Lee Thiam Wah, pengasas 99 Speedmart miliki kekayaan cecah RM13 bilion

Kagum dan tahniah kepada pengasas jenama 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah apabila membuktikan walaupun berkerusi roda beliau mampu berjaya sama seperti jutawan normal lain.

Ketika artikel ini ditulis, kekayaan beliau dilaporkan media naik mendadak sebanyak RM2 bilion selepas mengapungkan saham syarikat nya di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Thiam Wah yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang bagi memburu cita cita nya dalam hidup.

Beliau yang tidak dapat menggunakan kakinya sejak kecil akibat polio.

hanya menerima pendidikan sehingga sekolah rendah gara-gara orang tuanya kurang berkemampuan.

Sejak itu, beliau cuba menyara hidup dengan menjual makanan ringan di jalanan.

Masa remaja hingga belia nya dihabiskan dengan berniaga dan pada usia nya 23 tahun, dia membuka kedai runcit nya yang pertama dipanggil sebagai Pasar Raya Hiap Hoe di Klang Selangor.

Itu pun dibina hasil titik peluhnya menabung wang keuntungan jualan makanan ringan.

Lee Thiam Wah masuk senarai 50 individu terkaya Malaysia

Selepas itu, perniagaan kedai runcit semakin maju dan beliau berjaya membuka Pasar Mini 99 pada 1992

dan beberapa cawangan lain menyusul tahun tahun berikutnya.

Selepas dari itu, kejayaan demi kejayaan diterima Thiam Wah sehingga ke hari ini, beliau memiliki lebih

daripada 2,600 cawangan di seluruh negara 

Malah dengan suntikan modal diterima menerusi tawaran awam permulaan (IPO) itu membolehkan nya

menghayun langkah lebih bergaya dengan sasaran operasi 3,000 cawangan pada 2025

Beliau kini sebaris dengan bilionair seperti Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah

yang berada di tangga kelapan dalam senarai 50 individu terkaya Malaysia Forbes (AS$2.4 bilion) dan tokoh korporat Genting Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay (AS$2.2 bilion).

Sehingga 9 September, Thiam Wah memegang kepentingan langsung sebanyak 28.2 peratus dalam 99 Speed Mart

dan kepentingan tidak langsung sebanyak 51.5 peratus melalui syarikat milik 100 peratusnya, Lee LYG Holdings Sdn. Bhd.

Berdasarkan harga saham RM1.90, kekayaan bersih Thiam Wah mencecah RM13 bilion.

Habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.