Grab, kisah dari perbualan zero menjadi hero

Pada Disember 2021, Grab diumumkan dan disenaraikan di Nasdaq. - CNBC

Grab, siapa tak kenal dengan aplikasi hijau ini, mahu teksi, buka telefon bimbit dan pesan sahaja, memang cepat dapat keretanya

Penulis sendiri pernah merasa sekejap menjadi pemandu Grab.

Walaupun memperoleh pendapatan sampingan yang agak memuaskan

penulis terpaksa berhenti sebab menjadi loya apabila terpaksa memandu sambil menyemak telefon bimbit dalam masa sama

Tetapi yang buat betul-betul nekad berhenti sebab tak tahan dengan karenah penumpang

sudah lah diri ini introvert, hahaha, kelakar pula, bila dingat-ingat balik

Bercerita mengenai Grab ini, penulis teringat kisah di waktu kecil, jika mahu menaiki teksi

penumpang perlu menunggu di satu satu hentian ataupun melambai lambai di tepi jalan memanggil pemandu teksi.

Ada teksi yang berwarna hitam, kuning, biru malah ada yang berwarna merah

dengan sirip putih di atas kereta yang tertera perkataan teksi

Jika kena pada hari panas terik dan bernasib baik, teksi dinaiki masih baru dan berhawa dingin

tetapi selalunya, keadaan teksi tak best

‘Grab’ zaman dahulu ada meter automatik

Kalau kena teksi yang uzur, penghawa dinginnya rosak, terpaksalah membuka tingkap dan membiarkan angin dari luar teksi menerpa muka

Sesekali jika menjenguk ke tingkap, mata automatik jadi sepet dan rambut melibas libas, habuk juga boleh masuk ke dalam mata

Teksi dahulu, selalunya mesti ada kipas kecil dengan bilah biru di ruang pendingin udara selain kalender kecil yang digantung di papan pemuka kereta

Malah tempat duduk pemandu kadangkala ada bola-bola kayu yang penulis kira berfungsi sebagai alat mengurut badan dan punggung yang bisa bisa

Pemandu teksi pada waktu itu rata-ratanya sudah berusia bapak-bapak dengan berpakaian kemeja putih berkolar, namun ada juga yang memakai t-shirt sendiri

Paling tak dilupa adalah jika duduk sahaja dan memberitahu mahu ke mana, automatik, meter di teksi sudah mencapai RM3, cehh

Belum jalan sudah kena caj, selepas jalan, laju pulak angkanya menaik

Waktu itu, memang antara dua sahaja, tak tengok ke luar tingkap, mesti tengok ke meter teksi, takut-takut duit tambang tak mencukupi

Grab muncul dari perbualan kosong dua sahabat

Waktu itu, pemandu teksi menggunakan walkie talkie untuk menerima tempahan pelanggan

“Pungguk satu ke pungguk dua ni, ada pelanggan di alamat sekian..sekian mahu ke sekian ni…

Itu antara dialog samar-samar yang penulis ingat antara pemandu teksi dengan pusat panggilan di mana operatornya adalah wanita

Menginjak waktu, perkhidmatan teksi semakin membaik namun dalam masa sama belum mampu menyelesaikan masalah besar pengguna di negara ini

Waktu itu, sikap pemandu teksi menjadi antara masalah utama yang gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa

Rungutan mengenai kadar tambang sesuka hati selain keadaan kebersihan serta keselamatan teksi, selalu jadi perhatian dan buah mulut pengguna

Mereka tiada pilihan lain, mahu atau tidak, itulah medium yang tersedia untuk ke mana mana tempat selain bas awam

Kerana isu ini jugalah, ia menarik perhatian dua sahabat yang sama-sama menuntut di Harvard Business School pada 2011

Lantas, dari perbualan kosong akhirnya mereka menyahut cabaran mahu menyelesaikan masalah pengguna di negara ini yang sudah bosan dengan karenah pemandu teksi itu

Bapa tak setuju, ibu tetap jadi ibu, menjadi penyokong setia dan tak berbelah bahagi

Anthony Tan dan Hooi Ling Tan, kemudian menyediakan sebuah pelan perniagaan dan memanggilnya MyTeksi 

Pelan perniagaan yang dibentangkan di universiti itu kemudian memenangi tempat kedua yang melayakkan mereka menerima dana pemula sebanyak USD 25,000

Dalam satu temubual dengan CNBC, Tan berkata untuk memulakan Grab (dahulunya MyTeksi) bukanlah sesuatu yang mudah.

