MedeSeri

MedeSeri, seindah namanya , begitu jugalah seindah peribadi pengasasnya, 

Dr Irma Shida Binti Abu Samah.

Dari seorang doktor gigi hingga bergelar usahawan kosmetik ternama

Medeseri adalah lambang kecekalan ibu kepada dua anak ini yang terbina

selepas jenama kosmetik Dr Irma tenggelam dek badai Covid 10 yang melanda dunia pada 2020.

Jom ikuti, kisah jatuh bangun anak jati Johor Bahru ini dalam dunia bisnes hingga bangkit kembali pada hari ini

Happy Reading Guys !

‘Lemas’ dibadai Covid 19

Wabak Covid 19 bukan sahaja menjerut nyawa manusia malah menyebabkan ramai darinya 

hilang punca kerana kehilangan hasil mata pencarian

Tidak terkecuali bagi seorang usahawan terkenal di negeri ini, Dr Irma, ketika wabak itu 

melanda dunia pada 2020, perniagaan kosmetik nya berada di puncak

“Masa itu kita tengah agresif, keluar iklan semua, ekonomi tengah cantik pada 2019

waktu itu memang kita rasa memang gagah dan berani untuk ambil risiko

“Ramai usahawan waktu itu macam itu, saya pun ambil risiko untuk bisnes

bermula dari satu pusat jualan saya buka cawangan yang kedua.

“Dengan sokongan MARA, saya gunakan geran diterima untuk buat ubahsuai

selain ambil pekerja hingga kita buat pelancaran.

“Pada 2019, kami dapat tawaran dari AEON untuk pasarkan produk Dr Irma ke 34 pasaraya

nya di seluruh negara dan memang kita habiskan ratusan ribu ringgit untuk buat persediaan.

“Kita pun sudah peruntukkan bajet puluhan ribu ringgit untuk buat pemasaran dan kita

jangka akan bergerak laju, namun tiba tiba pada 17 Mac 2020, kita kena perintah kawalan

pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui baru baru ini.

Dr Irma ‘rehat’ seketika

MedeSeri

Dr Irma yang juga seorang doktor gigi berkata, akur dengan perintah itu, namun dalam masa

sama, beliau menanggung kerugian kerana masih perlu bayar sewa, kos gaji pekerja

selain kedainya tak boleh dibuka.

“Saya memang selalu rancang tetapi Allah adalah perancang terbaik, dan Dia yang

jalan kan semua benda, kita makhluk menurut sahaja.

“Kita akur kosmetik ini tak boleh nak jual, sebab dia bukan antara barang keperluan

“Dengan stok yang sudah dipesan, kos ubah suai kedai, kos gaji pekerja, hutang pembekal

dan kedai tak boleh operasi selama setahun, buat saya rugi hampir sejuta ringgit.

“Apabila PKP tamat, saya cuba untuk bangun semula dan patah balik, tetapi tak boleh,” katanya.

Beliau berkata, faktor utama yang jadi punca beliau sukar untuk bangkit semula

adalah kerana tidak dapat membaca pasaran.

“Waktu itu pasaran tak menentu, kita tak dapat baca pasaran, kita rasa salah satu benda

penting bila jadi usahawan ini adalah macam mana kita nak baca pasaran kita.

“Macam mana kita nak pergi, hala tuju, rancangan kita dan pada tahun itu,

agak susah untuk baca pasaran ke depan, demand untuk produk kita.

“Jika sebelum ini saya anggap diri saya sebagai usahawan yang cepat untuk berubah

dari satu bisnes ke satu bisnes bila kita nampak peluang.

“Tetapi 2022, agak sukar dan getir, jadi waktu itu saya, saya bincang dengan

semua, mungkin di sini lah kita kena berhenti sekejap,” katanya.

(Baca lanjut : Jejak Alumni Medeseri Edina Sdn Bhd)

MedeSeri jadi penyelamat

Tidak mahu terus tenggelam dalam masalah yang menimpa, sebagai seorang usahawan,

Dr Irma ligat mencari solusi dan dapat idea tubuhkan MedeSeri ,

sebuah pusat penjagaan kesihatan dan kesejahteraan holistik.

