Mokti’s Ice Cream Gula Apong, pernah dengar tak? atau pernah makan? apa yang anda rasa best pasal aiskirm ini?

Cuba komen dan berikan pendapat anda, mana tahu owner terbaca artikel ini kan, boleh beliau buat sesuatu 🙂

Jom kita ikuti cerita jatuh bangun pengasas jenama aiskrim lokal ini yang kini ada 70 cawangan serata Malaysia

dan sudah menembusi Istanbul, Turkiye’.

Jenama ini bercita cita melebarkan sayap ke Mekah dan Madinah, Arab Saudi. Sama sama kita doakan aiskrim Malaysia ini

berjaya okay !

Mokti’s Ice Cream Gula Apong, wujud kerana ekzema dan ‘mengidam’

Menurut Pengasas Mokti’s Ice Cream Gula Apong, Siti Fatimah Adnan, cerita asal bagaimana aiskrim ini bermula hanya

kerana beliau asyik mengidam nak makan aiskirm gula apung yang selalu dimakan ketika masih menuntut di UiTM

Samarahan, Sarawak.

Katanya, dan kebetulan, ketika pulang ke kampung halaman di Perlis, anak sulungnya alami masalah ekzema kronik yang

menyebabkan gatal gatal naik ke serata badan hingga kemerahan jika salah makan.

“Selepas tamat belajar pada 2021, saya berkahwin dan menjadi suri rumah menjaga anak anak manakala suami bekerja

dalam bidang minyak dan gas di luar negara.

“Pada peringkat awal, saya buat aiskrim hanya kerana memang suka makan aiskrim gula apung ketika belajar di Sarawak.

“Tetapi apabila pulang ke Perlis, aiskrim ini tidak dijual dan yang kedua, saya buat aiskrim ini sebab kasihan tengok anak

yang kena ekzema kronik dan tak boleh salah makan.

“Jadi saya memang tak yakin dengan makanan dari luar rumah dan atas dua sebab itu saya ambil keputusan untuk belajar

buat aiskrim sendiri,” katanya.

Dari aiskrim ke biskut, semua bahan yang tak ‘flare’ ekzema

“Aiskrim (Mokti’s Ice Cream Gula Apong) yang saya buat tidak ada bahan yang ‘harsh’ untuk masalah ekzema, saya tak

guna gula putih, jadi saya buat aiskrim yang ‘sihat’ untuk kami.

“Saya guna gula apung di mana kita tahu gula ini rendah ‘glycemic index’ dan syukur apabila anak saya makan okay sahaja,

gula ini tak flare gatal gatal, merah kulit tiada.

“Dalam masa yang sama juga, ketika itu saya buat juga biskut yang tak guna telur ayam, gula putih dan tepung gandum,

hanya semata untuk anak makan dan dari situ wujudnya biskut Al Fateh Gluten Free yang turut guna gula apung,” katanya.

Beliau berkata, anak sulungnya alami masalah ekzema kronik mungkin berpunca dari faktor genetik dan pemakanan ketika

beliau mengandung.

“Anak sulung kini berusia 4 tahun dan sekarang ekzema nya sudah berkurang banyak, sebab sudah makin besar dan

sistem imun badan nya sudah semakin kuat.

“Alhamdulillah, anak kedua dan ketiga tidak alami masalah sama,” katanya yang sedang sarat menunggu hari bersalin.

Pinjam duit umi RM5,000

Siti Fatimah berkata, beliau meminjam wang dari ibunya untuk belajar cara membuat aiskrim hingga lah berjaya mencipta

resipi aiskrim dari gula apung (Mokti’s Ice Cream Gula Apong)

“Saya bukan tiada impian atau cita cita, ada. Selepas bersalin anak nombor tiga, saya belajar buat aiskrim gula apung.

“Mulanya saya buat aiskrim saya guna duit mak saya, saya pinjam dengan umi, saya nak pergi belajar, jadi saya nak pinjam RM5,000.

“Selepas itu, okay bila dah pergi kelas asas buat aiskrim ini, balik rumah saya buat dan bagi mak rasa, masa itu suami

(Pengiran Muhammad ‘Adil Awang Iskanderzulkarnein) saya di Algeria, jadi hanya keluarga yang ada di sisi.

“Bila buat tak sedap, saya buang, tak sedap buang sampai saya rasa okay.

Siti Fatimah Adnan berniaga di bonet kereta

Siti Fatimah berkata, dengan keberanian yang ada dia tidak malu berniaga dari bonet kereta di taman rekreasi selama tiga bulan.

