Nasi Pakistan No. 1

Nasi Pakistan No. 1 diberi percuma selama setahun

Keenakan masakan Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat yang ikut resipi asli Nasi Kabuli Pulao

berjaya buat owner viral hingga meraih lebih 600,000 pengikut di saluran Tik Tok.

Penangan viral itu turut jadikan pekerja restoran di Jalan Soga, Batu Pahat itu tidak menang tangan.

Walaupun Restoran Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat dibuka jam 9.30 pagi kecuali Khamis

Tetapi seawal jam 8 pagi, ramai customer sudah beratur kerana ingin merasai masakan yang viral itu.

Nasi Pakistan No. 1

Nasi Pakistan No. 1 pikat rakyat Jepun, Pakistan, Brunei dan Indonesia

Pelanggannya bukan sahaja terdiri dari pelbagai bangsa, dan agama

malah turut menarik minat rakyat Jepun, Pakistan, Brunei dan Indonesia

Malah ada customer dari Pulau Pinang serta Sabah

sanggup membeli tiket pesawat lalu terbang ke negeri ini just nak try masakan viral itu.

Menurut pemilik restoran, Azrul Hisyam Ahmad, 40, mula berniaga makanan itu sejak Jun dua tahun lalu

Menu Lamb Shank dapat demand yang tinggi di samping menu lain seperti Siakap Goreng Madinah.

Idea menjual Nasi Kabuli Pulao itu datang selepas dijamu menu itu

ketika waktu sahur malam malam akhir Ramadan dua tahun lalu.

Nasi Pakistan No. 1

Belajar resipi Nasi Pakistan No.1 dari You Tube 

Katanya, resipi Nasi Kabuli Pulao ini atau Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat ini

dipelajari sendiri melalui saluran You Tube dan berguru dengan mereka yang pakar.

“Mula-mula untuk dapat rasa yang sedap ini memang ambil masa dan saya keluar modal

dan duit tabung sendiri untuk kos bahan mentah.

Nasi Pakistan No. 1

Orang anggap owner buat kerja gila

“Hasil masakan Nasi Pakistan No. 1 itu saya masak sendiri dan berikan secara percuma kepada orang ramai 

di sekitar kariah Surau Al Muttaqin di Taman Banang Height.

“Kenalan dan saudara mara kata saya buat kerja gila

kerana sanggup habis wang ringgit begitu sahaja dan menjamu orang ramai secara percuma.

“Selama setahun itulah saya belajar tambah baik menu itu hinge berpuas hati 

dan buat kan dapur surau sebagai tempat bereksperimen.

“Walaupun saya sendiri ketika itu, sudah hampir ke habis an wang

tetapi saya percaya bahawa sedekah saya ini tidak akan sia-sia di sisi Allah,” katanya.

Pengusaha restoran turut sedia kan surau di tingkat satu

Surau itu boleh muat kan 20 orang pada satu masa selain ada banyak parkir awam.

Air sirap atas air perisa lain turut diberikan secara percuma

pada setiap hari manakala milo ais percuma pada setiap Jumaat.

Azrul Hisyam berkata, antara menu lain yang dijual adalah kambing biryani.

Foto Kredit to FB Melantak Beb dan Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat

Nasi Pakistan No. 1

Mahu cari cara buat duit online atau anda mahu jual barang di eBay?

Jom follow founder kami, Dr Zul orang Batu Pahat juga, pernah viral satu Malaya

sebab jual daun kering ketapang sampai jadi jutawan, ya tak tipu, cer klik sini

“Duduk Malaysia takpe, yang penting gaji USD”

Nasi Pakistan No. 1

Nak belajar mengenai dunia eBay, klik artikel di bawah, gerenti dapat idea

Usahawan Online eBay kena scam di oversea

Apa Nak Buat Kalau barang Pos Anda hilang

5 produk paling laku di eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.