Pusat kesihatan ini tawarkan servis penjagaan ibu selepas bersalin, rawatan gigi dan kulit selain

kesihatan awam di bawah satu bumbung.

“MedeSeri adalah satu cetusan idea, yang muncul ketika Covid, sebab saya doktor

gigi, dan kita tahu kesihatan paling utama sekali kerana kita nampak orang akan

penting kan kesihatan dahulu ber banding benda lain.

“Covid itu meng ajar kita, dan bidang kesihatan yang tak mungkin akan luput

memang akan selalu ada keperluan dan permintaan.

“Cuma mungkin ketika ini terlalu banyak klinik yang naik macam cendawan tumbuh selepas hujan.

“Kita perlukan sedikit perbezaan, kelainan dan keberanian. Mungkin orang kata

ini kerja gila ini dan tak mungkin jadi kerana impian ini terlalu besar.

“Terlalu banyak cabang di bawah satu bumbung, tetapi saya rasa dan percaya,

idea MedeSeri ini akan jadi walau tak pernah dibuat orang.

“Bila kita buat, kita akan buat buat betul betul dan mendahului,” katanya

MedeSeri konsep pertama di Malaysia, bercita cita ke luar negara

Katanya, kelebihan MedeSeri ini adalah berkonsep ‘mesra muslim’ selain ahli lembaga

pengarah dan pihak pengurusan utama syarikat dibarisi oleh mereka yang pakar dalam bidang masing masing.

“Bila kita gabung semua di bawah satu bumbung, kita gelar pusat kesihatan holistik

jadi semua nya dipantau secara klinikal

“Jadi kita tahu dan yakin, demi kesihatan, dan kesejahteraan pesakit dan mereka

selalu dipantau oleh mereka yang bertauliah

“Jika pesakit kita waima datang untuk demam, buat rawatan pergigian atau dapat kan

urutan pun mereka semua dipantau oleh doktor kita di sini.

“Di sinilah jenama kosmetik Dr Irma akan bangkit semula kerana jika sebelum ini,

kita fokus pada jualan produk sahaja, tetapi kali ini kita sedia kan rawatan klinik kulit,” katanya.

Beliau berkata, jika sebelum ini beliau berdiri sendiri sebagai pemilik bisnes, kali ini

beliau syukur kerana miliki pasukan yang kuat bagi bersama sama harungi cabaran yang datang.

“Dengan miliki pucuk pimpinan tertinggi maka kami lebih terbuka untuk terima idea

orang kata gaduh tepuk tepuk meja itu penting.

“Apabila yang di atas kuat insyallah kita akan garapkan kerja berpasukan.

“Saya mahu MedeSeri ini jadi pelopor dan contoh di seluruh negara, dan

jika sudah berjaya nanti, kami mahu lebarkan sayap ke luar negara,” katanya. 

(Baca lanjut : Medeseri Edina Sdn Bhd presents its contributions for the peace of Palestine )

Muda mudi kena berani ‘bermimpi’

Beliau berkata, secara peribadi beliau harap usaha nya itu menjadi contoh kepada

muda mudi untuk berani ‘bermimpi’ untuk kejar kejayaan diingini.

“Kalau kita letak impian dan cita cita, insya allah, ia boleh digapai. Namun jika kita tak

letak apa apa tujuan dan goal hidup, kita tidak akan ke mana mana.

“Siapa pun kita dan di mana pun kita berada, jika kita letak impian untuk berjaya

kita kena betul betul percaya kita boleh, Insya allah dengan izin Nya.

“Namun usaha itu penting dan jangan putus asa,” katanya.

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Baca lanjut kisah usahawan cekal di bawah

Wak Tunot kekal resipi air tangan ibu

Kopi Cap TV terjual 4.5 juta sachet guna online

>>> Belajar majukan diri dengan Pensyarah Matematik Bergelar Jutawan eBay di sini<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.