Apakah ‘Fulfillment by Amazon (FBA)’ ? FBA ialah perkhidmatan yang membolehkan perniagaan ‘outsource’ ‘order fulfillment’ kepada Amazon.

apakah fulfillment by amazon FBA

Perniagaan menghantar produk ke ‘fulfillment centre’ Amazon dan apabila pelanggan membuat pembelian, pihak FBA akan memilih, membungkus dan menghantar order tersebut. FBA juga menyediakan perkhidmatan pelanggan dan proses pemulangan untuk order tersebut.

.

Bagaimana FBA Berfungsi?

Sebelum tu, apa kata kita tengok video kat bawah ni dulu supaya anda boleh dapat pencerahan apa itu ‘Fulfillment by Amazon’ (FBA):-

.

.

Berikut saya senaraikan kepada anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mula menggunakan perkhidmatan FBA ini:-

.

Langkah 1:

Sediakan FBA – Buat akaun jualan Amazon anda, dan log masuk ke ‘Seller Central’ untuk menyediakan FBA.

Langkah 2:

Buat ‘listing’ produk – Sebaik sahaja anda menambah produk pada katalog Amazon, nyatakan inventori FBA.

Langkah 3:

Sediakan produk – Sediakan produk untuk pengangkutan yang selamat ke ‘fulfillment centre’, mengikut garis panduan pembungkusan Amazon dan keperluan penghantaran.

Langkah 4:

Hantar produk ke Amazon – Buat rancangan penghantaran, cetak label ID penghantaran Amazon dan hantar penghantaran ke ‘fulfillment centre’ Amazon.

Sebaik sahaja Amazon menerima produk di ‘fulfillment centre’, item tersebut tersedia untuk dibeli oleh pelanggan.

.

Kelebihan FBA

.

1. Produk anda layak untuk Amazon Prime FREE Two-Day Shipping, FREE Shipping, dan banyak lagi.

Ahli ‘Prime’ menyukai FREE Two-Day Shipping, dan semua pelanggan Amazon.com boleh mendapatkan penghantaran percuma untuk pesanan yang layak.

Apabila anda ‘listing’ produk untuk FBA, produk tersebut juga layak untuk penghantaran percuma. ‘Listing’ FBA yang layak dipaparkan dengan logo ‘Prime’, jadi pelanggan tahu bahawa Amazon mengendalikan pembungkusan, penghantaran, perkhidmatan pelanggan dan pemulangan.

.

2. Pelanggan mendapat perkhidmatan pelanggan yang dipercayai dan pulangan Amazon.

FBA memanfaatkan rangkaian perkhidmatan pelanggan Amazon merentangi seluruh dunia, mengurus pertanyaan pelanggan, bayaran balik dan pemulangan untuk pesanan FBA anda.


FBA customer support‘:

Pelanggan boleh menghubungi ‘FBA customer support’ melalui telefon atau e-mel, siang atau malam. Perkhidmatan ini disediakan tanpa caj tambahan kepada anda, kecuali ‘Returns Processing Fee’ untuk kategori produk terpilih.

Apabila anda menggunakan FBA, masa anda boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda atau bercuti, dan bukannya mengurus perkhidmatan pelanggan

FBA returns’:

Untuk ‘order’ melalui laman web Amazon.com yang Amazon penuhi, FBA akan menguruskan semua perkhidmatan pelanggan yang berkaitan dengan ‘fulfillment order’ anda.

‘Online Returns Center’ menyediakan pelanggan dengan ‘help pages’ dan butiran tentang cara menghubungi mereka sekiranya terdapat sebarang masalah. Jika pelanggan ingin memulangkan produk, mereka boleh terus menghubungi ‘online returns center’. Lebih mudah dan efisien!

.

3. Membolehkan perniagaan anda berkembang dengan cepat.

‘Fulfillment Center’ dibina dengan mempertimbangkan inventori anda dan tiada minimum untuk bilangan produk yang anda hantar. Mereka mengendalikan butiran untuk menjimatkan masa anda, supaya anda boleh fokus pada perniagaan anda. Perkhidmatan khusus FBA boleh membantu anda mengembangkan perniagaan anda tanpa pelaburan baharu dalam modal atau kakitangan:

FBA Small and Light’:

Kurangkan kos ‘order fulfillment’ untuk inventori FBA yang kosnya rendah, yang kecil dan ringan.

FBA Subscribe & Save’:

Tawarkan diskaun pada produk FBA yang layak untuk ‘repeat customers’.

FBA Pan-EU‘:

Menawarkan penghantaran pantas di ‘Prime-eligible European countries’.

‘FBA Export’:

Tanpa caj tambahan, kembangkan perniagaan FBA anda ke lebih daripada 100 negara.


Multi-Channel Fulfillment’:

Jual produk anda dari kedai Amazon anda sendiri atau dari platfrom e-dagang yang lain, dengan Amazon memilih, membungkus dan menghantarkannya kepada pelanggan anda.

.

4. Ia menjimatkan kos.

Kos penghantaran dengan FBA adalah 32% kurang seunit daripada pilihan penghantaran paling perlahan yang ditawarkan oleh kurier utama A.S.

Kos penghantaran dua hari FBA 72% kurang seunit daripada pilihan dua hari mereka.

Kos penghantaran termasuk dalam yuran anda, tanpa caj tambahan untuk ‘Amazon Prime FREE Two-Day Shipping’ dan penghantaran percuma untuk pesanan yang layak. Bayaran untuk ‘Selling on Amazon’ dan ‘optional services’ mungkin dikenakan.

.

Kesimpulan

Saya rasa cukup dulu perkongsian saya tentang apakah ‘Fulfillment by Amazon’ (FBA). Anda dah tahu bagaimana ia berfungsi dan apa kelebihannya. InsyaAllah pada perkongsian akan datang saya akan cerita banyak lagi tentang FBA ni ya!

Tapi, kalau anda tak sabar nak tahu tentang FBA ni dan bagaimana nak memulakan bisnes di Amazon, anda boleh klik link kat bawah ni, InsyaAllah seorang MENTOR hebat akan bimbing anda sampai pandai berniaga di Amazon. Jom klik di bawah ni:-

.

<<<MENTOR HEBAT Akan Bimbing Anda Sampai Pandai>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.