Cukai jualan LVG

Cukai jualan LVG @ barangan import bernilai rendah adalah idea yang teruk kata seorang ahli ekonomi, Geoffrey Williams.

Menurut laporan Free Malaysia Today, sistem kutipan cukai negara perlu dikaji semula kerana dipenuhi cukai ad hoc yang tidak cekap.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, cukai jualan LVG dalam talian itu hanya kutip RM200 juta setahun.

“Yang tidak berbaloi dengan usahanya. Ia idea yang teruk”. Cukai ini tidak cekap dalam tingkatkan hasil.

“Saiz pasaran untuk produk dari luar negara yang dibeli dalam talian yang akan kena cukai iaitu barang berharga RM500 ke bawah hanya bernilai kira kira RM2 bilion.

“Cukai Jualan LVG yang mula dikenakan sejak 1 Januari 2024 tidak banyak bantu pembekal tempatan kerana barangan bernilai rendah dari luar negara masih lebih murah dari produk tempatan,” katanya.

Williams berkata, bagaimana Jabatan Kastam akan tentukan produk yang akan kena cukai kerana bukan semua peniaga asing akan daftar dengan jabatan itu.

“Saya bukan kata tiada cara untuk kawal perkara ini, tetapi ia peningkan kepala. Adakah mereka akan tahan barang itu hingga cukai dibayar?

“Bagaimana mereka akan nilai nilai produk itu? Jika saya beli e book dari Amazon, bagaimana mereka akan kenakan cukai ke atas produk ini?” katanya.

Cukai Jualan LVG beban kan b40

Bulan Disember 2023, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong gesa kerajaan tangguhkan cukai jualan LVG kerana levi 10% itu akan bebankan golongan B40 yang sering beli barangan rumah, seperti perkakas elektrik atau pakaian dari penjual online dari luar negara.

Ka Siong berkata, cukai itu mungkin hadapi cabaran undang undang kerana kerajaan tidak dapat kawal belian secara berkesan dalam platfom seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

Seorang lagi ahli ekonomi, Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, perlindungan terhadap produk keluaran tempatan “hanya satu cara untuk hukum pengguna”.

“(Cukai jualan LVG) Yang akan kurangkan bekalan produk sedia ada dan jadi punca harga naik.

“Bisnes di Malaysia harus belajar jadi berdaya saing tanpa sokongan kerajaan. Jika tidak, mereka akan kekal tidak berdaya saing selama lamanya,” katanya.

Katanya, cukai itu juga akan bebankan pengguna yang beli “barangan keanjalan rendah” iaitu  produk dengan permintaan stabil yang tidak terjejas oleh harga lebih tinggi.

“Seperti buku teks akademik diterbitkan di luar negara hanya boleh dibeli dalam talian,” katanya.

habis//

Artikel dan foto di atas dipetik dari Free Malaysia Today : Mansuh cukai jualan LVG tak cekap, gesa ahli ekonomi

Nak rasa gaji dalam USD, tekan di SINI untuk Nak Tahu Pasal eBay

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi kisah menarik

Cara MUDAH belajar eBay 2024

Cara cari duit online 2024

>>> Sampai bila nak gaji RM, cuba belajar cari duit USD dengan eBay, klik SINI<<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.