Adakah anda suka perayaan? Semua orang pasti suka pada perayaan. Apabila tiba musim perayaan, orang ramai akan mula memilih hadiah untuk rakan dan saudara mara. Jom saya kongsikan dengan anda tip menjual hadiah di eBay & Amazon. Pasti anda teruja!

tip menjual hadiah di eBay & Amazon

Sebelum tu, saya nak kongsi dengan anda dulu mengapa idea untuk menjual hadiah ini penting untuk usahawan eBay mahupun Amazon? Berikut ialah sebab-sebabnya:-

1. Hadiah Dibeli Sepanjang Masa

Semua agama dan budaya mempunyai tradisi pemberian hadiah. Sebagai contoh, jika anda tinggal dalam keluarga empat orang, sepanjang tahun, anda mungkin perlu menyediakan sekurang-kurangnya 6 hadiah: satu untuk perayaan dan satu hadiah hari jadi untuk setiap ahli keluarga. Dan itu tidak termasuk saudara-mara lain, rakan, rakan sekerja, serta cuti lain dan acara istimewa yang anda raikan.

Menurut Penyelidikan dan Pasaran, pasaran peruncitan hadiah akan berkembang sebanyak $6.45 bilion setiap tahun sepanjang 2020-2024.

Dalam erti kata lain, hadiah adalah produk ‘evergreen’ yang dibeli sepanjang masa. Setiap kali cuti tiba, orang ramai akan pergi membeli-belah dan melayari kedai dalam talian untuk mencari hadiah dan cenderahati.

2. Apa-apa Pun Boleh Jadi Hadiah

Loket comel boleh jadi hadiah. Set peralatan makan boleh menjadi hadiah, sama seperti banyak perkara lain daripada permainan video kepada set baju tidur. Pelanggan tidak akan terkejut melihat rangkaian produk yang banyak dalam kedai eBay & Amazon anda termasuk aksesori, pakaian, cenderamata, hiasan rumah, mainan dan barangan lain.

Jadi, pasaran kategori hadiah ni amat luas dan sangat menguntungkan!

3. Permintaan Untuk Hadiah Boleh Diramalkan

Sangat mudah untuk meramalkan apabila permintaan untuk jenis produk tertentu akan naik dan turun. Sebagai usahawan eBay & Amazon, pasti anda akan mula memikirkan kategori hadiah untuk hari Krismas kan kerana apabila Krismas tiba, jelas bakal pelanggan anda akan membeli hadiah Krismas.

Anda boleh mengatakan bahawa menjual produk bermusim tidak selalunya baik kerana anda tidak boleh mengharapkan pendapatan yang stabil. Tetapi anda perlu ingat, pelanggan anda bukan meraikan satu tetapi beberapa perayaan sepanjang tahun.

Orang ramai membeli hadiah bukan sahaja semasa cuti khusus mengikut musim. Perkahwinan, hari jadi, ulang tahun, majlis istimewa berlaku sepanjang masa dan tidak selalu bergantung pada kalendar. Jadi, permintaan tidak akan jatuh sepenuhnya.

Namun begitu, jika anda ingin memanfaatkan sepenuhnya niche ini, anda mesti bersedia untuk permintaannya yang akan meningkat semasa musim tersebut tiba.

.

Tip Menjual Hadiah di eBay & Amazon

Berikut ialah beberapa perayaan yang disambut oleh bakal pelanggan eBay & Amazon anda dan saya senaraikan idea untuk jenis-jenis produk yang bersesuaian dengan perayaan tersebut:-

1. Hadiah Krismas

tip menjual hadiah di eBay & Amazon christmas gifts

Sememangnya, dalam kategori ini, anda akan menemui beratus-ratus pilihan: ‘Xmas-themed mugs’, pakaian, aksesori, mainan dan sebagainya.

