Duit pencen KWSP RM750,000 lebur gara-gara..

Duit KWSP. Majoriti pencarum di Malaysia sering ingat inilah satu satunya tabung kita untuk menempuhi hari hari tua nanti.

Namun begitu ada yang tidak bernasib baik apabila tersilap langkah hingga menyebabkan wang KWSP yang sepatutnya digunakan sehingga habis hayat sudah kehabisan sebelum waktunya.

Itulah yang dialami oleh Abdul Rahman Abdullah, 64, seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung di Pantai Timur

Duit  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nya yang berjumlah RM750,000 habis dalam tempoh tujuh tahun selepas persaraannya pada tahun 2017.

Beliau berkata, duit persaraan KWSP yang diterimanya adalah RM750,000, yang terdiri daripada RM500,000 dalam Akaun 1 dan RM250,000 dalam Akaun 2.

Katanya, dia menggunakan duit itu untuk mengubah suai rumah kira-kira RM200,000 dan mengadakan dua kenduri kahwin untuk anak perempuannya yang menelan belanja RM70,000.

Katanyam, dia bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama sebuah syarikat berpangkalan di luar negara.

“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.

“Saya mengubah suai rumah agar anak-anak yang sudah berkeluarga selesa apabila pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan.

“Sebanyak RM70,000 pula digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018” kata Abdul Rahman kepada Sinar Harian.

Duit KWSP habis, nasib baik ada wang pencen isteri

Selebihnya habis digunakan bagi perbelanjaan harian seperti makan, minum, kos elektrik, air, internet, dan petrol kereta sepanjang bersara.

Abdul Rahman, bapa kepada lima anak, berkata kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan yang mahal menyebabkan baki wang persaraan tersebut cepat habis.

“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih,” tambahnya.

Abdul Rahman berkata, meminta para pesara agar berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas bersara.

“Saya bernasib baik kerana isteri adalah seorang pesara kerajaan yang berusia 62 tahun yang menerima pencen 

“Dapatlah membantu menampung perbelanjaan kami dalam menghabiskan usia tua,” katanya.

Habis//

(Gambar kredit Harian Metro)

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.