Platform e-dagang fesyen pertama di negara ini, Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) menjadi buah mulut netizen
selepas berita Khazanah, PNB jual pegangan RM47 juta dalam FashionValet pada harga RM3.1 juta tersebar.
Media melaporkan Khazanah Nasional Bhd dan pengurus aset Permodalan Nasional Bhd (PNB) sudah menjual pegangan kolektif mereka
dalam syarikat diterajui oleh Datin Vivy Yusof, yang juga Pengasas FashionValet and dUCK Group.
Kedua entiti itu menjual kepentingan minoriti mereka dalam syarikat itu pada harga hanya RM3.1 juta selepas melabur sebanyak RM47 juta.
Khazanah pada mulanya melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB melabur RM20 juta.
Menurut jawapan bertulis Kementerian Kewangan (MOF) yang diterbitkan di laman web Parlimen, Khazanah dan PNB menjual pegangan mereka pada akhir 2023 kepada NXBT Partners Sdn Bhd.
MOF menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin, yang meminta butiran transaksi itu, dan jika syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan lain juga telah melabur dalam FashionValet.
“Kerugian yang ditanggung daripada penjualan kepentingan adalah kecil berbanding pendapatan keseluruhan Khazanah dan PNB bagi tahun itu.
“Penjualan itu mewakili langkah bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB
“Memindahkan FashionValet kepada pelabur strategik yang berkedudukan untuk memenuhi keperluan kewangan syarikat dan menyokong pertumbuhan perniagaan,” kata MOF.
MOF juga mempertahankan pelaburan awal Khazanah ke dalam syarikat itu, berkata ia sejajar dengan mandat Khazanah pada masa itu untuk memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendapat pendedahan kepada sektor e-dagang yang semakin berkembang.
“Pada masa yang sama, tesis pelaburan PNB tertumpu untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang berkembang pesat untuk berkembang menjadi platform runcit serantau untuk jenama Malaysia.” katanya.
Habis//
Duit selalu tak cukup ? Nak raih income dalam USD? Klik di >>>SINI<<<
eBay sekat jualan e-basikal dan bateri di UK