KWSP eBay

KWSP jangka umum dividen pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus.

Menurut laporan Berita Harian, kadar itu lebih baik dari dividen pada tahun lalu 

di mana 5.35 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul 

Rashid berkata, jangkaan positif itu kerana prestasi suku tahun semasa kumpulan itu.

“Institusi itu miliki skala ekonomi yang lebih mampan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM1.1 trilion.

“Justeru, dana persaraan nasional ini punya kelebihan dari segi pilihan pelaburan atau 

proses rundingan dengan pengurus dana luar.

“Namun, kerana saiz dana pelaburan yang besar, mereka perlu kerja lebih keras untuk 

dapat pulangan tinggi dari sudut ringgit, walau peratusan yang kecil.

“Contohnya, untuk setiap satu peratus dividen, KWSP dengan aset RM1.1 trilion perlu 

bayar RM11 bilion dan ini cukup mencabar dalam situasi ekonomi semasa,” katanya.

Aimi Zulhazmi berkata, selain laporan prestasi KWSP yang baik untuk setiap suku tahun 2023,

ekonomi Malaysia juga terus menaik tahun lalu.

Dividen ASB jadi penanda aras KWSP

Katanya, perpindahan pihak pengurusan kanan KWSP ke portfolio yang lebih besar

di Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri pada akhir tahun lalu

beri petunjuk pengurusan KWSP cemerlang dan menarik perhatian pucuk pimpinan negara,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia

Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan, berkata kadar kenaikan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)

baru baru ini, mungkin jadi penanda aras kenaikan kadar dividen KWSP.

Katanya, melihat kepada prestasi baik dalam tiga suku pertama tahun ini

selain tiada pengeluaran khas yang besar, boleh kan KWSP

agihkan kadar dividen lebih baik berbanding tahun tahun sebelum ini.

habis//

Artikel di atas dipetik dari KWSP dijangka beri dividen setinggi 6.5 peratus

Foto kredit to Harian Metro dan Google

Nak belajar beranakkan duit KWSP dengan eBay, klik di SINI

Lagi kisah menarik di bawah

Ewart, jutawan eBay Britain import barang dari China

Top 5 Hot Wheels paling mahal di eBay

>>> Jangan joli duit KWSP, ‘rolling’ di tempat yang betul di sini <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.