Ok, kali ni produk trend 2022 – produk kecantikan pula akan saya dedahkan. Tak payah tengok banyak-banyak produk, cukup yang betul-betul trending, untung berganda-ganda dah. Nak tahu? Baca sampai abis ya!

Sebenarnya saya akan dedahkan 2 jenis produk kecantikan saja ye! Dua jenis ni pun kalau anda jual, meletoppppp dah jualan anda!

1. ‘Fake Eyelashes’ / Bulu Mata Palsu

‘Fake eyelashes’ atau bulu mata palsu merupakan aksesori kecantikan yang popular di mana ia dipakai untuk menjadikan bulu mata anda kelihatan lebih tebal dan penuh.

Jika anda tinjau platfrom e-dagang seperti eBay, Amazon, AliExpress, Shopify dan seumpanyanya, beribu-ribu penjual online memasarkan produk ini.

Selain daripada menjual bulu mata palsu, anda juga boleh menjual gam bulu mata, serum bulu mata, kening palsu dan produk kecantikan lain yang sedang trend di kedai online anda.

produk trend 2022 produk kecantikan

Google Trends menunjukkan peningkatan carian untuk ‘keywords’ seperti “false eyelashes,” “eyelashes” dan “fake eyelashes.” Dengan jumlah carian yang banyak tertumpu pada bulu mata, saat ini adalah masa yang sesuai untuk anda memulakan kedai kecantikan.

produk trend 2022 produk kecantikan 2

Untuk mempromosikan produk bulu mata palsu anda, anda boleh menghubungi penulis yang pakar dalam bidang kecantikan wanita untuk menulis artikel.

Mengoptimumkan kedai online anda untuk SEO juga boleh membantu menjana trafik organik. Anda boleh menambah kedua-dua “fake eyelashes” dan “false eyelashes” dalam slug URL untuk kategori produk anda supaya anda mendapat kedudukan untuk kedua-dua ‘keywords’.

Jika anda bercadang untuk membuat iklan Facebook, cipta kandungan video tentang cara menggunakan bulu mata palsu atau tunjukkan tutorial ‘make-up’ di mana anda menambah bulu mata palsu pada rupa.

Gambar bulu mata palsu pada ‘background’ putih mungkin tidak begitu menarik untuk mendorong pembelian yang cepat. Jadi pertimbangkan untuk mempromosikan produk ini melalui video.

2. ‘Nail Extensions’ / Sambungan Kuku

‘Nail extensions’ terbukti menjadi kuasa besar dalam niche kecantikan, dan terdapat banyak bukti yang menunjukkan pertumbuhan pesatnya sebagai produk tersohor pada masa kini.

Pada Google Trends, terdapat peningkatan yang kukuh untuk istilah carian “nail extensions” sejak Januari 2011, membuktikan bahawa ia adalah produk yang mampu menjana jualan untuk perniagaan.

‘Nail extensions’ hanyalah salah satu daripada ‘keywords’ yang digunakan oleh orang ramai untuk mencari produk ini. Ia juga dipanggil ‘false nails’, ‘fake nails’, ‘fashion nails’, ‘acrylic nails’, dan sebagainya yang menunjukkan bahawa niche itu jauh lebih besar daripada yang anda jangkakan.

produk trend 2022 produk kecantikan 1

Cara terbaik untuk mendapatkan jualan untuk produk trend ini adalah dengan memberi tumpuan kepada Instagram. Anda boleh membuat video pendek yang menunjukkan cara menggunakan ‘nail extensions’ anda.

Untuk mendapat capaian yang lebih baik, pastikan anda memasukkan hashtag Instagram dalam posting anda. Dengan menaip perkataan “nail” dan melihat tag di Instagram, anda akan mendapati bahawa #nailsofinstagram, #nails dan #nailart mempunyai berjuta-juta posting. Selain itu, terdapat hashtag lain yang serupa yang boleh anda sertakan dalam setiap posting anda untuk membantu anda meningkatkan kewujudan produk anda di Instagram.

Kesimpulan

Best ke tak best dapat tahu 2 jenis produk trend 2022 produk kecantikan ni? Kalau best, tunggu apa lagi, masukkan ‘listing’ 2 produk ni dalam kedai online anda ye tak kira sama ada dalam eBay atau Amazon.

Kalau tak tahu cara nak masukkan 2 jenis produk ni, apa kata anda klik link di bawah ni sebab di situ ada sifu yang akan membantu anda ‘step by step’ cara buat jualan di eBay mahupun Amazon!

.

<<<Sifu Ajar ‘Step-By-Step’ Pasal eBay dan Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.