Elon Musk eBay

Ramai merungut liputan line telefon bimbit di negara ini kadang kadang memang teruk 

Maybe lepas ini, korang boleh tenang tenang

Elon Musk datang jadi penyelamat, jika sebelum ini dia buat kerja gila

offer servis internet dari piring satelit Starlink nya

dan boleh diguna di mana mana even ceruk hutan Borneo

Kali ini, dia bercita cita mahu bina ‘menara telco’ di angkasa pulak

‘Menara’ ini boleh kan korang dapat internet di telefon bimbit terus dari satelit

tak payah dah nak bising bising, internet lembap lah, line takde lah

harap harap lah kan

Okay ikut laporan dari laman web siliconrepublic.com

Projek ini digelar sebagai ‘menara telco di angkasa’ dengan satelit itu berfungsi untuk hapus kan zon mati internet di bumi

Seperti pengumuman T- Mobile , syarikat satelit angkasa lepas yang diketuai oleh Elon Musk itu, telah lancarkan set 

pertama satelit Starlink dengan keupayaan ‘terus-ke-sel’, semalam. (3 Januari)

T -Mobile adalah rakan kongsi SpaceX dalam misi ini

Sebanyak 21 satelit dihantar ke orbit bumi rendah guna roket Falcon 9 dan enam dari nya ada keupayaan terus ke sel

Menurut SpaceX,  ujian lapangan akan mula tidak lama lagi dengan rancangan untuk lancar servis teks mesej pada tahun 

ini dan panggilan serta semakan imbas internet pada tahun depan.

Dalam pada itu, Presiden Pemasaran, Strategi dan Produk T – Mobile Mike Katz berkata syarikat itu mahu customer nya 

sentiasa berhubung walaupun di lokasi paling terpencil.

“Pelancaran hari ini adalah detik penting dengan pakatan SpaceX dan rakan kongsi global kami di seluruh dunia, sambil 

kami usaha untuk jadikan zon mati sebagai perkara masa lalu” katanya.

Menurut SpaceX, satelit itu akan ada upaya buat sambungan ke telefon mudah alih di mana sahaja anda boleh melihat langit”

Elon Musk kata NAMUNNNNNN

Dalam siaran X, Elon Musk kata even projek itu adalah solusi bagus namun ia bukan lah pengganti yang kompetitif untuk 

servis rangkaian selular di daratan ketika ini

LAH Pularrkkk 

Pelancaran itu adalah ujian terbaru untuk servis satelit sebagai cara untuk hapus kan zon mati komunikasi di seluruh dunia, termasuk Ireland.

Pada tahun 2021, Black Valley di Co Kerry dan Knockawaddra di Co Cork jadi lokasi perintis dalam projek sistem satelit jalur lebar Starlink.

Dan pada 2022, Kesatuan Eropah lancar kan strategi komunikasi satelit nya sendiri, yang akan saksikan pelaburan 

sebanyak €6 juta untuk cipta internet yang boleh dipercayai dan pantas di seluruh Eropah serta alih keluar zon mati komunikasi.

NAMUNN, walau servis satelit ini boleh tingkatkan sambungan di ‘titik hitam’ internet tertentu di bumi, jumlah satelit yang 

banyak penuhi orbit rendah bumi akan jadi punca masalah di langit.

Menurut laman web penjejakan satelit Orbiting Now, ada lebih 8,000 satelit di orbit rendah bumi ketika ini

Kewujudan satelit pada asas nya boleh jadi punca kesesakan ‘lalu lintas’ di angkasa lepas, dengan mungkin berlaku 

kejadian perlanggaran, gangguan dengan misi saintifik lain, satelit masuk semula ke atmosfera bumi, serpihan ‘sampah’ 

yang semakin banyak dan pencemaran cahaya. Ini akan beri masalah kepada ahli astronomi.

Kena ada ‘polis trafik angkasa’

Pada Julai 2023, kajian antarabangsa juga dapati bahawa satelit Starlink SpaceX pancar kan “sinaran elektromagnet yang 

tidak diingini” yang punya kesan buruk terhadap bidang astronomi radio. 

Pengarang utama Federico Di Vruno berkata walau ahli astronomi sebelum ini ada teori tentang radiasi jenis ini, 

pemerhatian terkini “sahkan ia boleh diukur”.

Apabila EU lancar kan strategi satelit nya, Suruhanjaya EU turut cadang sistem Pengurusan Trafik Angkasa untuk tangani 

isu isu yang berkaitan dengan peningkatan trafik angkasa dan pastikan operasi angkasa lepas kekal selamat dan orbit 

kekal boleh digunakan.

Artikel di atas diterjemah dan disesuaikan dari : Space X launches first Starlink Satellites that can connect to mobile phones

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

>>> Tak dapat jadi kaya macam Elon Musk, jadi kaya macam Dr Zul eBay boleh ke?>>>Tak cuba tak tahu, TEKAN SINI<<<

Lagi kisah menarik di bawah

SpaceIn bukti kerja keras wanita besi

Cara mudah belajar eBay 2024

Nak Tahu Pasal eBay ? Tekan SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.