Candlenuts. Lima tahun bekerja sebagai doktor haiwan dan akhirnya nekad melupakan kerjaya itu
untuk menumpukan bisnes lilin wangi adalah satu dilema terbesar dalam hidup, Dr Nurul Nadia Rashid.
Di saat berada dalam posisi selesa, beliau nekad melepaskan kerjaya yang dianggap ramai
sebagai stabil dan terjamin demi memburu cita-cita menjadi usahawan berjaya.
Walaupun ditentang oleh keluarga yang memintanya berfikir masak masak, keputusan tekad yang diambil itu bagaimanapun mendapat sokongan dan redha sang suami.
Dr Nurul Nadia berkata, pada mulanya dia hanya sekadar suka-suka membuat lilin wangi kerana memang suka kan bau aroma terapi dari pembakaran lilin yang boleh menghilangkan stress setelah penat kerja seharian.
Namun pada satu hari, suaminya mencetuskan idea supaya dia menjadikan hobinya itu sebagai punca pendapatan dan idea itu dirasakan kena pada masanya.
Candlenuts sasar raih jualan RM7 juta
Bermula secara kecil-kecilan dari rumah sewanya, semakin hari, dia tidak menang tangan menerima tempahan
Atas sebab itulah, bagi mengelakkan tugasnya sebagai doktor haiwan terabai, dia mengambil keputusan tekad berhenti kerja
Suaminya turut melakukan hal yang sama dan keduanya tidak menoleh ke belakang lagi setelah melihat potensi pasaran lilin wangi yang cerah di negara ini.
Setelah beberapa waktu berlalu, nyata keputusan nekad pasangan itu membuahkan hasil lumayan apabila mereka mampu memiliki sebuah kilang berkeluasan 6,000 persegi di Batu Pahat, Johor
Bisnes Candlenuts kini semakin maju apabila mampu menggajikan seramai 15 kakitangan dan mempunyai lebih 1,500 penjual berdaftar.
Katanya, turut menetapkan misi melantik lebih 5,000 pengedar di seluruh negara pada tahun lalu.
Habis//
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay suspended account : ini PUNCA nya
Trend DIY dan pembaikan rumah jadi budaya di AS
Bateri DeWalt terjual RM1 juta di eBay USA sejak 30 hari lalu