Kad kredit korporat bakal jejaskan ejen pelancongan - foto kredit Buletin TV3

60 peratus syarikat ejen pelancongan Bumiputera berpotensi gulung tikar susulan pekeliling yang membenarkan badan kerajaan menggunakan kad kredit korporat untuk pembelian tiket penerbangan.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Sheikh Awadh Sheikh Abdullah berkata, pelaksanaan itu sekaligus menjejaskan pendapatan ejen pelancongan Bumiputera yang menyediakan servis waran perkhidmatan bagi urusan rasmi.

“Pekeliling itu terdapat dalam Garis Panduan Kawalan Perbelanjaan Awam dan Kad Kredit Korporat dikeluarkan.

“Pihak kerajaan, jabatan, agensi dan syarikat berkenaan kerajaan (GLC) lebih berminat membuat pembelian secara terus kepada syarikat penerbangan dan hotel

“Berbanding menggunakan waran perjalanan dan menggunakan perkhidmatan ejen.

“Berikutan itu, ejen pelancongan Bumiputera yang memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bagi lawatan kerja kerajaan urusan rasmi penjawat awam dilihat bakal terjejas susulan pelaksanaan pekeliling ini,” katanya.

Katanya, dalam satu sidang media di ibu pejabat MATTA di sini, hari ini.

Menurut Sheikh Awadh, tekanan kewangan dihadapi ahlinya telah menyebabkan kadar pemberhentian pekerja mencecah 70 peratus.

“Syarikat berkenaan perlu bekerja keras membina semula perniagaan mereka pasca Covid-19.

“Sejak tahun 2023, sebanyak 76.5 peratus daripada syarikat pelancongan mengalami penurunan keuntungan mendadak 

“Dengan 65 peratus syarikat telah mengalami kerugian lebih daripada RM500,000 secara keseluruhan sejak tahun 2022,” kata Sheikh Awadh menggesa pihak kerajaan menilai semula pindaan pekeliling berkenaan.

Habis//

Foto hiasan kredit Buletin TV3

eBay sekat jualan e-basikal dan bateri di UK

eBay nyah dokumen perhambaan abad ke-19 dari laman webnya

Grab, kisah dari perbualan zero menjadi hero

Leave a Reply

Your email address will not be published.