DHL Express naik harga bermula 1 Januari 2025

DHL Express bakal naik harga, ada tak anak anak murid Dr Zul yang guna?

Jadi bersedialah untuk menyemak semula harga jualan anda di eBay kerana kenaikan kos penghantaran itu akan bermula 1 Januari 2025.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo, yang berkata, kenaikan harga kos penghantaran di Malaysia sebanyak 6.9 peratus.

“Dengan penyesuaian harga tahunan ini, kami dapat terus melabur dalam rangkaian untuk meningkatkan ketahanan dan keupayaan bagi menyesuaikan diri dan memastikan sokongan yang berterusan untuk perniagaan pelanggan kami tanpa mengira keadaan luaran.

“Harga yang diselaraskan secara tahunan oleh DHL Express, mengambil kira inflasi dan dinamik mata wang serta kos pentadbiran yang berkaitan dengan langkah-langkah kawal selia dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DHL Express naik, eBay seller jangan panik, yang penting jangan salah kira ok

Beliau berkata syarikat komited untuk menyediakan perkhidmatan yang stabil dan boleh dipercayai di peringkat global

“Terdapat kesan berterusan daripada dinamik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan dalam landskap logistik,” katanya.

Neo berkata, perkhidmatan DHL Express tersedia di lebih daripada 220 negara dan wilayah.

“Keadaan ini juga bergantung kepada persekitaran tempatan, penyesuaian harga akan berbeza dari satu negara ke negara yang lain,” katanya.

Fuhh, makin hari makin mencabarkan ? tetapi jangan risau, perkara ini di luar kawalan kita sebagai seller di eBay

Apa yang penting jangan tersalah kira untung jualan ya, insya Allah, kita mampu mencatat untung diingini

Habis//

eBay suspended account : ini PUNCA nya

Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS

Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu

Cara nabi berniaga : 7 prinsip gaya rasulullah 

10 cara buat duit online 

Leave a Reply

Your email address will not be published.