Asbab selalu mendampingi ulama, bisnes Sabun Dozee kini...

Tinjauan di instagram datosabun_ mendapati halaman pengasas sabun dozee Dato’ Mohd Syukri Bin Ibrahim dipenuhi dengan gambar beliau yang dilihat mesra dengan ulama terkenal dari Kedah, Sheikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli

Rupa rupanya ulama itu dilantik sebagai pengerusi baharu syarikat SR Asia Resources Sdn. Bhd. (SR Asia Resources)

Alhamdulillah dan lapang hati melihat usahawan Islam kita yang berjaya dan kaya sebenarnya selalu mendampingi ulama, ibarat kata pengasasnya : 

“Selama beroperasi, sebahagian daripada jualan produk syarikat akan dimasukkan ke tabung kebajikan untuk disedekahkan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan juga masjid,” katanya

“Do’zee kini menjadi pilihan utama apabila rangkai produk terjual lebih 70,000 sebulan termasuk produk pewangi rumah dan pencuci lantai.

“Bahan kandungan yang digunakan Do’zee adalah berbeza dengan produk halal lain termasuk ia mesra alam, kecairan struktur yang cantik, memiliki empat manfaat dalam satu selain paling utama adalah sijil halal.

“Justeru kami sentiasa akan meningkat keyakinan pengguna bukan sahaja  diperbaiki kualiti dari masa ke semasa ke tahap tinggi malam melantik individu berpengalaman dari segi agama.

“Apatah lagi selama beroperasi, sebahagian daripada jualan produk syarikat akan dimasukkan ke tabung kebajikan untuk disedekahkan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan juga masjid,” katanya seperti laporan Malaysia Gazette.

Sabun Dozee : bermula sebagai pencuci pinggan

Sementara itu, dalam satu laporan diterbitkan rancangan NONA, pengasas sabun Dozee itu berkata : 

“Kalau nak jadi usahawan yang berjaya kena ada banyak ilmu pengetahuan, itu penting.

“Pengalaman kita apa yang ada, contoh kalau nak bisnes restoran, kena tahu selok beloknya supaya orang tak boleh nak menipu kita,” katanya.

Idea untuk memulakan bisnes sabun dozee tercetus setelah dia melihat potensi keuntungan sabun yang digunakan setiap hari.

Anak lelaki tunggal dari 11 beradik itu berkata, ketika itu dia menjadi pencuci pinggan di sebuah kantin di Klang Selangor.

“Bahan pencuci diguna terlalu banyak di bidang pemakanan seperti di hotel restoran dan saya fikir boleh juga guna sendiri di rumah,” katanya.

Sebelum sabun dozee tercipta, pengasasnya dengan modal duit simpanan yang disimpan selama 10 tahun, membuka kantin sendiri

Dari situ Dato’ Mohd Syukri belajar selok belok bisnes termasuk pengurusan dan memasak selain mencipta sabun sendiri

Kini menembusi pasaran luar negara

Ketika mula-mula mencuba menghasilkan sabun, beliau menghadapi banyak kegagalan.

Formula sabun yang digunakan tidak menepati kualiti yang diinginkan, menyebabkan produk tidak dapat dipasarkan.

Beliau terpaksa menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama beberapa bulan untuk menghasilkan sabun yang berkualiti.

Syarikatnya mengalami kerugian selama tujuh bulan berturut-turut pada awal pengeluaran sabun.

Kekurangan pembeli menyebabkan beliau menanggung hutang hampir RM2 juta dan beliau mencari macam macam cara termasuk meminta bantuan rakan untuk memperbaiki strategi pemasaran

Walaupun ketika itu dia berada di dalam dilema antara mahu menjimatkan kos atau tetap melabur duit untuk menghasilkan produk sabun yang berkualiti

Setelah melalui pelbagai cabaran, usaha gigih beliau mula membuahkan hasil pada tahun 2015 apabila jualan meningkat dan syarikat nya berjaya berpindah ke kilang yang lebih besar di Puncak Alam.

Selepas itu, selebihnya adalah kejayaan demi kejayaan diraih saban waktu.

Kini, syarikatnya, SR Asia Resources, beroperasi dengan 10 mesin utama dan 30 kakitangan.

Produk Dozee bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga telah menembusi pasaran Brunei dan Thailand

habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

eBay suspended my account : jangan risau, ini cara atasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published.