Katanya, ketika itu perintah kawalan pergerakan (PKP) mula dilaksanakan akibat pandemik Covid 19.

“Saya memang minat berniaga dari kecil kalau ikut cerita mak saya dan selepas belajar saya kahwin dan memang tiada

buat apa apa melainkan mengurus rumah tangga.

“Saya rasa dah ada mesin ini ni, alang alang boleh cuba jual. Jadi saya pun pilih kawasan rekreasi di Pengkalan Asam untuk niaga dari bonet.

“Di tempat orang joging itu bila petang saya bunyikan loceng orang datang beli aiskrim kon serendah RM1.

“Orang makan kata sedap, dan mereka baru pertama kali makan aiskrim gula apung. (Mokti’s Ice Cream Gula Apong)

“Bila pandemik Covid pada Mac 2021, suami pun kena balik dari Algeria .

“Selepas tu kena PKP dan Alhamdulillah ketika itu aktiviti ekonomi berjalan macam biasa hanya ada satu atau dua kes sehari di Perlis.

“Berjoging di kawasan terbuka masih dibenarkan, jadi saya teruskan jual di bonet hingga tiga bulan lamanya.

“Lama lama, pelanggan mula tanya adakah saya ambil tempahan masa kenduri atau apa apa majlis,” katanya.

Mula buka kedai dengan guna nama sendiri

Berikutan sambutan hangat yang diterima, dia dan suami mengambil keputusan untuk membuka kedai sendiri dan menjadi

titik tolak penting, kewujudkan outlet Mokti’s Ice Cream Gula Apong yang kini sebanyak 70 cawangan serata Malaysia.

“Dari situ, saya pun cakap kat suami suami, jom kita buat bagi ‘benda’ ini jadi dan kami cari kedai di depan pasaraya Eco.

“Rupanya jualan di sana lagi cepat dan bisnes menjadi. Mungkin ketika itu orang ramai yang balik kampung kena PKP.

“Ada pelanggan dari Kuala Lumpur tanya boleh tak mereka buka cawangan di luar Perlis.

“Suami pula memang minda bisnes dan Alhamdulillah, kita pun cuba lebih lagi suami sudak tidak ada income, jadi kami

beranikan diri ambil risiko dengan buka outlet pertama Mokti’s Ice Cream Gula Apong di Gong Badak, Kuala Terengganu.

“Dari Perlis sampai ke sana dan semakin lama semakin viral hingga hari hari kami dapat permintaan untuk buka outlet.

“Memang ‘membiak’ sangat cepat pada 2021 kami buka 50 hingga 60 outlet lebih kurang setiap minggu 2 hingga 3 outlet dibuka.

“Itu yang kami mula ambil staf dan sewa kilang baru. Nama Mokti’s ini pun sebenarnya adalah nama timangan saya, Mokti,

cuma semasa mahu daftar kan perniagaan, nama Mokti sudah ada yang daftar, jadi saya tambah ‘S sahaja,” katanya.

Ujian mendewasakan

Namun pada Febuari tahun lalu, jualan Mokti’s Ice Cream Gula Apong mula terganggu dengan isu kualiti termasuk

kebersihan selain isu outlet ambil produk dari luar.

“Salah satu salah faltor saya nampak, kita ada lebih 90 outlet satu Malaysia dan kakitangan kawalan kualiti kita berdepan

cabaran nak jaga kualiti produk.

“Walaupun syarikat sudah sediakan prosedur operasi standard (SOP), latihan, lesen tetapi kerana kita berdepan dengan

macam macam jenis manusia, jadi tak mudah.

“Contohnya ada outlet yang ambil produk luar dan buat aiskrim sendiri, apabila pelanggan biasa datang akan perasan rasa

dan kualiti tak sama.

“Impaknya orang akan label dan ganggu outlet lain yang patuh SOP. Kini kami ada hanya 70 outlet satu Malaysia dan

sebuah outlet di Istanbul, Turkiye’ yang dibuka pada Febuari tahun lalu,” katanya.

Katanya, bercita cita untuk melebarkan sayap ke Madinah dan Mekah di Arab Saudi disebabkan faktor dua tempat itu

menjadi lokasi tumpuan pelancong.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Nak Tahu Pasal eBay ? Tekan SINI

Lagi kisah menarik di bawah

Pensyarah ini sanggup buat ‘sesuatu’ setiap 3 pagi…

>>> Mahu bisnes dari rumah dan dapat gaji USD ? klik sini <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published.