Bos susu nasihat jangan beli banglo, kereta Alphard jika bisnes baru setahun jagung

Boss susu atau dikenali sebagai Azmi Zainal dikenali kerana jenama Farm Fresh yang kini menjadi pesaing pengeluar susu ternama dunia

Lantaran itu, kisahnya kejayaan nya yang bermula berniaga berniaga di pasar malam hingga kini menjadi pemegang saham dalam syarikat bernilai ratusan juta ringgit itu menjadi buah mulut orang ramai

Jadi amatlah tepat jika nasihat dari individu seperti beliau diterima pakai dan diambil berat, kerana hanya jauhari yang mengenal manikam

Baru-baru ini, nasihat padu boss susu kepada golongan usahawan tular kembali dan tak salah rasanya kita ambil nasihatnya dan jadikan panduan

Bos susu kata simpan duit, kukuhkan bisnes

Saya nak nasihat sikit pada usahawan usahawan bimbingan saya.

Nasihat percuma dari pengalaman yang telah saya lalui supaya anda semua kekal dalam bisnes dan boleh mencari rezeki buat keluarga.

Bisnes ini ada trend. Ada trend menurun dan trend menaik. Ini perkara biasa dalam bisnes, semua bisnes mengalami senario ini.

Tak kiralah bisnes kecil ka bisnes besar ka atau bisnes mega ka.

Bagi bisnes bisnes kecil atau mikro atau SME, bila bisnes naik dalam setahun dua tu jangan lah tambah komitmen peribadi.

(Jangan) tukar kereta baru, tukar Alphard, beli rumah, buat rumah banglo atau invest buat bisnes baru atau sengaja tambah gaji kita.

Masa awal awal ni simpan dan kumpul lah duit untung tu untuk tambah modal atau perkukuhkan bisnes sedia ada atau jadikan reserve fund di kala trend bisnes menurun.

‘Jumpalah kawan kawan yang positif’

Bos susu kata kalau kita bersedia dengan ini semua insya allah bila trend menurun sampai, kita mudah mengharunginya.

Bila trend tengah menaik tu jangan pula cepat lupa diri, konon kita pandai sangat meniaga.

Apatah lagi kaki kipas atau kawan kawan atau sedara mara datang memuji muji kita, kita pun hanyuuuutttt. Jadi bongkak serta alpa.

Bila trend menurun tiba, kerja kena lebih kuat dari biasa bukannya bersungut lebih atau salahkan mana mana orang atau salahkan musim, salahkan laki atau salahkan bini.

Pendek kata semua salah.

Bila trend menurun sampai lupakanlah cuti cuti tu.

Tahan nafsu sementara. Jumpalah kawan kawan yang positif, duduk borak borak dengan dia, insyaallah aura positif dia boleh melekat kat kita.

Kalau nak aura positif yang banyak boleh pergi masjid. Berjuta-juta aura positif ada kat dalam tu.

Habis//

(Foto kredit Azmi Zainal)

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.