Kelah Merah cecah RM1,200 sekilogram, kini mudah diternak

Kesukaran menternak ikan kelah merah menyebabkan harga ikan yang juga dikenali ‘Raja Sungai’ itu boleh mencecah dari RM800 hingga RM1,200 sekilogram (kg) di pasaran. 

Mana tidaknya, ternakan cara konvensional ikan kelah perlu mengambil masa sehingga empat tahun selain perlu diberi makanan sehingga 80 hingga 95 kg untuk mendapatkan berat sekilogram seekor.

Menyedari potensinya yang mampu menjana pendapatan lumayan sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif dan berjaya menghasilkan formulasi makanan khusus ikan kelah yang boleh mengatasi isu berkenaan.

Menurut Ketua penyelidik, Prof. Dr. Mohd Salleh Kamarudin dari Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian UPM berkata,

teknologi TropiCarp™ Premium Mahseer Feed membantu tumbesaran tinggi dan optimum pada kelah selain masa tuaian yang lebih singkat

“TropiCarp™ Premium Mahseer Feed merupakan makanan khusus ikan kelah yang pertama di Malaysia yang dihasilkan melalui penyelidikan keperluan nutriennya serta bahan yang lebih sesuai.  

“Produk ini dibangunkan mengikut keperluan nutrien bagi tiga peringkat pembesaran ikan kelah merah iaitu pemula, pembesar dan pengakhir.

Kelah Merah guna teknologi TropiCarp

“Penggunaan makanan kelah TropiCarp™ Premium Mahseer Feed memendekkan jangka masa penternakan

kepada setahun lima bulan untuk pembesaran satu kg ekor dalam pembiakan tangki,” katanya.

Beliau berkata, produk berkenaan tidak mengandungi bahan terlarang

dan pengilang juga mematuhi Good Manufacturing Practices (GMP) dan sistem pengurusan keselamatan makanan (HACCP).

“Selain ikan kelah merah atau empurau, TropiCarp™ Premium Mahseer Feed juga sesuai untuk kelah biru, tengadak, jelawat, temoleh, kerai kunyit, tenggalan dan sebarau.

“Dengan teknologi TropiCarp juga tidak mudah mengotorkan air di dalam tangki atau akuarium

kerana makanan ini akan terapung di permukaan air bagi membolehkan penternak memantau kualiti dan kuantiti ikan,” katanya – UPM

Habis//

eBay sekat jualan e-basikal dan bateri di UK

eBay nyah dokumen perhambaan abad ke-19 dari laman webnya

Grab, kisah dari perbualan zero menjadi hero

Leave a Reply

Your email address will not be published.