atau menyiarkan URL di media sosial seperti contoh di bawah.

5. ‘Promoted Listings Standard’

Untuk memastikan kewujudan anda dan peluang menjual produk anda, anda boleh menggunakan ‘promoted listings standard’.

Ini ialah kaedah pengiklanan mudah yang ditawarkan untuk semua penjual eBay yang mempunyai status ‘above standard’ atau ‘Top Rated’.

Anda menetapkan peratusan harga jualan (tidak termasuk kos penghantaran) yang ingin anda belanjakan untuk mengiklankan listing anda.

Anda hanya membayar peratusan yang ditetapkan apabila anda menjual item tersebut. Untuk dibilkan, pengguna mesti mengklik iklan anda dan membeli produk dalam masa 30 hari.

Setelah iklan anda ditempah, ia akan dipaparkan di pelbagai tempat di eBay (lebih daripada 60 tempat) – termasuk ‘result page’ dan halaman produk.

Sama ada iklan anda dipaparkan di sana bergantung pada beberapa faktor iaitu kadar yang anda tetapkan, kadar pesaing anda, kaitan dan kualiti iklan anda.

Anda boleh membuat iklan standard apabila anda menambah produk. Kadar yang disyorkan untuk tawaran itu kemudiannya akan dipaparkan. Lihat contoh di bawah:-

Jika anda mempunyai akses kepada ‘Seller Hub’ dan  ‘Advertising Dashboard’, anda boleh membuat kempen standard yang memberi anda lebih banyak pilihan untuk mengedit iklan anda dan mempunyai lebih banyak produk.

Anda juga akan diberi cadangan tentang tawaran yang patut dan tidak patut anda iklankan.

Cara pemasaran di eBay - Bahagian 2 4

Anda boleh menambahkannya semasa menambah listing menggunakan ‘quick listing tool’ – anda kemudiannya akan ditanya sama ada anda ingin mengiklankan produk. Dengan kaedah peletakan iklan ini, anda tidak mempunyai pilihan untuk memilih kadar kerana ia dijalankan secara automatik seperti yang disyorkan oleh eBay.

Dalam ‘Seller Hub’, anda boleh menambah iklan untuk pelbagai listing yang aktif pada masa yang sama.

Jika anda mahu iklan anda muncul di pasaran antarabangsa, log masuk ke laman web eBay yang sesuai, seperti .com atau co.uk, dan tambahkan iklan anda di sana.

Pilihan pengiklanan ini hanya tersedia untuk listing ‘Buy It Now’.

Anda boleh menyiarkan iklan standard dan iklan ‘advance’ untuk produk yang sama pada masa yang sama.

6. ‘Promoted Listings Advanced’

Cara pemasaran di eBay - Bahagian 2 3

Jika anda ingin berada di bahagian atas enjin carian, maka ‘Promoted Listings Advanced’ adalah untuk anda.

Tidak seperti ‘Promoted Listings Standard’, jenis pengiklanan ini adalah ‘pay per click’, tidak kira sama ada pengguna membuat pembelian atau tidak. Jadi ini adalah bentuk pengiklanan yang lebih mahal, tetapi menawarkan lebih banyak pilihan.

Anda memilih kata kunci (keywords) yang anda rasakan pengguna akan taip semasa mencari produk anda, anda menentukan ‘maximum bid’ yang boleh anda bayar untuknya dan anda menetapkan bajet harian.

Cara pemasaran di eBay - Bahagian 2 2

Semakin tinggi bida anda, semakin besar kemungkinan iklan anda akan muncul di bahagian atas hasil carian. Kualiti tawaran anda, perkaitan kata kunci (keywords) anda, harga produk anda dan bida pesaing anda juga mempengaruhi paparan iklan anda.

Apabila menambah kata kunci (keywords) dan menetapkan bida, anda boleh bergantung pada apa yang direkomen oleh eBay. Mereka akan memberitahu anda perkataan yang hendak digunakan dan bida yang mana untuk dibida. Sudah tentu, anda juga boleh menambah kata kunci (keywords) anda sendiri.

Cara pemasaran di eBay - Bahagian 2 1

Anda mesti mempunyai status ‘above standard seller’ untuk menggunakan alat pengiklanan ini.

‘Promoted Listings Advanced’ tidak boleh digunakan untuk lelongan dan listing dalam kategori yang dikecualikan.

Ini ialah jenis iklan baharu di eBay. Ia hanya boleh diaktifkan dan diedit dalam ‘Advertising Dashboard’.

7. ‘Promoted Listings Express’

Untuk lelongan terdapat juga pilihan ekspres. Iklan jenis ini dipaparkan pada halaman produk yang serupa.

Seperti iklan lain, status penjual mestilah sekurang-kurangnya ‘above standard’.

Bayaran untuk iklan ini bergantung pada faktor seperti kategori produk dan tempoh lelongan.

Bentuk pengiklanan ini buat masa sekarang hanya ada dalam ‘mobile app’, eBay sedang mengusahakan versi desktop.

.

Kesimpulan

eBay menawarkan banyak ‘marketing tools’ untuk membantu anda menarik pelanggan dan meningkatkan jualan anda.

Gunakannya dengan bijak. Sentiasa mengambil kira kos, tahap inventori dan masa. Jika anda tidak menggunakannya dengan bijak, anda boleh kehilangan keuntungan dan status anda sebagai penjual.

.

<<<Jom Belajar Cara Pemasaran di eBay Secara Lebih Mendalam Dengan Sifu Hebat Ini>>>

.

Selamat Belajar!

Leave a Reply

Your email address will not be published.