Anda mesti tak percaya jika saya dedahkan 2 produk trend 2022 – produk ‘Health & Wellness’ ni? Memang tak disangka-sangka boleh jadi trending. Nak tahu? Baca sampai habis ya!

2 produk trend 2022 – produk ‘Health & Wellness’ yang saya maksudkan adalah seperti di bawah ni:-

1. ‘Teeth Whitener’ / Pemutih Gigi

Gigi kuning amat memalukan. Nasib baik, ‘teeth whitener’ atau pemutih gigi boleh membantu menjadikan senyuman anda lebih indah.

Memandangkan pemutih gigi menyelesaikan masalah yang memalukan, pelanggan mungkin terdesak untuk membuat pembelian. Anda boleh menawarkan produk-produk seperti ‘whitening strips’, ‘charcoal powder’, atau ‘bleaching kits’ kepada pelanggan anda.

produk trend 2022 - produk 'health & wellness' 1

Walaupun pertumbuhan pada Google Trends adalah stabil, niche ‘teeth whitening’ akan terus ada permintaan untuk jangka masa panjang. Jika anda ingin memulakan kedai online anda, produk yang sedang berkembang ini patut diterokai.

Anda akan perasan di Instagram bahawa Influencer sentiasa menyiarkan gambar menggunakan produk pemutihan gigi. Pemasaran Influencer di Instagram ialah cara terbaik untuk memacu pertumbuhan kedai online ‘teeth whitening’ anda. Ia membolehkan pelanggan melihat bagaimana produk itu berfungsi.

Dengan memberi komisen kepada Influencer yang mempromosikan produk anda di link ‘affiliate’ mereka, pasti mereka akan membantu anda menjana jualan yang lebih tinggi lagi.

2. ‘Anti-Snoring’ / Anti Berdengkur

Berdengkur boleh menjadi masalah besar kepada pasangan. Seseorang yang berdengkur boleh membuat pasangannya terjaga pada waktu malam dan mengganggu tidur mereka. Apa lagi…pakai produk ‘anti-snoring’ / anti dengkur. Produk-produk sebegini boleh membantu meminimumkan dengkuran seseorang.

produk trend 2022 - produk 'health & wellness' 2

Anda boleh menjual secara dropship produk anti dengkur ni. Anda akan menemui ‘chin support straps’, ‘anti-snoring nose clips’, dan ‘mouth guards’ yang mana ianya telah mempunyai beribu-ribu tempahan di seluruh dunia. Memandangkan berdengkur boleh menjadi masalah besar, anda boleh membina jenama untuk menyelesaikan masalah ini dengan produk anda.

Google Trends mempamerkan pertumbuhan yang stabil untuk istilah “anti snoring”. Niche ni nampaknya tidak mempunyai sebarang trend bermusim, menjadikannya niche ‘evergreen’ yang hebat.

Produk anti dengkur ni adalah lebih berasaskan kepada carian di Google. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan iklan Facebook untuk mempromosikan jenama anda. Anda perlu mempunyai iklan yang menyasarkan kepada pengguna yang tepat untuk membawa pelanggan kembali ke kedai online anda.

Kesimpulan

Ok ke tak ok 2 produk trend 2022 – produk ‘health & wellness’ ni? Jangan baca saja…lepas tu simpan buat pekasam…Jom bertindak segera! Masukkan 2 produk ni ke dalam kedai eBay atau Amazon anda! Tak tahu macam mana cara nak buat? Tanya pakar kat bawah ni ya! Pasti ada jalan penyelesaiannya…

.

<<<Pakar Buat Kedai eBay & Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.