Fahmi Ramli

Fahmi Ramli seorang peguam syarie yang ada seramai 184,000 pengikut di Facebook luah rasa nya itu melalui satu hantaran pada 27 Disember lalu.

Fahmi Ramli berkata, yang jadikan beliau stress adalah, keadaan wanita itu macam tak tahu apa apa bila di hadapan hakim.

“Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami, tak kisah bab tu. Saya suka kalau laki yang nak poligami buat cara betul.

“Yang saya tak suka dan kesian adalah, wanita yang pergi ke mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya.

“Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa apa ke macam rumah puan sekarang?’

“Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. Haihhhhh. Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar.

“Hakim pun tanya kalau kalau suami pesan jangan cakap apa apa depan Hakim.

“Sengih sengih ja puan ni. Aduhai.

“Saya kat tepi tu, berbulu ja tengok

‘Kenapalah puan ni tak follow saya”, ujar saya dalam hati,” katanya.

Beliau berkata demikian berhubung satu kes permohonan poligami oleh suami wanita itu di Mahkamah Tinggi Syariah

di sebuah negeri yang tidak mahu dinyatakan.

Peguam Syarie nasihati kaum isteri supaya PEKA hak diri dan anak anak

Fahmi Ramli berkata, beliau mahu kongsi kisah yang terpaksa dilihat dan didengar kerana wanita itu bukan klien nya

“Waktu kes mereka dipanggil oleh pembantu hakim, saya berada di tepi.

“Di meja Peguam Syarie. Kes mereka tidak diwakil oleh mana mana pihak,” katanya.

Beliau yang membuat servis perundangan Islam di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Kuala Lumpur dan Selangor menasihati,

kaum isteri supaya peka dengan hak mereka termasuk anak anak jika suami mahu berpoligami.

Katanya, kalau nafkah anak dan isteri pun suami nak bagi ala kadar, baik tak payah poligami.

Beliau berkata, sangat berharap, perkongsian nya itu sampai kepada lebih ramai wanita.

“Jangan pergi ke mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa apa. Rugi. Tersangat rugi,” katanya.

Okay di bawah ini adalah NASIHAT Tuan Fahmi Ramli kepada kaum wanita, sila take note OK

Fahmi Ramli : Tuntut Nafkah Diri dan Anak 

Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?

Kalau anda mungkin marah itu biasa.

Kalau anda mungkin setuju dan tak marah pun itu biasa.

Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.

Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan.

Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu.

Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda.

Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar.

Tuntut harta sepencarian depan hakim saran peguam syarie

Apa yang paling penting untuk rekod lagi?

Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian.

Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah

jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.

Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan.

Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan

untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.

Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda

walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.

Jika tak tuntut harta sepencarian, harta suami wajib faraid

Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?

Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda

mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah

andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.

Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian.

Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga

ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.

Jika tak tuntut, suami cerai mati, isteri kena ‘lawan’ dengan semua

Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian? Ini jawapan Tuan Fahmi Ramli

Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid.

Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8.

Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.

Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda.

Dan tak semena mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk

‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.

Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai 

anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada.

Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah.

Isteri tak pergi mahkamah? Suami boleh ‘kuak bebas’

Kalau Tuan Fahmi Ramli di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?

Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim.

Kalau saya kat tempat isteri pertama tu, saya mungkin tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami.

Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least,

Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.

Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2.

Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.

Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan

dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami.

Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.

habis//

Kaum isteri yang nak belajar cara cari duit sendiri, boleh tekan link INI

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

>>> Suami nak poligami ? Isteri WAJIB belajar cari duit sendiri, tekan SINI<<<

Lagi kisah beri pengajaran di bawah

Subagiya setia jaga isteri lumpuh

Cara MUDAH belajar eBay 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published.