2. Hadiah Halloween

tip menjual hadiah di eBay & Amazon halloween gifts

Produk bertema Halloween kebanyakannya meliputi kategori yang sama (mainan, mug, pakaian, dsb.). Tetapi anda juga boleh menambah pada inventori anda pelbagai pakaian, topeng dan barangan solekan.

3. Hadiah Hari Ibu

tip menjual hadiah di eBay & Amazon mother's day gifts

Anda juga boleh menjual hadiah untuk sebarang majlis termasuk perayaan yang lebih sederhana seperti Hari Ibu yang disambut setahun sekali.

4. Hadiah Hari Valentine

tip menjual hadiah di eBay & Amazon valentine's day gifts

Satu lagi contoh acara bermusim yang membawa banyak keuntungan ialah Hari Valentine. Anda boleh menjual produk seperti barang kemas fesyen (terutamanya yang dibuat untuk pasangan), mainan mewah yang comel, album foto, kotak coklat dan hampir semua perkara yang romantis yang pasti disukai oleh pasangan pembeli anda.

5. ‘Custom Products’

tip menjual hadiah di eBay & Amazon custom products

Anda boleh mempertimbangkan untuk menjual ‘custom products’ seperti loket, cincin, mug, kemeja-T dan lain-lain. Kalung yang comel boleh menjadi hadiah yang sangat baik. Tetapi ia adalah pengalaman yang sama sekali berbeza apabila anda mendapat sesuatu yang benar-benar unik – walaupun ia hanya tulisan atau foto pada cawan.

6. Cenderahati

Selalunya orang akan bawa cenderahati dari jauh. Jenis produk yang sukar dikenalpasti dipanggil cenderahati. Kebanyakan cenderahati tidak berguna, namun ianya sangat menawan, contohnya: patung, magnet peti sejuk, syiling peringatan dan lain-lain.

7. Hiasan Kek Hari Jadi

Setiap kali seseorang membeli hadiah, kemungkinan besar ia adalah hadiah hari jadi. Jadi, adalah logik untuk menawarkan produk pelengkap untuk parti hari jadi, dan saya mengesyorkan hiasan kek seperti contoh di atas.

8. Pembalut Hadiah

Satu lagi jenis produk pelengkap yang boleh memberi manfaat kepada perniagaan anda ialah pembalut hadiah. Barangan ini termasuk kotak, kertas pembalut dan pita, tali, reben, sampul surat, kad dan barangan yang serupa.

9. Belon

Bolehkah anda bayangkan perayaan tanpa belon? Item ini berfungsi dengan baik sebagai barangan pelengkap selagi ia berpatutan dan luar biasa.

Kesimpulan


Niche hadiah ini tidak mudah. Ia memerlukan pemikiran kreatif dan banyak penyelidikan. Namun begitu, ia mempunyai potensi kerana ia membolehkan anda menjual hampir apa sahaja yang mendapat permintaan tinggi.

Berikut adalah beberapa tip untuk mereka yang berminat dengan niche ini:-

  • Ikuti trend semasa. Cari produk yang ‘hype’ di pasaran.
  • Untuk pengiklanan, pilih produk yang mempunyai nilai emosi yang tinggi kerana ia boleh mencetuskan pembelian impuls.
  • Tawarkan banyak pakej dan diskaun volum untuk meningkatkan nilai pesanan pelanggan.
  • Bersedia lebih awal untuk memanfaatkan waktu puncak bermusim sepenuhnya.
  • Pastikan pilihan penghantaran cepat dan pelanggan anda tahu berapa lama penghantaran akan diambil. Jika tidak, anda akan menghadapi banyak ‘refund’. Itulah antara sebab untuk anda mula mengiklankan produk anda lebih awal sebelum cuti.

Saya rasa cukup dulu perkongsian tentang tip menjual hadiah di eBay & Amazon. Jika anda masih belum memiliki kedai eBay mahupun Amazon, jom belajar di link kat bawah ni!

.

<<<Jom Belajar Buka Kedai eBay & Amazon>>>

.

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.