Kali ni saya nak berkongsi dengan anda beberapa jenis produk yang tidak boleh dijual di Amazon. Walaupun keinginan Amazon untuk menjadi ‘the everything store,’ tidak semua produk boleh dijual di Amazon.

jenis produk yang tidak boleh dijual di Amazon 1

Jom kita lihat apakah jenis produk yang tidak boleh dijual di Amazon!

Pertama, terdapat senarai item terlarang dan terhad yang tidak boleh dijual di Amazon atau yang memerlukan kebenaran khas untuk menjual. Ini termasuk alkohol, produk tembakau dan produk loteri dan perjudian. Sekatan undang-undang juga bermakna sesetengah produk mungkin dihantar secara tempatan sahaja.

Kedua, sesetengah produk memerlukan ‘customization’ atau ‘personalization’ yang unik. Walaupun Amazon menjadikannya agak mudah untuk penjualnya melakukan beberapa ‘customization’ untuk jualan seperti mencetak baju-T atau membuat papan tanda – keupayaan ini adalah terhad.

Contohnya, syarikat Nurish by Nature Made menawarkan multivitamin yang boleh di’customize’ dengan berat, jantina, umur, gaya hidup, diet dan matlamat individu. Pembeli akan mengisi satu ‘survey’ yang disediakan oleh syarikat Nurish by Nature Made, dan syarikat ini akan memberi panduan campuran vitamin yang sesuai dengan pembeli. Penjualan sebegini tidak boleh dilakukan melalui Amazon.

Ketiga, sesetengah produk sukar atau mahal untuk dihantar. Masalah ini seringkali berlaku kepada penjual online tanpa mengira mana-mana platform yang mereka jual. Jika produk mereka adalah sangat besar, berat atau mudah pecah, mempunyai jangka hayat yang terhad atau memerlukan penyejukan, penghantaran adalah sukar dan sangat mencabar. Begitu juga di Amazon.

Kesimpulan

Itulah antara produk yang tidak boleh dijual di Amazon. Jadi, jika anda ingin mula menjual di Amazon, anda perlu pastikan anda mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Amazon.

Hari ini, banyak syarikat yang memilih untuk menjual di Amazon menggunakan kehebatan logistiknya melalui program Fulfillment by Amazon (FBA), di mana Amazon mengendalikan pergudangan dan penghantaran dengan mengenakan bayaran. Hanya produk daripada syarikat yang menggunakan FBA akan menjadi ahli ‘Prime’, yang memberikan penghantaran percuma dan ini merupakan satu insentif besar bagi para penjual yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan FBA.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menjual di Amazon, apa kata anda klik link di bawah ni ya!

.

<<<Cara Menjual di Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.