Maybank menggesa pengguna nya beralih kepada aplikasi MAE untuk keperluan perbankan dalam talian mereka susulan penamatan aplikasi Maybank2u MY mulai 28 Ogos nanti.
“Jika anda masih belum memuat turun aplikasi MAE, sila berbuat demikian secepat mungkin
“Ini kerana anda tidak lagi boleh mengakses akaun atau sebarang ciri pada aplikasi Maybank2u MY selepas tarikh 28 Ogos,” katanya menerusi satu kenyataan di laman web nya pada Isnin lalu.
Sehubungan itu, aplikasi Maybank2u MY juga tidak lagi tersedia untuk dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Bagi pengguna kali pertama MAE, orang ramai perlu mendaftar melalui Secure2u untuk ciri kebenaran keselamatan melalui aplikasi tersebut.
Mereka kemudiannya perlu melengkapkan proses pendaftaran di ATM Maybank untuk mengaktifkan ciri tersebut.
Difahamkan, tempoh pengaktifan minimum selama 12 jam akan dikenakan kepada pengaktifan Secure2u kali pertama untuk mengelakkan kelulusan tanpa kebenaran.
Pengguna boleh terus mengakses akaun mereka melalui laman web rasmi Maybank2u
habis//
(Gambar kredit kepada Harian Metro)
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu