Selepas jajah dan berniaga di bumi Palestin
Menurut laman web USA Business, industri e-dagang sedang melonjak di Israel dan dijangka boleh menjana keuntungan sehingga USD 12.4 billion atau bersamaan kira-kira RM59 billion pada 2025.
Pada tahun lalu sahaja, peniaga e-dagang di Israel menjana jualan lebih USD7.8 billion atau bersamaan kira-kira RM37 billion!
Fesyen, elektronik termasuk barangan peribadi dan perkakasan rumah adalah produk antara popular yang berjaya dijual dari Israel.
Dengan capaian internet di negara haram Israel itu mencecah lebih 90 peratus liputan rangkaian, ia memainkan peranan utama kebangkitan pasaran e-dagang di sana.
Manakala eBay selaku platfom jualan online dan pasaran di Israel, memainkan peranan utama dalam keseluruhan pertumbuhan jualan.
Menurut laman web itu lagi, turut menyenaraikan produk paling laris dijual di eBay Israel antaranya termasuk peralatan golf dan berbasikal, gajet elektronik, alat ganti kenderaan dan aksesori seperti jam dan barang kemas.
Melihat senario ini, seorang pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Mohd Zulariffin Md bin Maarof berkata, kekayaan yang sama sebenarnya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan mempunyai ilmu yang betul untuk berjual beli di platfom eBay.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Export Oversea Academy, sebuah syarikat ‘spin-off’ milik UTHM berkata, sebagai sebuah negara haram, Israel tidak memiliki sumber kekayaan alami untuk dieksport mahupun berkembang untuk menjadi negara industri.
Beliau berkata, oleh sebab itu, sektor e-dagang di sana menjadi rancak kerana ia lebih mudah dikendalikan, dan pasaran penggunanya melangkaui seluruh benua.
“Orang Israel ini tidak memiliki tanah, tiada negara dan memiliki populasi penduduk paling sedikit di dunia.
“Tetapi mengapa mereka boleh mengawal ‘dunia’, bagaimana mereka boleh ‘memegang’ ekonomi dunia.
“Tidak mungkin mereka boleh menjual barang-barang yang dihasilkan dari tanah milik Palestin itu.
“Lebih-lebih lagi jika mereka adalah peniaga peniaga yang masih baru bertatih dalam jual beli,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan utama peniaga Israel di platfom e-dagang seperti eBay adalah disebabkan oleh sistem ‘dropship’.
“Saya mengkaji barang-barang yang orang Israel jual dan saya akhirnya merumuskan bahawa ‘dropshipper’ Israel menjual barang yang paling dicari pembeli di laman Facebook, reddit.com dan Google Keyword Trend.
“Ciri-ciri item yang ‘trending’ ini memiliki dua ciri utama iaitu barangan yang dicari pengguna tidak vero (bukan barang ciplak) dan menepati kelajuan jualan 10 unit dalam masa beberapa jam,” katanya.
Beliau yang berpengalaman lebih tujuh tahun berniaga dalam platfom eBay sebelum membuka akademi berkenaan berkata, bersyukur berjaya membantu seramai 15,725 peserta sehingga kini
Katanya, bimbingan untuk menjadi peniaga eBay itu membolehkan ada dalam kalangan mereka meraih pendapatan mencecah sehingga lima dan enam angka sebulan termasuk bergelar jutawan.
“Saya mempunyai ramai peserta yang berjaya dibimbing dari zero kepada hero malah ada seorang peserta saya yang berjaya meraih jualan dari RM10 juta dan RM20 juta untuk setiap akaun eBay nya, sejak mula dibimbing pada 2018,” katanya.
Beliau berkata, mereka yang berminat untuk mendapatkan bimbingan boleh melayari laman web https://bengkelexports.com/order/form/118 selain melayari laman media sosial exportoversea di Facebook, Tik Tok dan Instagram.
habis//