Bapanya, Tan Heng Chew, ialah presiden Tan Chong Motor, pengedar kereta multinasional yang diasaskan oleh datuk Tan pada tahun 1950-an, yang disenaraikan secara terbuka di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Sudah tentu, bapanya berharap sebaik tamat pengajian, Tan perlu menyambung legasi keluarganya

Ketika membuka cerita kepada bapanya dia mahu membuka perniagaan sendiri, idea itu ditentang hebat malah perancangannya itu diduga tidak akan berjaya

Bapanya juga tidak mahu Tan menganggunya lagi, namun kerana ‘kedegilannya’ itu, dia memohon pertolongan ibunya yang akhirnya bersetuju untuk menjadi pelabur individu pertama.

Dengan wang yang ada termasuk dari simpanannya, Tan memulakan syarikat itu pada Jun 2012.

Pengasas turun padang dengar sendiri masalah pemandu teksi

Kini, Tan ialah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi pengangkutan multinasional dan aplikasi super Grab.

Selepas sahamnya diapungkan di pasaran Nasdaq di Amerika Syarikat pada Disember 2021, ia membawa masuk lebih $2 bilion hasil pada 2023

Tan berkata, untuk berada pada kedudukan hari ini, dia juga menempuhi penat lelah bukan kepalang pada peringkat awal sehingga terpaksa bekerja 7 hari seminggu sehingga 20 jam sehari

Untuk menyakinkan pemandu teksi supaya menyertai Grab, Tan mengembara melalui udara dan darat ke seluruh Asia Tenggara.

di Ho Chi Minh City, Vietnam, dia akan muncul sekitar jam 4 pagi untuk memberikan kopi percuma kepada pemandu teksi sambil berbual mendengar masalah dihadapi mereka

Di Manila, Filipina, Tan membelanja bir murah kepada pemandu teksi dan berbual-bual untuk memahami kesakitan, masalah dan mengapa mereka memerlukan lebih banyak wang.

Kini jadi sumber pendapatan 13 juta pekerja gig di Asia Tenggara

Anthony Tan menjalankan larian sebagai pemandu penghantaran untuk Grab.
Anthony Tan menjalankan larian sebagai pemandu penghantaran untuk Grab.

Hari ini, Grab di samping menawarkan servis pengangkutan, syarikat itu menawarkan penghantaran makanan dan barangan runcit, serta perkhidmatan kewangan seperti pembayaran, pinjaman dan perbankan digital.

Grab turut menyediakan program pembiayaan mikro, supaya pengguna mampu untuk membeli telefon pintar dan mula menjana wang sebagai pemandunya.

Sehingga 2023 , Grab melayani lebih 35 juta pelanggan dan menyediakan 13 juta pekerjaan gig di lapan negara di Asia Tenggara.

“Saya masih ingat ketika saya bertemu dengan Presiden Marcos di Filipina, dan dia mengingatkan lembaga pengarah saya dan saya… [Grab] betul-betul menukar angka pengangguran secara nasional,” katanya.

“Itulah yang saya akan katakan membuatkan kami semua sangat gembira.”

Habis//

Jutawan Sirivat Voravetvuthikun muflis kerana sikap tamak

Fateh Watches, lambang kemasyhuran pahlawan silam

5 tips bisnes dari bos Mydin 

Jangan beli Alphard jika bisnes baru setahun jagung – Bos susu

Peraturan 10 minit : Cara Steve Jobs hilangkan kekusutan fikiran

Raih RM1.2 juta cipta dan jual tempat duduk kanak-kanak

“Akan aku bunuh semua tujuh anak-anak termasuk diri sendiri,”- imbau Kamariah Md Yatim sebelum bergelar Jutawan Pandan Wangi

Kembar genius Amin Abid kacak luar, kacak dalam 

Leave a Reply

Your email address will not be published.