DHL, nama ini begitu gah pada hari ini sebagai peneraju global dalam industri logistik, namun tahukah anda kisah di sebaliknya
Syarikat ini bermula selepas pengasasnya menghidu peluang emas untuk menyelesaikan masalah paket lambat tiba di lokasi tujuan jika menggunakan mod pengangkutan darat
Lantas timbul idea yang bernas, mereka mahu memastikan paket tiba di destinasi sepantas yang boleh dan menjimatkan masa melalui kapal terbang.
Itu penyelesaian ditawarkan oleh tiga sahabat baik dari Amerika Syarikat dan diterima baik oleh orang ramai sekitar akhir 60 an.
Namun siapa sangka idea mereka itu sebenarnya menjadi pencetus revolusi penghantaran melalui udara di seluruh dunia
(Pada masa itu penghantaran paket biasanya bergantung kepada pengangkutan darat sama ada melalui kereta api mahupun kereta)
DHL : isi dokumen pelanggan dalam beg pakaian
Pada tahun 1969, tiga sahabat berkenaan, Adrian Dalsey, Larry Hillblom dan Robert Lynn, menubuhkan syarikat penghantaran mereka di San Francisco, Amerika Syarikat.
Melalui gabungan nama keluarga masing-masing, maka terciptalah syarikat DHL merujuk singkatan nama bagi Dalsey, Hillblom dan Lynn.
Idea menjalankan bisnes berkenaan tercetus selepas Larry Hillblom yang juga pelajar undang-undang di University of California, Berkeley menjadi budak ‘posto’ bagi syarikat Michael, Poe & Associates.
Dia kerap berulang-alik antara lapangan terbang semata-mata mahu menghantar dokumen-dokumen penting syarikat.
Menyedari potensi keuntungan yang boleh diperolehi, Hillblom kemudian berkongsi idea ini kepada Dalsey yang juga seorang jurujual.
Dalsey bersetuju terdapat keperluan servis berkenaan namun belum ada syarikat yang menawarkan khidmat penghantaran paket melalui udara.
Mereka bermula dengan menggunakan wang pinjaman pelajar milik Hillblom dan kemudian Lynn menyertai mereka sebagai rakan kongsi.
Pada waktu awal bisnes, mereka akan memandu di sekitar San Francisco untuk mengambil dokumen pelanggan yang diisi dalam beg pakaian
Kini wujud hampir di mana-mana di dunia
Kemudian mereka akan bergegas ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat dengan menggunakan servis kad kredit korporat, yang baharu wujud pada ketika itu.
Selepas itu, bisnes mereka semakin rancak dan mula melantik staf bagi melicinkan operasi syarikat
Walaupun mereka masih lagi beroperasi dari tempat tinggal mereka di sebuah pangsapuri di Hawaii.
Pada 1970-an, perkhidmatan DHL mula berkembang ke seluruh dunia dengan penerbangan sulung mereka menghubungkan Honolulu dan San Francisco.
Dalsey dan Hillblom menyelia secara peribadi operasi harian sehingga kebankrapan dan akhirnya ditutup pada tahun 1983.
Walaupun pengasasnya telah meninggal dunia, tahun ini menandakan 55 tahun operasi DHL di seluruh dunia.
DHL kini memiliki 250 pesawat, 32,000 kenderaan, dan 550,000 pekerja dan wujud hampir di mana-mana di dunia ini.
Hasil DHL dianggarkan berbilion dolar setiap tahun dan pada 2023, DHL mencatatkan hasil sebanyak Euro 81.8 Billion, dan E94. 4 bilion pada tahun 2022.
DHL kini merupakan peneraju global dalam industri logistik, pakar dalam perkapalan antarabangsa, perkhidmatan kurier dan pengangkutan di seluruh dunia.
-Artikel disesuaikan dari business day dan foto kredit kepada Airport Technology
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<