Aksesori wanita, seperti topi dan sandal, yang dijual di AliExpress, Temu, dan Shein, didapati mengandungi bahan toksik
sehingga 229 kali lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan, kata kerajaan bandar Seoul, Korea Selatan baru baru ini.
Menurut agensi berita Yonhap, bandar itu menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas 144 produk yang dijual
pada tiga aplikasi beli-belah dari 12 Julai hingga 9 Ogos 2024 dan menemui isu keselamatan dalam 11 produk.
Produk yang diperiksa termasuk 94 bekas makanan, 13 produk solek, 28 sandal dan topi, dan sembilan produk kebersihan.
Keputusan menunjukkan bahawa dua daripada sandal terbabit mengandungi pemplastis phthalate
dalam jumlah yang melebihi paras yang dibenarkan masing-masing sebanyak 167.5 kali dan 229.2 kali.
Pemplastis berasaskan phthalate dikategorikan sebagai bahan toksik iaitu penyebab kanser yang membawa risiko menyebabkan ketidaksuburan.
Platform e dagang diminta hentikan penjualan produk dicemari bahan toksik
Dua sandal mengandungi nikel, yang boleh menyebabkan dermatitis kontak, dua hingga sembilan kali lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan.
Di samping itu, tiga topi melebihi paras formaldehid yang dibenarkan sebanyak dua kali atau melaporkan skala pH 9.3, melebihi nilai pH standard antara 4 dan 9.
Kes lain termasuk dua periuk aluminium, yang mengandungi dua kali ganda paras nikel yang dibenarkan, dan dua botol pengilat kuku, yang mempunyai lebih 3.6 kali ganda jumlah dioksana yang dibenarkan dan 1.4 kali ganda daripada metanol.
Bandar itu merancang untuk meminta platform dalam talian menghentikan penjualan 11 produk yang mempunyai isu keselamatan bahan toksik berkenaan.
Seorang pegawai bandar Seoul menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli sandal dan topi, kerana mereka bersentuhan langsung dengan badan. – BERNAMA-YONHAP
Habis//
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu